Pilihanraya Berasingan ... Anwar JANGAN TUNJUK PANDAI - Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran Parlimen oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata perancangan sebenar pilihan raya DUN berasingan atau serentak dengan PRU-13 adalah bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU-13.
"Kita tak tahu tarikh pilihan raya yang sebenar...ini adalah jawapan kepada spekulasi, ada baiknya pilihan raya berasingan dan ada baiknya pilihan raya di buat secara bersama...perbincangan ini berdasarkan spekulasi (berhubung tarikh pilihan raya) dan strategi bagaimana kita mahu menghadapinya," katanya.
Abdul Khalid bagaimanapun mengemukakan pandangannya mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengumumkan pendiriannya bahawa Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan negeri-negeri lain pada PRU-13.
Read More, ANAK-ANAK PAK BRAHIM PEMBOHONG
"Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri sekiranya pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat kerana SPR masih belum membersihkan nama-nama di Selangor," tambahnya lagi.
Anwar Ibrahim kata pilihanraya berasingan kerana SPR masih belum membersihkan nama-nama di Selangor.
Khalid Ibrahim pula semuanya bergantung kepada strategi dan bergantung sepenuhnya kepada keputusan pilihanraya umum yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
Satu anak Pak Brahim kata SPR, satu lagi anak Pak Brahim kata strategi.
"Apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanyalah strategi pilihan raya bagi pihak kita...sebab orang bertanya (berhubung pilihan raya berasingan) kepada dia...jadi dia pun jawablah," katanya. - KLPOS, 19 Sept 2012.
Teruk anak-anak Pak Brahim ni, pembohong belaka rupanya ...
3 comments:
Nuar da gila..senarai nama di parlimen pun sama dengan dun..apa bezanya..dia nak boikot pru 13 bolehlah dengan alasan senarai nama tu..hancur nuar dan pakatan
Ingat Sultan tu tunggul ke? Korang nak suka suka bubar DUN.
Itu dengan tandatangan Sultan juga. Ada peruntukannya.
Asal ganti sultan dalam majlis kemerdekaan hari tu dah kira boleh luluskan pembubaran DUN.
Cerita kosong boleh lah. Sultan nak letak mana?
Nak bersihkan nama pengundi di selangor? maknanya... dulu bila PR menang kat selangor tak bersih la namanya eh? main kotor jugak ye PR nieh?!
Post a Comment