Tuesday, September 11, 2012

"Biar ada politik lebih matang supaya isu ini boleh diselesaikan segera. Kalau kerajaan negeri tetap berkeras kepala, rakyat Selangor pasti menghadapi masalah," - Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr. Jacob George.


Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin menyokong projek Loji Rawatan Langat 2 (Langat 2) diteruskan sekalipun mendapat tentangan daripada kerajaan negeri.

Beliau menyelar sikap kerajaan negeri yang disifatkan sebagai lebih berminat mengutamakan agenda politik daripada kebajikan rakyat Selangor.

"Tindakan kerajaan negeri yang tetap berkeras enggan membenarkan Langat 2 dibina sudah membuktikan mereka gemar bermain politik daripada menjaga kebajikan jangka pendek dan jangka panjang rakyat Selangor.

Aktivis pengguna, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Mohd Mustaffa Hamzah melahirkan kebimbangan dengan kedegilan kerajaan negeri tidak membenarkan pembinaan Langat 2 diteruskan walaupun tahu permintaan terhadap keperluan asas itu semakin meningkat berikutan pertambahan pola penduduk dan ekonomi yang senakin pesat di Selangor.

"Kerajaan negeri sedar krisis ini berikutan tindakan mereka menggunakan proses mitigasi terhadap bekalan air pada 34 tangki di Puchong, Serdang, Langat dan Sungai Sireh bagi mengisi tangki-tangki yang mempunyai tekanan rendah," katanya.


Read More, KHALID IBRAHIM SEMAKIN BANGANG


1 comments:

Bomo Siam said...

Kedua-dua pihak nampaknya lebih berminat utk main politik dari menyelesaikan masaalah...!

Apakata Langat 2 ni bagi je kat DYM Sultan Johor utk kendalikannya...!

Mmuuaahhahahahaha...!!!