Wednesday, September 19, 2012

Anwar Ibrahim musykil Deklarasi Kuching bakal menjadi seperti deklamasi sajak A Samad Said - Syok Sendiri.


Cukup teruja 500 orang penyokong melihat Deklarasi Kuching, yang ditandatangani oleh Anwar selaku Ketua Umum PKR, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Adam Ahid, Baru Bian dan Wong Ho Leng.

Bijak Anwar pilih tarikh keramat deklarasi ini, 16 Sept 2012. Bijak atau bunuh diri sebenarnya ...

Lahirlah suatu lagi 'tujuh janji baru' sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Kerjasama Bersekutu
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Perwakilan Yang Adil
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

Kewarganegaraan
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

Keadilan dalam isu minyak
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.

Pembangunan sekata
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

Hebat deklarasi kali ini ...



Berjayakah Anwar 'mengkondomkan' rakyat Sabah dan Sarawak kali ini ...

Kalau diukur kepada barometer 'janji ditepati' ... kemampuan Pakatan Rakyat melunaskan janji amat ketara besar bohongnya.

Cukup jika rakyat diajak mengimbas 'janji-janji manis' Pakatan Haram ini di Pulau Pinang, Selangor mahupun di Kelantan.

Terlalu banyak janji yang masih belum ditunaikan.

Umum telah sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat cukup memang gemar bermain kata-kata. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim.



Disebalik Deklarasi Kuching, rupanya ada beberapa perkara berbangkit yang bakal menimbulkan kecelakaan ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat ...

Ramai di kalangan Ketua Cabang PKR di Sabah dan Sarawak merasakan deklarasi yang dibuat membayangkan bahawa Anwar tidak berbincang dengan Ketua Cabang PKR mengenainya.

Dalam hal royalti minyak, mereka (Ketua Cabang) mahukan 50 % royalti bukannya seperti yang diumumkan. Selagi lagi Anwar tak ikut cakap mereka.

Deklarasi Kuching dibuat secara mendadak dan tidak berbincang dengan ramai pemimpin politik tempatan.

Terlalu berat ke arah Sabah berbanding Sarawak.

Anwar tidak umumkan siapa bakal menerajui Sabah dan Sarawak jika PR menang. Isu ini lebih penting. Ketua Cabang mahukan penjelasan mengenai perkara ini. Ada pemimpin yang mereka anggap sudah tidak relevan di negeri masing-masing.

Tidak mendapat sokongan orang muda di Sarawak dan Sabah.

Anwar seperti syok sendiri.

PAS tidak terlalu menyerlah dalam usaha menawan Sabah dan Sarawak. Jentera lemah dan bergantung kepada kewangan PKR dan DAP. Mana perginya dana Kelantan dan Kedah untuk PRU?

Kenapa Anwar tangguhkan pengumuman Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru jika PR menang?

Kenapa Anwar tidak sebut langsung tentang peranan Lajim sebagai bakal Ketua Menteri Sabah?




Berdasarkan permainan kata-kata ini, apakah kemungkinan yang Pakatan Rakyat tidak akan berkata bahawa ‘Deklarasi Kuching bukan janji’ sekiranya mereka berjaya memenangi Sabah / Sarawak dalam PRU nanti.

Tidak mustahil, seperti juga manifesto mereka, Pakatan Rakyat hanya menyenaraikan dan mengumumkan perkara-perkara di dalam deklarasi tersebut untuk suka-suka sahaja bagi meraih undi rakyat, tanpa niat pun untuk menunaikannya.

Tidak mustahil Anwar akan berkata "Ini hanya deklarasi, bukannya janji dan manisfesto Pakatan Rakyat".

Tidak mustahil juga rakyat Sabah dan Sarawak sekali lagi akan dikencing hidup-hidup oleh Anwar Ibrahim ...



6 comments:

Anonymous said...

aku dah bisak dikencing oleh taib mahmud BN sejak berpuluh tahun...

hancing kencing taib nih dah terlalu mual.....

cuba tukar orang lain pulak.....

Anonymous said...

think for good... let us change, now!!!

for better future..... say no to BN ...

NSK said...

Saudara...
Inilah ketakutan sebahagian pddk di Srwk, takut dikencing oleh Anwar dn sekutunya...
Namun, disebalik pelbagai isu yg melanda srwk, spti yg dikomen oleh rakan2 diatas, apakah jaminan bersama BN perubahan akan benar2 blaku bagi membaiki keadaan diatas.
Penolakan masyarakat terhadap pimpinan PS Taib dan sebahagian pemimpin BN yg dikatakan mempunyai kaitan dgn isu2 tanah NCR dll semakin ketara.
Masyarakat Dayak semakin rasa terpinggir walaupn hakikatnya mereka dlm kategori BUMIPUTERA tapi bagaikan kaum pendatang layanan yg mereka terima.
Atas kertas dan perjuangan DS najib di Semenanjung dan bila trn pdg ke Sbh n Srwk mmg membanggakan.. Tetapi ianya tdk menjadi ikutan majoriti pimpinan BN negeri malah kakitangan kerajaan Persekutuan dan Negeri di Sarawak...
Saudara, penduduk Sbh dan Srwk menuntut perubahan konsep dan pendekatan pemimpin BN sblm mereka diubah... Kalau saudara tinjau suara akar umbi, saudara akan temui hal ini....
Ini sekadar pandangan yg sedikit, sy sedar pandangan ini dilihat enteng oleh byk pihak.. Tp sy takut dn ramai jgk masyarakat kami yg takut, pengundi di Sbh n Srwk terpaksa terima DK PR.....
Setelah itu, siapa yg rugi.... marilah kita fikirkan....

Anonymous said...

nak tukar apanya? ... taib mahmud tak bertanding pun untuk PRU ni.

Anonymous said...

tak kira apa orang kata, saya amat yakin dan percaya BN tetap akan menang di Sarawak, Sabah dan di Semenanjung Malaysia. - anak jati sarawak -

Anonymous said...

Yala, nak tukar apa...taib tak bertanding..