Monday, September 10, 2012

alt
"Rileks Bro, Gua Cover Lu" - Mungkin itu bisikan Hadi Awang kepada Nasha Mat Isa. Bekas Timbalan Presiden PAS tersenyum simpul, Naib Presiden PAS pro Erdogan ini mukanya cukup ketat.

Majlis Syura PAS Pusat memutuskan mengekalkan keahlian PAS terhadap Bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Persidangan yang baru sahaja berakhir sebentar tadi itu juga memutuskan Nasharudin dikekalkan memegang jawatan sebagai salah seorang anggota Ahli Majlis Syura PAS Pusat.

Keputusan rasmi yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga menolak spekulasi beberapa pihak yang mendakwa Nasharudin bakal dipecat sebagai anggota keahlian parti malam ini.

Read More, SYAITAN-SYAITAN BISU HANGAT HATI



Anwar Ibrahim kecewa, DAP turut kecewa. Nasharudin Mat Isa gagal lagi diambil sebarang tindakan mahupun dipecat.

Syaitan-syaitan bisu PAS nyata gagal menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diperuntukkan.

Dana yang disuntik Anwar Ibrahim bagi membantu syaitan-syaitan bisu ini melakukan onar dalam PAS masih belum mampu membunuh karier Nasharudin Mat Isa.

Selaku pengerusi Majlis Syura DAP, Karpal Singh cukup murka. Sokongan penuh dari syaitan-syaitan bisu nyata masih belum memadai.


Sakit hati pengerusi Majlis Syura DAP ini. Beria-ia benar Karpal perlekeh Nasha Mat Isa hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas.

Malu alah Karpal, mana lagi mahu disorokkan muka 'sepat kering'nya dari media.



"Nik Aziz, you kena pastikan malam ini Nasha Mat Isa dipecat dari PAS." Cukup tekun Nik Aziz mendengar arahan dari Ketua Umum Parasit.

Anwar Ibrahim sempat singgah di Majlis Rumah Terbuka PAS di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru.

Khuatir benar Ketua Parasit ini jika 'pelan pemecatan' Nasha Mat Isa tidak berjalan dengan lancar. Nasihat, arahan dan kata-kata semangat perlu diberikan kepada Nik Aziz sebelum pihak media mula menerkam dengan isu Nasha Mat Isa.

Orang tua ini perlu diberi penjelasan beberapa kali. Anwar Ibrahim cukup khuatir Nik Aziz salah cakap lagi. Cakap ikut sedap mulut.



Hadi Awang mula tak sedap hati. Bahaya 'bisikan syaitan' Anwar Ibrahim ke telinga Nik Aziz.

Pantas dipanggilnya Timbalan Mursidyul Am PAS untuk menyusun strategi. Majlis Syura Ulama tidak perlu dilihat sebagai Flip-Flop.

"Bro Haron, kita shake hand dulu. Kira 0-0. Malam ini kita surprise Nik Aziz" - Barangkali ini bisikan dan amanat Hadi Awang ke telinga Haron Din.

Nik Aziz mula gatal tangan dan mulut. Tak sabar Mursidyul Am PAS ini menanti soalan-soalan panas dari wartawan yang mula mengerumuni beliau.

Amanat Ketua Parasit perlu dilaksanakan atau bakal berhadapan dengan pemotongan dana terhadap gerak kerja bawah tanah syaitan-syaitan bisu.

Pucuk dicita ulam mendatang ...


Masa depan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam parti itu bakal ditentukan dalam Majlis Syura Ulama Pas yang dijangka membuat keputusan mengenainya malam ini.

“Tunggu esok (malam ini) memang ada (perbincangan mengenai Nasharudin). Pagi mesyuarat agung dan petang ada jamuan raya. Kita tengok mesyuarat esok macam mana.

“Dia (Nasharudin) manusia. Apa dok bising sedangkan orang lain pun manusia biasa juga. Dia manusia biasa, malah dia bertanding tiga penjuru pun kalah,” - Sinar Harian, 9 September 2012.




Menurut sumber yang dipercayai, berlaku pertengkaran kecil di antara Nik Aziz sewaktu mesyuarat Majlis Syura Ulama diadakan malam tadi.

Usul pemecatan Nasha Mat Isa oleh syaitan-syaitan bisu gagal dipersetujui. Kecewa sungguh Nik Aziz dan syaitan-syaitan bisu. Usul gagal lagi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam, selepas memimpin mesyuarat bulanan badan tertinggi Pas itu selama kira-kira 20 minit.

Sinar Harian Online difahamkan beliau meninggalkan mesyuarat kerana kurang sihat.

Difahamkan, mesyuarat kemudian dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din. - Sinar Harian, 9 September 2012.

Ramai juga waratawan yang angin satu badan melihatkan Nik Aziz beredar dari mesyuarat tanpa menjawab pertanyaan yang diajukan.



Selaku Ketua Parasit Umum, Anwar Ibrahim nyata kecewa. Cukup tinggi kekecewaannya terhadap Nik Aziz dan pasukan syaitan-syaitan bisu yang dibiayai 100 peratus.

Anwar tidak mahu memeningkan kepala dengan soal jawab ketidakpuasan hati Majlis Syura DAP, lebih-lebih lagi Karpal Singh sebelum ini nyata 'over confident' dengan kenyataan Nasha Mat Isa sebagai 'ikan bilis'.

Nasharudin Mat Isa terselamat. Syaitan-syaitan bisu gagal membunuh karier politik beliau.

Nyata beliau cukup terhutang budi kepada Majlis Ulama Syura. Kepimpinan majoriti pro ulama pun cukup menyebelahi beliau.

alt

Hati-hati Nasha Mat Isa ... parasit disebelah saudara cukup kelat mukanya. Tunggu sahaja reportnya kepada Anwar Ibrahim.






8 comments:

Anonymous said...

Yg sebenor-benornye ialah....

Hajat UMNU tak kesampaian!!!

Kuah kuaah kuaaah!

UMNU tak paham ka organisasi PAS?

Mana2 Ahli Majlis Syura PAS, takleh dipecat(kecuali menarik diri), walaupun oleh presiden TGHH sekalipun.

Majlis Syura adalah sayap tertinggi dlm PAS. Bukannya macam UMNU...!!!

Mmuuaahhahaha...!

Anonymous said...

bomo siam,tinggi mana pun majlis syura pas,tinggi lagi dap sebab parti pas skg ni memang ikiut telunjuk dap je,dalam isle pas tak kuat contohnya isu arak diselangor exco isle pas yg dulu dr hasan ali disuruh letak balik arak 7 eleven.nayo weh. muahahahahaha

Anonymous said...

Ada juga orang bodo kata tak boleh pecat, abis tu semua yang cakap tunggu keputusan mesyuarat syura semuanya bodo sebab tak tahu ahli syura tak boleh dipecat...atau bomo siam saja bodo sebab buat alasan bodoo..

Anonymous said...

bomo siam yang bodoh dulu kini dan selamanya ...
pas sebagai sebuah parti politik ... dan adalah parti politik selamanya ... dan tindakannya mesti berpaksikan kepentingan politik semata-mata. kepentingan agama akan ditolak ketepi jika ianya boleh merosakan kepentingan politik. contohnya mat sabu penzina dan syiah dikekalkan di dalam pas demi kepentingan politik dan mampu memegang jawatan tertinggi di dalam pas kerana pengaruh mat sabu. walaupun mat sabu seorang fasik kerana dosa besarnya itu tetapi kebolehannya berbohong dengan selamba rock tetapi dan mampu menarik ramai penyokong mendengar autanya maka di atas keperluan ini pas mengekalkan mat sabu. dalam kes ustaz nasha ... sekiranya pas memecat ustaz nasha pada saat dan ketika ini ertinya pas sedang menggali kuburnya dengan lebih dalam dan kecepatan untuk ditalkinkan dalam arus politik perdana akan berlaku dengan lebih awal lagi. nasha pastinya tidak akan masuk umno tetapi dia akan bergabung dengan hassan ali dan akan menyerang pas. jikalau ustaz nasha menyerang pas dari luar serangannya itu tidak mampu didiamkan oleh pas. ini adalah bahaya yang disedari oleh semua puak-puak di dalam pas. tetapi sekiranya ustaz nasha kekal di dalam pas, dia boleh dinasihatkan (diberi amaran) agar berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang statement yang boleh merugikan parti pas dan merugikan dirinya sendiri yang berjuang di dalam pas. ustaz nasha masih boleh dihubungi oleh ahli pas. pimpinan pas akan menghantar orang kepercayaannya dan kepercayaan ustaz nasha untuk mempengaruhi pemikiran dan tindakan ustaz nasha bagi mempastikan kepentingan parti terjaga dan sokongan ahli kepada parti berkekalan. orang kalau dah bodoh dan dungu nampak salah umno sahaja tanpa melihat kepentingan strategi politik yang mengerakan nadi pas.

Anonymous said...

Mana buleh pecat Ahli Majlis Syura. Jikapun kesalahannya serius, dianya akan diminta mengundurkan diri...!

Setahu aku dlm sejarah, belum ada Ahli Majlis yg dipecat!(klu salah, betulkan ya).

Lagipun kan...majlis syura malam tadi, tak sebutpun pasai isu Nasha ni...!

Dlm PAS, klu dah masuk Ahli Majlis Syura...kuasanya melebihi Presiden!

Yg ni yg buat UMNU penin...!!!

Anonymous said...

Dari sumber yg aku dpt pulak, mengatakan bahawa ostat Nasha dah berjanji takkan buatkan biro politik penin kepala lagi lepas ni.

Ini diikrarkan beliau selepas mesyuarat tamat...!

...macam tu la ostat, baru butui. Tegoq dari dalam...!!!

Ingat ostat...UMNU tu KETAM!!!

Anonymous said...

kalo ustaz Nasha kena pecat juga malam tu,punah ranah lah Pas sebab pengikut Nasha ramai akan meninggalkan parti tu.....

paki picit said...

Subhanallah...sahabat, xbaik buat fitnah lpas setiap gambar yg ko post tu... kite xtau ape yg diaorg sme ckp...gambar bleh tafsir 1001 maksud dlm skali imbas...