Bangunan Parlimen hari ini dicemari dengan aksi demonstrasi 500 ahli persatuan Dong Zong yang berarak membawa sepanduk 'Save Chinese Education Campaign' (Kempen selamatkan pendidikan Cina).
“Kita telah berbincang dengan kementerian pelajaran termasuk mengadakan sesi meja bulat dan mengemukakan memorandum serta berjumpa Timbalan Menteri Dr Wee Ka Siong, namun masalah itu masih tidak selesai.
“Hari ini rombongan kami menyerahkan surat suara hati rakyat kepada perdana menteri dan mengharapkan beliau akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata Yap.
Antara isi kandungan memorandum yang menjadi masalah utama kepada pertubuhan yang perlu diselesaikan segera ialah:
1) masalah kekurangan guru yang serius di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
2) penempatan guru tidak berkelayakan bahasa Cina masih dihantar mengajar di sekolah Cina.
3) sijil peperiksaan bersama sekolah persendirian yang tidak diiktiraf
4) kesukaran permohonan pendaftaran ahli lembaga pengarah pengelola sekolah
5) kesalahan surat kelulusan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuantan supaya memenuhi keperluan sistem sekolah menengah Cina dan;
6) penubuhan sekolah Cina persendirian di Segamat.
Read More, CHAUVINIST BERMAIN TARIK TALI
Secara jujur GWM mengharapkan agar Perdana Menteri berhenti dari terus menerima tuntutan tidak munasabah pertubuhan chauvinist seperti Dong Zong ini, setiap kali pilihanraya semakin menghampiri waktunya.
Perlukah diperkenankan setiap bait isi kandungan memorandum ini sekadar ingin mendapatkan sokongan pertubuhan Chauvinist ini walhal Sekolah Vernakular tetap dijamin kewujudannya oleh kerajaan sekalipun banyak mencetuskan perpecahan yang berkekalan di kalangan rakyat Malaysia.
Apakah kedudukan sekolah Cina, Bahasa Cina dan masyarakat Cina terancam di negara ini walaupun pahit pada hakikatnya Sekolah Vernakular ini yang sebenarnya mengancam kedudukan Bahasa Kebangsaan, perpaduan, kestabilan dan keamanan negara ini.
HELAH PERHIMPUNAN 926
GWM cukup yakin DS Najib tidak mengetahui perhimpunan haram di Parlimen hari ini adalah helah puak-puak ini menyembunyikan masalah lembaga pengarah atau jawatan mereka secara spesifik.
Apakah rakyat tidak terfikir mengapa ditonjolkan isu pendidikan Cina dengan membawa sepanduk 'Save Chinese Education Campaign' atau Selamatkan Pendidikan Cina?
Bukankah isu lama berkenaan kekurangan guru berlatarbelakangkan pendidikan Cina dan sekolah persendirian Cina di Kuantan, hampir 90 peratus telah pun diselesaikan oleh kerajaan.
Jika bukan kerana usaha berterusan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong mustahil perkara ini mampu diselesaikan.
Tuntutan pertubuhan chauvinist ini sebenarnya adalah kesinambungan perseteruan Dong Zong yang mahukan Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong meletak jawatan atas dasar tidak sehaluan dalam tuntutan isu 'Save Chinese Education Campaign'.
Wee Ka Siong menjadi sasaran Dong Zong yang menganggap beliau telah mengkhianati masyarakat Cina keseluruhannya, tidak terkecuali Chua Soi Lek.
Pemimpin-pemimpin MCA ini tidak mahu jasa yang disumbangkan untuk pendidikan dan kebajikan masyarakat Cina tidak seharusnya memaksa mereka mengabaikan hakikat sifat masyarakat majmuk dan jati diri negara Malaysia perlu diutamakan terlebih dahulu.
GWM yakin Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong tidak mahu dilihat sebagai mewajibkan kepentingan masyarakat Cina melebihi kepentingan nasional yang sepatutnya didahulukan.
Barangkali masyarakat Cina 'masih buta' melihat sumbangan kerajaan terhadap pendidikan dan bahasa Cina serta sikap tolak ansur kaum majoriti negara ini yang sanggup membenarkan sekolah vernakular diteruskan ...
Barangkali juga Dong Zong mahukan pemimpin berbangsa Cina yang menjunjung semangat jati Malaysia seperti Chua Soi Lek dan Wee Ka Siong dilihat sebagai mengkhianati masyarakat Cina.
DONG ZONG 'DILIWAT' & DITOLAK PERTUBUHAN CINA YANG LAIN
Perhimpunan 926 ini sebenarnya juga mendapat tentangan dari sebuah pertubuhan yang dianggap 'heavyweight' di kalangan masyarakat Cina.
United Chinese School Teachers Association (Jiao Zong) tidak mahu dianggap terlalu ekstrim sehingga membelakangi kepentingan nasional yang sepatutnya melebihi kepentingan puak atau individu tertentu.
Atas dasar itu Pengerusi Jiao Zong, Ong Chiew Chuan mahu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang diilhamkan kerajaan perlu diberi keutamaan.
Perlu diingat ... Jiao Zong adalah sebuah pertubuhan yang paling rapat dan bersama dengan Dong Zong dalam setiap tuntutan terhadap pendidikan masyarakat Cina.
Namun kali ini pertubuhan Jiao Zong 'terpaksa mengkhianati' rakannya Dong Zong kerana memahami kesukaran Timbalan Menteri Pelajaran ini menguruskan pendidikan dan sikap masyarakat Cina.
Malah cukup mengejutkan apabila Jiao Zong kini memberi lampu hijau dan akan berada di belakang Wee Ka Siong untuk memberikan fokus terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Pengerusi Jiao Zong juga mahukan setiap pihak yang terlibat dalam pendidikan masyarakat Cina untuk terus mengadakan rundingan meja bulat bersama kerajaan dalam mengatasi masalah pendidikan kaum itu.
DONG ZONG ALAT PEMBANGKANG MENGHASUT MASYARAKAT CINA
Perhimpunan 926 yang sepatutnya dihadiri ribuan ahli pertubuhan Cina jauh tersasar apabila hanya 500 orang sahaja yang hadir melakukan onar di Parlimen.
Jiao Zong, Chinese Assembly Halls dan Old Boys’ Alumni (pertubuhan Cina yang dianggap paling heavyweight) tidak menyokong hasrat dan demonstrasi yang dianjurkan oleh Dong Zong.
Dan perhimpunan haram hari ini di Parlimen, majoritinya dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.
Apa yang dilakukan oleh Dong Zong di Parlimen hari ini hanyalah sekadar mahu menyelamatkan jawatan pengerusinya Yap Tian Sin dalam pertubuhan tersebut.
Maka apa perlunya lagi kerajaan menerima memorandum sebuah pertubuhan yang semakin ditolak oleh masyarakat dan pertubuhan Cina.
Kerajaan dan DS Najib tidak seharusnya melayan lagi tuntutan-tuntutan tidak munasabah pertubuhan ini pada masa hadapan.
Cukuplah memberi terlalu banyak muka terhadap pertubuhan yang jelas didalangi oleh pembangkang.
Namun begitu ada satu perkara yang cukup menyakitkan telinga ini ...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tindakan yang dilakukan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka merupakan tindakan yang tidak salah. - KLPOS, 26 September 2012
Berapa banyak lagi tuntutan-tuntutan "orang baik-baik" ini yang perlu dilayan ...
2 comments:
ini lah silapnya org kita..klu dh terdesak sgt nk undi demi survival politik mereka, sanggup kata & setuju apa saja yg dikata cina chauvinist lakhnat ni...lbh baik cina lakhnat mintak nak tido semalam dgn anak bin inazri ni...amacam nazri...ada berani tak kau? ptuiihh..
puncanya melayu sesama melayu tidak sepakat....
Post a Comment