Friday, October 14, 2011


TAHUN 2004
Pemberian wang Hari Raya bagi tahun 2004 kepada peneroka dengan kadar RM300 / peneroka berjumlah RM33.8 juta.

Melancarkan simposium dan ekspo usahawan FELDA 2004 ( SIMEX 04 ) di PWTC dalam usaha mensasarkan pencapaian 30% warga FELDA terlibat di dalam bidang keusahawanan. Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA diwujudkan untuk membangunkan usahawan dikalangan warga FELDA.

Memperkenalkan bonus insentif produktiviti buat kali pertama sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit/getah negara dan insentif kepada peneroka yang menghantar hasil melalui FELDA. Pembayaran kali pertama ini melibatkan seramai 86,318 peneroka dengan jumlah bayaran RM116.2 juta.

Skim Tuisyen FELDA ( STF ) kepada pelajar FELDA yang menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM diperkenalkan kali pertama pada bulan Ogos hingga September 2004.

Sesi konsultansi mengenai Model Baru Pendapatan Peneroka bersama YAB. Timbalan Perdana Menteri ( YAB. Perdana Menteri ) diadakan di Hotel Marriott, Putrajaya pada 23 Ogos 2004. Sesi ini menggembling buah fikiran bersama YAB. Perdana Menteri dalam hala tuju baru FELDA dan usaha menjadikan golongan berpendapatan pertengahan.




TAHUN 2005
Skim Tuisyen FELDA ( STF ) dilaksanakan secara bersepadu sepanjang tahun 2005 mulai April hingga November dengan peruntukan berjumlah RM20 juta. STF melibatkan 270 buah sekolah rendah dan 100 buah sekolah menengah dalam rancangan FELDA dengan bilangan pelajar kira-kira 60,200 orang setahun.

Mewujudkan rangkaian kerjasama pada 2 September 2005 diantara 3 buah syarikat Negara China iaitu pengimport terbesar minyak sawit Malaysia dalam usaha meningkatkan perniagaan kumpulan FELDA di peringkat antarabangsa, disamping menjamin pasaran keluaran sawit peneroka seluruh Negara.

Penubuhan Muzium Bilut di FELDA Lurah Bilut sebagai satu pusat sejarah dan dokumentasi untuk kajian secara ilmiah kejayaan kerajaan menubuhkan FELDA.

Pembayaran zakat kumpulan FELDA buat kali pertama berjumlah RM7.8 juta yang dibayar kepada Pusat Zakat Negeri di mana FELDA beroperasi.

Memperkenalkan Program Dana Pelajar Cemerlang untuk menjana anak peneroka dan kakitangan yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan dana khas permulaan berjumlah RM2 juta. Sehingga kini 66 orang pelajar sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dengan kadar RM350 / peneroka dengan bayaran berjumlah RM39.4 juta.

Menambah kadar bantuan sara hidup tanam semula dari RM50 seekar kepada RM75 seekar mulai Oktober 2005 dengan bayaran tambahan berjumlah RM157.79 juta.

Bayaran bonus insentif produktiviti untuk seramai 77,882 peneroka dengan pembiayaan berjumlah RM97.1 juta.

Kilang OPF dibina di kawasan seluas 1.5 hektar di FELDA Bukit Sagu 2 Kuantan, Pahang dengan kerjasama pihak MARDI dengan kos berjumlah RM8.1 juta. Kilang ini merupakan yang pertama dibina di Malaysia untuk menghasilkan makanan ternakan daripada pelepah sawit dan mengeksploitasi sumber daripada pelepah sawit, disamping mendatangkan pendapatan tambahan kepada peneroka.

Pembinaan Pusat Bioteknologi di Nilai, Negeri Sembilan dengan kos RM26 juta yang mempunyai kemudahan makmal dan proses biak klon sawit yang terbesar di dunia. Benih sawit terbaik adalah dihasilkan daripada pusat penyelidikan ini dan dibekalkan di kebun peneroka yang mampu member hasil yang tinggi. Pusat ini juga mengeluarkan benih klon pisang berangan.

Pembinaan Taman Rekreasi Air Panas Sg. Klah ( TRAP ) Trolak, Perak dalam usaha menjadikan FELDA Sg. Klah sebagai pusat reakreasi termoden dan destinasi pelancongan utama negara. TRAP turut menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya warga peneroka.

Memperkenalkan Skim Pembiayaan Pembesaran Rumah dengan dana awal berjumlah RM40 juta bagi kemudahan warga peneroka membesar atau mengubahsuai rumah di tanah rancangan melalui skim pinjaman tanpa faedah. Sehinggi ini, pinjaman berjumlah RM638.5 juta telah dikeluarkan kepada seramai 20,315 peneroka.

Pemberian geran bantuan untuk baik pulih rumah peneroka daif berjumlah RM10,000 / peneroka melibatkan seramai 3,400 peneroka dengan berjumlah bantuan RM34 juta.

Mewujudkan Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka dengan dana permulaan berjumlah RM1.5 juta untuk membiayai warga peneroka yang ditimpa bencana, menghidap penyakit kronik dan memerlukan bantuan peralatan kesihatan. Seramai 1,184 warga peneroka telan mendapat faedah daripada tabung ini dengan bantuan berjumlah RM5.7 juta.

Mewujudkan Skim Pinjaman Komputer tanpa faedah dengan dana awal RM1 juta bagi meningkatkan kemahiran warga peneroka dalam bidang teknologi maklumat. Sehingga ini, pinjaman berjumlah RM9.26 juta telah dikeluarkan kepada seramai 3,711 peneroka.

Perasmian Konferensi FELDA 2005 di PICC pada 14 Disember 2005 dan menggariskan landasan hala tuju FELDA untuk tempoh 50 tahun akan dating. Hala tuju FELDA ditekankan dalam tiga (3) aspek utama iaitu warga FELDA sebagai middle Income Group, peneroka FELDA sebagai masyarakat contoh luar Bandar dan menjadikan FELDA sebagai pelaku global dalam industri sawit.

Menetapkan dasar agihan kerja-kerja kontrak di FELDA di bawah RM100 ribu diberikan keutamaan kepada kontraktor/pemborong di kalangan peneroka dan generasi baru FELDA yang berkelayakan.

Menambah dana Skim Insentif Usahawan FELDA ( SIUF ) berjumlah RM50 juta menjadikan keseluruhannya RM100 juta umtuk membantu peneroka terlibat dalam bidang keusahawanan. Sehingga ini, sejumlah RM86.52 juta telah dikeluarkan kepada seramai 5,646 warga peneroka bagi melaksanakan pelbagai projek usahawan di tanah rancangan.




TAHUN 2006
Mencetuskan cadangan supaya FELDA bekerjasama dengan MARA bagi menempatkan pelajar FELDA di MRSM dan mengkaji kemungkinan satu bangunan MRSM FELDA dibina di Perak. Pembinaan MRSM ini adalah usaha meningkatkan prestasi pendidikan di kalangan generasi baru. Pengambilan pertama 200 pelajar dilaksanakan mulai tahun 2007 dan ditempatkan sementara di Kolej KINI Trolak.

Pembayaran zakat Kumpulan FELDA kali kedua berjumlah RM10.62 juta kepada Pusat Zakat Negeri dan melancarkan Gaya Hidup Baru warga FELDA.

Meneruskan usaha pembandaran dengan Pembangunan FELDAjaya Wilayah Chini seluas 292.5 ekar dengan kos RM50 juta. Antara komponen projek FELDAjaya Chini ialah kolej/institusi latihan, perumahan warga FELDA ( PWF ), kemudahan sukan, dewan, pejabat pentadbiran FELDA dan sebagainya.

Melaksanakan Program Latihan Generasi Baru secara bersepadu dengan peruntukan berjumlah RM50 juta iaitu lima kali ganda daripada peruntukan asal RM10 juta dan sasaran pengambilan pelajar seramai 5,000 setahun. Latihan Kemahiran bagi Sijil MLVK dan juga diploma dalam Creative Technology diperkenalkan.

Pemberian wang Hari Raya bagi tahun 2006 kepada peneroka dengan kadar RM350 / peneroka dengan bayaran berjumlah RM39.4 juta.

Bayaran bonus insentif produktivi untuk seramai 90,880 peneroka dengan jumlah bayaran RM117.9 juta.

Mengadakan projek Integrasi Ternakab Chuping ( PITC ), Perlis sebagai perintis dan pusat penyelidikan bagi memberi nafas baru kepada industry ternakan Negara serta memberi faedah pemindahan teknologi kepada penternak di kalangan warga FELDA di rancangan. Antara projek yang dijalankan melalui PITC ini ialah ternakan lembu fidlot, pembiakbakaan lembu dan ternakan kambing boer dan jamnapari.

Membangunkan industry kraf di pasaran yang lebih luas dan kompetitif dengan mengadakan Pusat Jualan kraf FELDA di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Program persediaan seramai 34 orang pelajar generasi baru dan anak kakitangan untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ke luar Negara dan dana khas berjumlah RM2 juta.

Melancarkan sambutan 50 tahun FELDA di Dewan Perdana pada 7 Julai 2006 dan menggariskan 5 Teras Utama FELDA iaitu:

Komuniti FELDA Menjadi Komuniti Contoh Luar Bandar
Warga Peneroka Menjadi Golongan Berpendapatan pertengahan
FELDA Menjadi Pelaku Global
Membangunkan Potensi Generasi baru
Memperkukuhkan Budaya FELDA Sebagai Institusi

Penubuhan Pasukan Bola Sepak FELDA United dalam usaha meningkatkan imej FELDA dan menggalakkan perkembangan sukan bola sepak di tanah rancangan.

Percubaan FELDA dalam projek tanaman herba dengan peruntukan awal RM8.2 juta seluas 550 ekar di Lanchang, Pahang.

Bantuan kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk projek naik taraf bekalan air di rancangan FELDA dan penduduk sekitar di negeri Pahang dengan peruntukan berjumlah RM150 juta. Pembiayaan sebenar projek adalah bernilai RM222 juta melibatkan pembinaan 12 buah loji baru dan kerja penggantian paip baru sepanjang 320 km.

Melaksanakan projek Perumahan Warga FELDA ( PWF ) di Pasak, Johor dan Jengka 19, Pahang dengan kos RM32.8 juta.

Bantuan kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk program pembasmi kemiskinan penduduk Sabah melalui peruntukan FELDA. Bantuan ini disalurkan 50% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan 50% berupa projek yang dikendalikan FELDA.

Pemasangan sebanyak 8,118 lampu jalan di seluruh rancangan FELDA dengan kos RM8.9 juta dalam usaha meningkatkan keceriaan kampong dan tahap keselamatan rancangan.

Pembinaan 20 tingkat FELDA Residence Kuala Terengganu dengan kos pembinaan sebanyak RM28 juta dalam usaha meningkatkan industry pelancong di negeri Terengganu dan menyediakan peluang pekerjaan kepada warga FELDA.




TAHUN 2007
Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dengan kadar RM350 dengan jumlah RM39.4 juta.

bonus insentif produktiviti untuk seramai 90,322 peneroka dengan jumlah RM146.4 juta.

Mengadakan kejohanan Futsal Terbuka FELDA buat kali pertama dalam usaha menjadikan gaya hidup cergas sebagai satu budaya hidup dikalangan warga FELDA.

Penubuhan Akademi FELDA dengan peruntukan awal RM10 juta bagi mengendalikan program dan aktiviti latihan Kumpulan FELDA, disamping menyediakan latihan kepada laur.

Menambah bayaran pendahuluan pendapatan peneroka tanam semula dari RM500 kepada RM750 sebulan.

Pembinaan sebanyak 17 buah kompleks sukan komuniti ( KSK ) untuk kemudahan dan galakan kepada warga peneroka bergiat dalam bidang sukan. KSK mengandungi gelanggang futsal, badminton, takraw, bola tampar, pejabat stor, tandas dan surau. Kos pembinaan KSK adalah berjumlah RM34.5 juta.

Pembinaan dewan semai bakti untuk kemudahan warga FELDA menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, perjumpaan dan lain-lain sebagai usaha mengeratkan perpaduan di kalangan warga FELDA di rancangan. Sebanyak 47 buah dewan telah disiapkan dengan kos RM39.2 juta.

Memperkenalkan gelanggang futsal terbuka di 18 buah rancangan bagi menggalakkan generasi baru terlibat dalam sukan futsal.

Pembukaan hotel dan restoran di Al Safwa Mekah, Arab Saudi dengan perbelanjaan modal sebanyak RM125.40 juta yang dapat memberi perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah dari Malaysia. Projek ini juga memperkenalkan Malaysia dikalangan Negara Islam dan mempromosikan makanan Islam di tanah suci.

Melaksanakan transformasi ke arah masyarakat contoh dengan program keceriaan kampung. FELDA member sumbangan RM10 / peneroka sebulan bagi membiayai program pengurusan dan penyenggaraan kampung dan peruntukan tahunan berjumlah RM13.5 juta. Pada masa yang sama Anugerah Keceriaan Kampung FELDA ( AKKF ) bernilai RM1 juta diberikan kepada sebuah rancangan yang menyenggara kampung dengan cemerlang. Pelantikan panel bebas dan professional dari luar dilantik oleh Perdana Menteri untuk menilai dan menghakimi anugerah.

Pembayaran zakat Kumpulan FELDA bagi tahun ke-3 kepada Pusat Zakat Negeri berjumlah RM16.8 juta.

Kenaikan kadar bantuan sara hidup dari RM75 seekar ke RM85 seekar di tahun pertama, RM85 di tahun ke-2, RM90 seekar di tahun ke-3 dan kenaikan pendahuluan pendapatan RM100 seekar mulai 1 Julai 2007.

Memberi persetujuan pembelian Menara FELDA di Platinum Park Jalan Stonor, Kuala Lumpur dengan keluasan 2.3 ekar pada kadar RM930skp termasuk tanah berjumlah RM640.77 juta. Pembinaan Menara FELDA adalah lambang kejayaan FELDA, disamping meningkatkan pegangan hartanah di kawasan segi tiga emas di bandar raya.

Meluluskan cadangan pelaburan projek Twin Rivers Technologies ( TRT ) dan projek Quebec, USA pada nilai anggaran USD 145.0 juta.

Meluluskan pelaksanaan Pusat Pembelajaran Sains ( PPS ) dikalangan pelajar FELDA yang mendapat kelulusan ‘C’ mata pelajaran sains dan matematik dalam PMR, pelajar tingkatan 4 bagi membolehkan pelajar mengikuti aliran sains tulen. Peruntukan bagi mengadakan PPS ini adalah berjumlah RM1.5 juta setahun.




TAHUN 2008
Pemberian geran tahunan berjumlah RM 1,000 untuk 317 persatuan belia di rancangan FELDA dengan peruntukan tahunan berjumlah RM317,000.

Penghantaran pelajar cemerlang dikalangan generasi baru FELDA untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan pelbagai bidang professional. Penghantaran pelajar pada tahun 2007 menjadikan bilangan pelajar di luar negara seramai 36 orang.

Pelaksanaan 6 projek baja kompos dalam usaha mengambil langkah penjimatan dan mengatasi kenaikan harga baja yang tinggi. Baja kompos ini dihasilkan melalui proses pelupusan sisa biomas di kilang sawit. Langkah ini dapat menjimatkan kos pembajaan sehingga 300/ha/tahun berdasarkan harga semasa baja kompos dan bajainorganic, disamping mengurangkan pelepasan air kilang ke sungai.

Kenaikan kadar bantuan sara hidup dan pendahuluan pendapatan peneroka yang tanam semula pada kadar RM100 seekar di tahun pertama, RM120 seekar di tahun ke-2 dan RM130 di tahun ke-3. Pendahuluan pendapatan dinaikkan ke RM140 seekar di tahun ke-4 dan ke-5 dan RM150 seekar di tahun ke-6. Kenaikan ini berkuatkuasa 1 Mac 2008 melibatkan pembiayaan berjumlah RM1.899 bilion, tidak termasuk kos pembiayaan tanam semula.

Memperkenalkan skim insurans berkelompok percuma untuk faedah kepada warga peneroka yang ditimpa kemalangan dan kematian. Skim ini merupakan satu aktiviti kebajikan yang disumbangkan oleh FELDA dan melindungi para peneroka yang ditimpa kemalangan dan faedah kepada waris bagi peneroka yang meninggal dunia.

Menyediakan program latihan generasi baru yang menjurus kepada bidang-bidang berprofil tinggi dengan kerjasama pihak swasta. Bidang profil tinggi ialah license aircraft maintenance engineer dan junior techniciandengan kerjasama MAS, juruterbang dengan kerjasama Air Asia dan lain-lain. Bajet yang diperuntukkan berjumlah RM35 juta.

Pembayaran bonus insentif produktiviti kepada seramai 85,224 orang peneroka dengan bayaran berjumlah RM145.2 juta.

Pelaksanaan projek edible garden di rancangan FELDA sebagai satu galakan warga peneroka menanam sayuran di kawasan halaman rumah dan mewujudkan pemandangan yang menarik di perkampungan FELDA. Peruntukan tahunan RM10 juta disediakan bagi pelaksanaan edible garden.

Pembayaran zakat kumpulan FELDA bagi tahun ke-4 kepada Pusat Zakat Negeri berjumlah RM19.88 juta.

Melaksanakan projek Perumahan Warga FELDA ( PWF ) di Triang 3 sebanyak 304 unit dengan peruntukan berjumlah RM25.6 juta dan sebanyak 321 unit rumah di Chini 3 dengan kos RM33 juta.

Mengadakan projek PERMATA pendidikan awal kanak-kanak di 3 buah lokasi iaitu Besout, Raja Alias dan Tenggaroh dengan peruntukan RM2.4 juta.

Mengadakan kejohanan Futsal Kebangsaan FELDA-FAM 2008 dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.6 juta sebagai satu cara mempromosikan produk keluaran kumpulan FELDA dan menggalakkan perkembangan sukan futsal tanah air.

Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara FELDA ( MRSMF ) Trolak dengan kos pembinaan sebanyak RM123 juta untuk kemudahan generasi baru mendapat pendidikan lebih sempurna dan keprihatinan Perdana Menteri memartabatkan generasi baru dalam bidang pendidikan. MRSMF ini boleh menempatkan 1,050 pelajar dalam satu masa.

Mewujudkan pusat industri di rancangan FELDA iaitu di Pasak, Nitar 1, Tenggaroh 2, Redong, Trolak dan Chini. Pembinaan industri ini memberi peluang kepada pengusaha dikalangan warga FELDA melaksanakan operasi pembungkusan makanan yang berkualiti dan marketable untuk dipasarkan di pasar raya di bandar utama.

Mewujudkan Pusat Tenun Pahang terbesar di Chini sebagai daya tarikan dan sokongan kepada sector pelancongan Tasik Chini.

Memantapkan program menangani masalah sosial di rancangan FELDA dengan menambah Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di seluruh rancangan, menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat, meningkatkan program belia, mengadakan aktiviti kebudayaan dan sukan, mengadakan program kesihatan dan sebagainya.

Meluluskan cadangan perubahan tanaman tebu getah bagi peserta Chuping dan mengarahkan FELDA menjadikan peserta Chuping sebagai peneroka.

Bengkel Hala Tuju Kumpulan FELDA bersama YAB. Timbalan Perdana Menteri ( YAB. Perdana Menteri ) dalam melaksanakan program transformasi Kumpulan FELDA mencapai visi 50 tahun kedua. Amanat Perdana Menteri adalah seperti berikut:


Kalau FELDA yang pertama 50 tahun memperjuangkan kebajikan peneroka, membuka tanah, maka FELDA yang kedua ini ialah membuka minda warga FELDA.

Kalau dalam rancangan 50 tahun yang pertama kita membuka rancangan tanah, maka untuk 50 tahun akan datangkita mahu FELDA menjadi juara industry sawit negara dan dunia.

Kalau 50 yang pertama FELDA telah membasmi kemiskinan dalam Negara, maka 50 tahun akan dating FELDA akan menjana kekayaan di peringkat glokal dan global.

Mengarahkan supaya rumah peneroka yang asal diubah wajah dan pinjaman pembesaran rumah telah diluluskan kepada seramai 6,365 peneroka dengan nilai pinjaman berjumlah RM249.51 juta.

Mewujudkan bidang kerjasama antara FELDA, FELCRA, dan RISDA dengan projek yang member manfaat melalui perkongsian sumber serta aktiviti hiliran yang dijalankan.

Mewujudkan kursus International Baccalaureate di Kampus Tun Razak, Trolak bagi penghantaran pelajar ke university tersohor di luar negara, disamping melahirkan pelajar cerdik pandai dikalangan generasi baru.




TAHUN 2009
Pelaksanaan pendapatan minima RM1,000 bagi memastikan pendapatan peneroka tidak berada di bawah paras kemiskinan, walaupun harga komoditi jatuh.

Pelaksanaa lembu fidlot di rancangan FELDA secara intensif sebagai alternatif mengelakkan ternakan lepas bebas di kebun yang ditanam semula dan usaha menambah pendapatan peneroka. Pelaksanaan projek melibatkan kos RM3.5 juta dengan sasaran pengusaha seramai 154 orang.

Melancarkan Projek Gedung Makanan Negara (GMN) dengan peruntukkan RM750 juta dalam usaha menambah bekalan makanan negara dan mengurangkan import makanan. GMN adalah satu transformasi untuk mewujudkan kelompok petani moden dikalangan warga FELDA melaui amalan teknologi baru dan mengoptimumkan penggunaan tanah kosong di rancangan.

Pemberian wang raya atas kadar rm 350 dan rm150 dengan bayaran berjumlah RM37.23 juta.

Pembayaran bonus insentif produktiviti kepada seramai 90,445 orang peneroka dengan bayaran berjumlah RM95.35 juta.

Pembayaran zakat perniagaan kumpulan syarikat FELDA dan KPF bagi tahun 2008 kepada Pusat Zakat Negeri berjumlah RM21.36 juta.

Melaksanakan projek Agropolitan Pekan Pahang (Projek Ladang Sawit Tanjung Batu, Projek Ternakan Bebiri Dorper Runchang & Batu 8 dan Projek Ternakan Kambing Boer Panchur Berderu Setiu).

Melaksanakan Program Tanam Semula secara besar-besaran kebun peneroka dalam tempoh 3 tahun mulai tahun 2009 hingga 2011 dan melibatkan kawasan seluas 92,450 hektar. Program ini adalah langkah mengatasi masalah hasil rendah kebun peneroka. Dengan pelaksaanaan ini, semua kebun peneroka akan siap ditanam semula pada 2011.

Melaksanakan pengambilan perniagaan gula dari Perlis Plantation Berhad bernilai RM1.5 bilion.




TAHUN 2010
Melaksanakan pengurusan risiko dengan penubuhan Jawatankuasa/Unit Pengurusan Risiko/Intergriti bagi menjaga kepentingan stakeholders dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Penyusunan semula struktur organisasi FELDA dengan tambahan 2 jabatan baru iaitu Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula dan Jabatan Inovasi dan pembangunan Generasi Baru dalam memastikan pelaksanaan program tanam semula berjalan lancar dan memberi penekanan kepada pembangunan generasi baru.

Pentadbiran FELDA Technoplant Sdn Bhd diletakkan dibawah FELDA supaya pelaksanaan program tanam semula kebun peneroka berjalan lancar dan memastikan program ini disiapkan mengikut jadual.

Pemberian insentif kepada 260 buah masjid di seluruh rancangan FELDA.

Memperkenalkan pelan Khairat Kematian Peneroka untuk meringankan beban waris peneroka yang meninggal dunia. Bayaran serta merta RM3,000 dibayar kepada waris peneroka bagi setiap kes kematian dan RM7,000 selepas permohonan diterima.

Pemberian wang raya atas kadar RM300 dan RM150 dengan bayaran berjumlah RM32.1 juta.

Pembinaan gelanggang futsal di semua rancangan FELDA dalam tempoh 2 tahun dengan peruntukan RM25 juta.

Pembayaran bonus insentif produktiviti kepada seramai 94,281 peneroka melibatkan bayaran berjumlah RM100.92 juta.

Meluluskan cadangan penubuhan Koperasi Permodalan FELDA (KPF2) sebagai wadah dan pembangunan ekonomi untuk generasi baru FELDA.

Pembayaran zakat kepada FELDA bagi tahun ke-5 kepada Pusat Zakat Negeri berjumlah RM25.82 juta.

Pelaksanaan projek edible garden secara komersil melibatkan 111 pengusaha bermula November 2010.

Penempatan guru-guru bahasa Inggeris dari luar negara bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan pelajar FELDA dalam bahasa Inggeris.

Kerja naik taraf bekalan air di Gugusan Bera dengan peruntukan tambahan berjumlah RM15 juta untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air yang sering terputus di rancangan Gugusan Bera.

Memperkenalkan Anugerah Usahawan Tani FELDA 2010 dalam usaha meningkatkan bilangan usahawan di kalangan warga FELDA dan memberi pengiktirafan kepada usahawan yang berjaya.

Mengadakan perkongsian bijak dalam bidang latihan kemahiran dan keusahawanan dengan kerjasama KFC Holdings. Bidang kerjasama ini adalah untuk memberi peluang kepada generasi baru terlibat dalam bidang quality service restaurant dan menjadi usahawan baru.

Penghantaran pelajar generasi baru FELDA ke luar negara bagi tahun ke-3 menjadikan bilangan pelajar yang berada di luar negara seramai 66 orang.

Penghantaran seramai 100 pelajar generasi baru dalam bidang Maritime & Fishing dan Hospitality & Tourism di Kolej KINI, Felda Sahabat dengan kos RM1.5 juta.

Kenaikan elaun dan kemudahan kepada kepimpinan peneroka iaitu Timbalan Pengerusi JKKR, Pengerusi GPW, Pengerusi Belia, Setiausaha dan Bendahari JKKR/GPW. Kenaikan ini berkuatkuasa 1 Januari 2011 melibatkan seramai 1,805 pemimpin peneroka seluruh negara dan kenaikan sebanyak 253%.

Mengadakan perancangan dan usaha sebagai institusi yang beretika dan prihatin terhadap aspek sosial dan alam sekitar sehingga diiktiraf oleh antarabangsa memperoleh pensijilan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) yang pertama di dunia bagi kawasan peneroka. Penganugerahan ini memberi kesan kepada usaha peningkatan produktiviti kebun peneroka dan potensi pasaran sawit yang lebih luas.



Untuk lu Mazlan Aliman ... cukup-cukuplah merosakkan imej FELDA. Lagi baik lu saman Kerajaan Kelantan mengenai penyelewengan Ladang Rakyat ...




Lu saman Nik Aziz, lu saman Husam Musa, lu saman Kerajaan PAS Kelantan ... Jangan Jadi Bacul!



3 comments:

C L J said...

TAHNIAH FELDA
DAN
TERUSKAN MENGEMBANGKAN KEBAKTIAN DEMIKIAN ATAU BERTAMBAH TAMBAH LAGI DI BAWAH PIMPINAN PENGERUSI YANG BARU ITU.
INASHAALLAH.

AJAI62 said...

Assalam Bro

Sekarang ni mana ada orang FELDA yang miskin dan susah... Kalau ada aku cakap mereka tu pemalas... orang lain boleh berjaya jadi senang kenapa mereka tidak? Tenguk rumah orang FELDA, Orang yang kerja di bandar pun memang tak mampu nak bina rumah macam tu... Kalau 20 tahun dulu mereka tak jadi peneroka adakah hidup mereka akan lebih baik dari sekarang?... Memang rezeki dari ALLAH swt tapi berkat usaha FELDA jadilah mereka peneroka yang hidup senang hari ini... Takan bila dah senang kamu nak gigit tangan orang yang banyak membantu... Aliman tu contoh manusia pemalas...

Anonymous said...

SALAM

BUAH SALAK BUAH KEDONDONG
BUAH BERANGAN DALAM BALDI
BUKAN NASIB KITA X UNTUNG
SEBAB KITA X NAK MENGENAL DIRI

FIKIR2 KAN.....