Wednesday, September 5, 2012


Sehingga kini pihak polis telahpun mengedarkan 11 keping gambar yang memaparkan wajah 11 peserta Himpunan Janji Demokrasi yang disyaki telah melakukan pelbagai kesalahan semasa perhimpunan haram tersebut pada malam sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu.

Antara individu yang dikehendaki polis itu termasuklah seorang pemuda yang menunjukkan aksi punggungnya seakan mahu buang air besar di khalayak ramai serta beberapa individu lain yang mengibarkan bendera sang saka Malaya yang dicipta oleh anak buah Anwar Ibrahim.

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/515/470x275x300d6f98d76ab3528d40b30a14f5ed5a.jpg.pagespeed.ic.CcGyBJTssL.jpg

Menurut laporan terbaru pemuda yang menonjolkan punggung sendiri itu telahpun ditahan oleh polis beberapa jam lalu. Sebelum ini di awal kekecohan saat gambarnya tersiar, lelaki tersebut yang juga seorang pelajar kolej swasta telah melarikan diri ke Johor.

Bagaimanapun terdapat berita baik untuk pemuda tersebut dan baki 10 orang lagi soldadu pembangkang merangkap penderhaka negara yang masih bebas.

Melalui sumber dalaman PR yang baru diperolehi, dana bantuan guaman berjumlah sekurang-kurangnya RM 1 juta sudah siap menanti bagi membantu menyelamatkan kesemua 11 orang penderhaka tersebut dari disabitkan dengan kesalahan.

Dengan mengambil kira saiz dana tersebut, bukan satu masalah untuk PR mengupah beberapa orang peguam handalan yang pakar memutar belit fakta kes seterusnya melencongkan fokus perbicaraan mahkamah kepada isu teknikal semata-mata.

Lagipun berdasarkan beberapa sejarah perbicaraan lalu telah terbukti ramai peguam pro pembangkang berupaya memanipulasi undang-undang untuk kepentingan anak guam mereka lebih-lebih lagi jika melibatkan penyokong pembangkang mahupun penjenayah tegar yang lain.


Yang penting bagi mereka jumlah upah yang besar bermakna lebih kuat mereka gigih berusaha mencari kelemahan undang-undang demi manfaat anak guam dan poket mereka sendiri. Soal keadilan dan keluhuran undang-undang bukannya satu masalah besar kerana bagi mereka soal bayaran itu yang lebih utama.

Manakala bagi PR pula, soal besar mana saiz dana tidak pernah menjadi persoalan rumit sementelah lagi terlalu banyak sumber kewangan dari dalam dan luar negara yang bila-bila masa sahaja bersedia menyumbangkan bantuan wang ringgit demi menjayakan misi menjahanamkan keharmonian negara ini.

Jadi tidaklah pelik kenapa sejak akhir-akhir ini terlampau banyak tingkah laku bobrok, sumbang dan kelakuan jenayah kerap berlaku saban waktu dan acapkali pihak berkuasa pula yang akhirnya dituding jari sebagai perlu beratnggungjawab.

Dana pembelaan sentiasa tersedia dan peguam bela yang membelakangi undang-undang pun sudah kian ramai, jadinya logiklah makin ramai yang tidak takut membuat kesalahan termasuklah menghina bendera negara, merompak, meragut dan menunjukkan punggung di depan ramai.

6 comments:

Anonymous said...

RM1 juta untuk selamatkan 11 makhluk kurang ajar dan biadap tu?? Baiknya Anuar Ibrahim tu?? Rembat duit mana pulak??? Baik Anuar Ibrahim pada makhluk aksi punggung tu ada makna tu!! he he he lepas ni punggungnya boleh tonggeng kat Anuar Ibrahim le!! Wan Azizah tak tidur malam le gamaknya.

Anonymous said...

Itu duit rakyat Selangor. Kita sedia maklum sebelum ini dah berapa banyak duit negeri selangor dilahap oleh PKR dan kroninya melalui menteri besar Khalid Gagap dan peguam-peguam termasuk mereka yg daripada majlis peguam.

Lihat sahaja banyak kes termasuk kes Rafizi yg diperuntukan sebanyak RM500 ribu...tidak termasuk kos guaman pelbagai kes Anwar di mahkamah yang tidak pernah di nyatakan oleh Khalid Gagap.

Anonymous said...

Apa saja berita lalu Khalid Gagap selalu fikir macam mana nak sapu duit Selangor.

Dari isu Unisel, Talam dan lain lain.

Sapu sapu sapu......

Bukan saja duit kuasa pun sama. Sultan Selangor telah di sanggah.

Anonymous said...

GWM,

Jadi pihak berkuasa juga perlu sentiasa 'one step ahead' dari mereka.
Bak kata saudara telah banyak kes keburukan mereka terlepas begitu sahaja akibat manipulasi undang undang oleh peguam handalan mereka.
Tentu ada cara untuk mengatasi
'kepintaran' mereka dengan menggunakan peruntukan undang undang jika dikaji bersungguh sungguh oleh penguam pihak berkuasa!
Tapi saya percaya selagi ada rakyat Malaysia yang masih beriman kepada Allah swt, cita cita mereka tidak akan berjaya.
Lihat pemimpin 'agung' mereka 'so closed' untuk jadi PM akhirnya kebejatan dia yang menggagalkan impiannya.

whiteorange said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Khir Toyo kasi penyapu kepada pegawai tak cemerlang

Khalid kasi sapu semua wang negeri untuk bela pesalah ...

kah kah kah kah kah kah ..

Ramai Pengundi di Selangor singkat fikiran..

Kali ini jangan banyak sangat makan hati ya.. biar tak singkat fikiran ...