Monday, September 17, 2012

DAP Kedah Tidak akan bertolak ansur beri kerusi kepada calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) - Lee Guan Aik

Hari Malaysia Pakatan Rakyat disambut dengan satu tamparan kepada PAS apabila sahabat sehidup semati, DAP tidak akan sama sekali menyerahkan kerusi sedia ada kepada calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Kurang pasti dengan penjelasan Menteri Besar Kedah bahawa soal pencalonan Pakatan Rakyat di Kedah hampir selesai.

Barangkali PAS telah pun bersetuju menolak calon DHPP untuk bertanding di Kedah. Kita andaikan calon-calon DHPP turut bersetuju untuk tunduk dan patuh kepada tuntutan DAP.



Masih belum cukup dengan tuntutan terhadap PAS, DAP turut memberikan amaran keras terhadap PKR.

Suka atau tidak, DAP menuntut 2 kerusi Parlimen (Bagan Serai dan Alor Setar) dan 6 kerusi DUN (Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas) dari PKR Kedah.

Menurutnya, sejak awal lagi, DAP bersedia untuk berunding namun PKR dilihat sering berdolak-dalik hingga ia dirujuk kepada Pusat.

“Kita akan bangkitkan tuntutan sebelum ini supaya DAP diberi lebih kerusi bertanding, babitkan dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita bukan mahu merayu tetapi ini hak DAP dalam PR,” katanya.

“Saya cadangkan mana-mana kerusi sebelum ini ditandingi PKR tetapi kalah, boleh dibincangkan untuk diserahkan kepada DAP, jika bersesuaian,” katanya. - SINAR HARIAN, 16 Sept 2012.



Barangkali inilah yang dimaksudkan dengan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. 

PAS dan PKR perlu hormat dan tunduk kepada tuntutan DAP. Jangan biarkan DAP murka, buruk padahnya.


Mimpi ngeri Anwar Ibrahim masih belum berakhir ...



2 comments:

Anonymous said...

mengapa umno terlalu MENGELABAH sekarang?

16 Sept...... Hari Malaysia dengan tekad baru.......... undi untuk perubahan!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Mane ade? Aku tgk PR ade le gelabah. Tu yg takut buat pilihanraya bersama nanti.