1M4U bakal diterajui oleh Farid Ridzuan
Majlis Rumah Terbuka Majlis Belia Wilayah di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan menemukan kembali GWM dengan rakan-rakan yang masih bergiat aktif dalam Majlis Belia Malaysia (MBM).
Kebetulan juga malam tadi diadakan satu sidang media oleh MBM membidas pembuat filem 'Innocence Of Muslims', yang turut menggabungkan beberapa NGO belia tanahair.
Bukan selalu dan mudah untuk berjumpa dengan rakan-rakan dalam MBM ini. Memang sibuk benar rakan-rakan ini menggerakkan program-program belia. Ada sahaja aktiviti dan program untuk para belia.
Namun begitu ada berita yang agak kurang menyenangkan yang didengari dari rakan-rakan MBM ini.
Program Sukarelawan Belia 1M4U, bertujuan untuk memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia di Malaysia kini bakal menjadi bahan santapan baru ahli korporat dalam UMNO.
Sedia maklum, Perdana Menteri pun akan mewujudkan sebuah dana khas berjumlah RM100 juta bagi menerajui program 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) ... Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M).
"1M4U is established as a company limited by guarantee under the Companies Act 1965 which has a professional management team lead by a Chief Executive Officer. Management members who are experienced, possess relevant expertise and most important of all, have the heart and passion for volunteer activities will ensure the sustainability and effectiveness of 1M4U."
Terpacul dari mulut rakan-rakan yang begiat aktif dalam MBM ini menceritakan perihal perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif yang bakal dilantik bagi menerajui 1M4U ini.
Sehingga kini, masih belum ada lagi perlantikan bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U.
Rancak benar rakan-rakan MBM ini bercerita mengenai Farid Ridzuan yang sudah mengumpulkan sumber dan kekuatan anggota untuk hijack 1M4U.
Ramai yang mengeluh malam tadi. Mengapa jawatan CEO ini tidak diberikan kepada mereka yang paling layak dan bergiat aktif dalam menggerakkan program dan aktiviti belia.
"Aku tak fahamlah. Kalangan tokoh-tokoh heavyweight dalam MBM juga ramai juga ahli korporat yang berjaya. Pasal apa nak juga hijack 1M4U. Tak tau malu ke," keluh seorang rakan. Terjuih mulutnya bercerita.
GWM pun sebenarnya tidak tahu sepak terajang politik dalam MBM.
Namun perbualan malam tadi bersama rakan-rakan MBM ini cukup jelas memberi isyarat tidak mahukan orang luar menerajui dan mengendalikan 1M4U.
1M4U seharusnya dikendalikan oleh mereka yang mempunyai jiwa dan keghairahan menjalankan aktiviti sukarelawan dalam memastikan kesinambungan dan keberkesanan 1M4U.
Betul juga kata rakan-rakan dalam MBM ini.
Entahlah ... barangkali sudah tidak ada mereka yang layak dalam MBM untuk menerajui 1M4U.
2 comments:
ini ler realiti kehidupan..dah kaya masih lagi nak kumpul harta..najib patut tengok siapa yang jadi ceo..jangan balik2 muka sama je pegang jawatan..
bila ckp umno amal kroni, ada org melenting..tapi kalau balik2 muka sama je dapat, tu bukan kroni ke namanya? ataupun lebih tepat dipanggil kon*k!
la apasalahnya kroni...nik ajis pun ckp dlm islam memanglah ada kroni.....apalah memang buta sejarah islam betul lah kau ni....kroni ke tidak utk jadi ceo x kisah yang penting org tu blh buat kerja dengan baik...
Post a Comment