Wednesday, October 26, 2011


Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Saya merujuk kepada cabaran daripada Adun Sri Muda yang mempertikaikan insentif kepada petani yang gagal dibayar sebanyak RM110 Juta yang dibentangkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terlebih dahulu kita perlu faham bahawa ketirisan dan hutang adalah dua perkara yang cukup berbeza, malangnya tidak difahami oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Suhaimi Shafie.



Akibat mahu 'menunjuk pandai' dengan cuba menyalahkan pihak lain kononnya berlaku ketirisan dalam pembayaran insentif kepada petani, saya sarankan supaya beliau belajar makna ketirisan dan hutang terlebih dahulu.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor perlu membaca lebih teliti Laporan Audit Negara sebelum membuat kenyataan tidak cerdik yang boleh memalitkan arang di mukanya sendiri.

Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa kerajaan tidak membayar insentif berjumlah RM110 juta itu bukan bermaksud berlaku ketirisan.



Ketirisan boleh dikelasifikasikan sebagai berlaku penyelewengan dalam sesuatu peruntukan yang akan diberikan kepada rakyat.

Apa sebenarnya berlaku adalah wang peruntukan untuk petani tersebut telah habis dibayar selaras dengan bajet yang diperuntukkan kepada kementerian.



Malangnya jumlah insentif adalah melebihi jumlah yang yang diperuntukan oleh kerajaan dan ini bermakna kerajaan masih berhutang lagi dengan petani dan peruntukan telahpun diberikan oleh YAB PM pada bajet 2012 untuk menyelesaikan baki tersebut.

Kita juga harus melihat lebihan permintaan insentif kepada petani adalah satu kejayaan Kerajaan Pusat yang bersungguh-sungguh mahu meningkatkan hasil pertanian melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang memperuntukkan sebanyak RM1.6 billion hanya untuk memastikan hasil petani semakin baik dari masa ke semasa.

Kerajaan juga mensasarkan peningkatan pada pada tahun 2010 iaitu sebanyak 2.95 juta tan berbanding 2.57 juta tan setahun pada tahun 2008. Maklumat lanjut berkenaan Dasar Jaminan Bekalan Negara boleh dirujuk di laman web rasmi kementerian. Sila klik sini ... SUHAIMI SHAFIE BENGONG!

Kerajaan juga telah membekalkan pelbagai jenis bantuan seperti baja-baja yang berkualiti, bantuan kapur, kawalan serangga perosak, menaik taraf sistem saliran dan sebagainya tidak termasuk bantuan subsidi lain untuk kemudahan petani di seluruh negara
.


Ini jelas menunjukkan bahawa perancangan yang dibuat telah membuahkan hasil dan buktinya adalah peningkatan permintaan insentif petani melebihi daripada peruntukan yang dicadangkan oleh kementerian kepada Kerajaan Pusat.

Kenyataan dangkal Suhaimie itu jelas sebagai satu cubaan untuk menutup isu kenaikan elaun kepada wakil rakyat Selangor tetapi didakwa oleh MB Selangor sebagai insentif.



Ini juga salah satu kenyataan hipokrit pemimpin PKR yang hanya nampak 'kuman di seberang laut tetapi bangkai gajah depan mata' buat tidak tahu sahaja.

Suka saya cadangkan kepada Suhaimie Shafei supaya membuat kajian terperinci sebelum mempetikaikan sesuatu yang akhirnya memperlihatkan sikap kurang cerdik beliau kepada rakyat khasnya.


Pena Noh Omar
Kelana Jaya

9 comments:

Anonymous said...

Puak Parti Asobiyah Se-Malasyia (PAS) ini hanya tahu menyalahkan orang saja, isu SULIHH di Kedah, apa cerita, bila nak siap? Nak tunggu berapa ribu tahun lagi baru boleh siap? Itulah pandir sangat nak kacau projek Kerajaan Persekutuan, sebelum ini SULIHH dikenali sebagai ZIPY atau Zon Industri Petroleum Yan, pihak kerajaan Barisan Nasional telah mempunyai rangka kerja yang betul-betul sistematik, tapi lepas diambil alih oleh PAS yang ubah nama saja jadi SULIHH, tapi terus lingkup, hingga kini tak ada kesan yang memberangsangkan, apa cerita? PAS cerita dalam ceramah bukan main sedap, nak buat pelabuhan di Pulau Bunting dan sebagainya, tapi pelabuhan kepala otak apa, Projek SULIHH pun hanya ada tapak saja, apa cerita? Perkara ini ADUN Sri Muda tak mahu tanya pada Ustaz Zizan kah? tanya apa sudah jadi dengan SULIHH, apakah SULIHH sudah muflis? Jenis puak Pakatan Rakyat tak reti bahasa memang begini, mereka ini jenis pengamal asobiyah, jika ada perkara jahat dibuat oleh puak mereka, dibela habis-habisan, macam-macam dalil keluar, video besi dan sebagainya, tapi bila ada isu berkaitan dengan Barisan Nasional, hal lain pun boleh jadi cerita macam lain pula. Macam isu insentif untuk petani inilah, ADUN Sri Muda ini bengap, dia tak faham bahawa peruntukkan yang diperolehi oleh Kementerian Pertanian untuk bayar insentif kepada petani berkenaan tak cukup dan kerajaan pun nak selesaikan perkara ini, bukannya peruntukkan pergi ke tempat lain, macam isu RM 200k, itu peruntukkan dari mana dan pergi ke mana? Begitu juga dengan elaun RM 1.00 untuk Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, ada Anwar buat kerja? Tak ada, Anwar lebih sibuk pergi ceramah mengaku diri dia baik dan mulia tahap gaban dan hasut orang buat demontrasi, mana ada Anwar peduli hal ekonomi Selangor, sebab itulah Khalid Ibrahim sekarang sampai rambut makin gugur, pening dengan ekonomi Selangor dan pening dengan masalah Anwar yang tak datang kerja, nak pecat dia bos Khalid dalam parti, tapi kalau tak pecat Anwar telah langgar peraturan, tak datang kerja, lepas itu tak buat kerja pula, apa guna bayar elaun RM 1.00 itu? Apa ini dulu janji manis punya tapi sekarang sudah masam sampai mengerekot muka. Renung-renungkanlah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Encik Mohamad.

Anonymous said...

Telah di war2kan pada penyokong2 PR ni akan kerosakan yg di buat oleh pembangkang ni...tapi penyokong2 puak2 ni mana nak percaya...tambah2 kalau yg keluar kan fatwa tu Nik Aziz, kalau hitam kata putih pun depa percaya bagai nak gila....

kalau betul2 di selidik banyak kerosakan yg di buat oleh puak ni....tapi tuhan maha mengetahui segala penipuan mereka pasti akan terbukti.....memang banyak projek yg di buat mereka gagal....rakyat mungkin ada yg tak tahu kerana mereka di bagi tahu matlumat yg salah...masa kempen puak2 ni....

PRU13 adalah plateform yg sesuai untuk rakyat menilaikan semula samaada PR masih releven atau sebaliknya.....fikirkan lah...

Anonymous said...

Tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin bin Yassin. Sila rujuk rencana ini: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Kesungguhan Tan Sri Muhyiddin bin Yassin dalam membantu pelajar-pelajar kelas belakang adalah amat di hargai. Saya bertahun-tahun menghantarkan e-mel, komen dalam blog kepada pihak-pihak tertentu, tetapi akhirnya di era Tan Sri Muhyiddin bin Yassin jadi Menteri Pelajar merangkap Perdana Menteri Malaysia, impian ini hampir menjadi kenyataan. Inilah impian segenap pelajar-pelajar kelas belakang yang bosan dengan gaya pendidikan ala-akademik yang tidak diminati oleh mereka, bukan kerana suka-suka hati, tetapi kerana kemampuan mereka adalah pada kegiatan melibatkan pergerakan dan perbuatan, bukannya membaca dan menjawab periksa saja.

Bersambung.........

Encik Mohamad.

Anonymous said...

Sambungan.........

Saya berharap agar pihak ibu bapa terutamanya, janganlah melepaskan peluang ini, ini kerana ramai ibu bapa di luar sana memandang serong aliran kemahiran dan memandang rendah pelajar-pelajar aliran kemahiran kerana mereka tidak tahu bahawa pelajar lepasan aliran kemahiran, peluang untuk mendapat kerja adalah jauh lebih tinggi dari pelajar-pelajar dalam bidang akademik kerana pelajar-pelajar ini tahu membuat kerja. Ini kerana di bidang pekerjaan, bukannya macam menjawab soalan periksa yang main hafal, tapi pengetahuan mendalam dalam pekerjaan yang dibuat. Pelajar bidang kemahiran mahir dalam bidangnya kerana hari-hari dia buat benda itu, maka dia pandailah buat kerja. Oleh itu ibu bapa sekalian, jangan korbankan masa depan anak-anak anda kerana hendak memenuhi kehendak anda yang tidak sama dengan anak-anak anda. Apakah anda mahu lihat anak anda ponteng sekolah, gagal dalam pelajaran, gagal dalam kehidupan hingga akhirnya terjebak dalam kegiatan yang tidak bermanfaat seperti penagihan dadah dan jenayah?

Saya semasa sekolah dahulu walaupun saya di kelas hadapan, saya gemar berkawan dengan pelajar-pelajar di kelas belakang, bukan apa pertamanya mereka serasi dengan saya yang ringkas tetapi teliti. Saya melihat pelajar-pelajar di kelas belakang ini ada kualiti, sebab itulah sejak dari tahun 2006 saya telah mulakan menghantar e-mel dan komen blog kepada pihak-pihak yang berkenaan, tetapi tidak menampakkan hasil, tetapi alhamdulillah, sekarang ini impian ini akan terlaksana dan insyaAllah, ini akan menjadi titik tolak kepada negara ini mengorak langkah kembali menjadi sebuah negara maju yang berkualiti tanpa perlu bergantung harap kepada buruh-buruh asing yang banyak membuat onar di negara ini. Semoga dengan perlaksanaan pendidikan aliran vokasional dengan meluas ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar kelas belakang untuk lebih tekun, janganlah disia-siakan peluang ini kerana kita hidup hanya sekali dan peluang yang datang kita sekiranya kita mempersiakannya bukannya akan datang lagi dengan mudahnya pada masa-masa akan datang. Walaupun menghadapi masalah dalam pembelajaran dalam bidang akademik tetapi buktikanlah kemampuan dalam bidang kemahiran pula supaya dapat meningkatkan taraf hidup kita dan taraf hidup keluarga supaya ibu bapa kita boleh berasa bangga walaupun selama ini mendapat buku laporan yang hanya bertanda merah kerana gagal dalam periksa, tetapi buktikanlah anda boleh berjaya dalam bidang yang lain. Ingatlah usaha tangga kejayaan. Ini kerana saya sendiri pun sebelum saya berjaya melangkah ke pendidikan tinggi, saya seorang yang tidak punya misi, malahan pada awal semester pertama saja saya telah putus harap, tetapi alhamdulillah, di pertengahan semester, saya mempunyai kesedaran dan saya telah sedaya upaya untuk berusaha hinggakan pada waktu rehat orang lain lebih seronok bersantai, tetapi saya gunakan masa itu untuk belajar komputer, maklumlah, saya ini orang kampung, sebelum masuk universiti, komputer pun tak pernah sentuh, apatah lagi nak guna, langsung tak reti. Tapi atas daya usaha dan bantuan dari pensyarah dan rakan-rakan, saya berjaya. Dalam kehidupan ini kita perlu ada prinsip sekiranya hendak berjaya, dan saya punya 1 prinsip yang saya sangat kuat pegang padanya, iaitu sekiranya kita hendak buat sesuatu, buatlah dengan sebaik mungkin, sekiranya nak buat secara sambil lewa, lebih baik balik rumah tidur sajalah. Inilah prinsip saya dalam membuat kerja. Begitu juga dalam tugasan yang diamanahkan kepada kita buatnya, janganlah sambil lewa dan beri macam-macam alasan untuk elakkan diri, kalau tak tahu nak buat tanya orang yang tahu, tak rugi kalau belajar, jangan jadi pemalas nak makan gaji buta saja, sedarlah kita digajikan untuk buat kerja, kalau nak bersenang-senang tak mahu buat kerja tulis surat letak jawatan dan pergi jual segala harta ibu bapa untuk berlibur, biar papa kedana lepas itu merempat di tepi jalan. Renung-renungkanlah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Encik Mohamad.

Anonymous said...

Saya sungguh berterima kasih atas keprihatinan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran yang mengambil berat akan isu-isu pelajar kelas belakang dan cuba untuk membantu mereka melalui sekolah aliran kemahiran.

Meskipun begitu, terdapat satu lagi isu melibatkan bidang pendidikan yang menjadi pertikaian kepada diri saya dan juga orang-orang lain juga. Isu itu adalah pengasingan pelajar pandai dan kurang pandai di sekolah. Perkara ini adalah suatu yang tidak baik untuk pendidikan dan perkembangan pelajar. Apa tidaknya, sekiranya dikelompokkan pelajar yang pandai sesama kelompoknya, dan pelajar yang kurang pandai pula diletakkan dalam kelompok yang berasingan, maka yang pandai ini akan bertambah pandai kerana guru-guru akan memberi perhatian kepada kelas-kelas murid pandai ini saja kerana nak kejar sekolah berprestasi tinggi. Tetapi lihatlah pelajar-pelajar kelas belakang yang mana pelajar-pelajar yang kurang pandai ini terbiar dan terkontang kanting hinggakan sampai darjah enam pun ada yang tak reti membaca dan tak reti mengira kerana kesibukkan guru-guru memberikan perhatian istimewa kepada kelas pelajar-pelajar pandai, maka kelas pelajar-pelajar kurang pandai ini diabaikan.

Dalam bidang kaunseling ada konsep mentor dan menti, malahan ada yang guna konsep Pembimbing Rakan Sebaya dalam bidang pekerjaan samada di sektor awam atau di sektor swasta, mengapakah tidak diterapkan konsep mentor dan mentee dan Pembimbing Rakan Sebaya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Memang ada sekolah yang amalkan konsep mentor menti dan Pembimbing Rakan Sebaya ini, tapi itu di kelas-kelas pelajar pandai saja, pelajar yang kurang pandai, pergi mampuslah, ini suatu perkara yang tidak bagus, patutnya mentor menti diamalkan di semua kelas tanpa mempedulikan pelajar pandai atau kurang pandai, ini baru betul.

Cadangan saya sebelum ini adalah pelajar-pelajar pandai dan kurang pandai digabungkan dalam satu kelas dan dibuat kumpulan dan sebolehnya melibatkan kaum-kaum yang berlainan jika ada kaum berlainan dalam kelas itu. Pelajar-pelajar pandai dilantik sebagai mentor kepada pelajar-pelajar yang kurang pandai untuk membimbing mereka. Selain memudahkan kerja guru, kaedah ini juga akan meningkatkan 'estim' atau harga diri pelajar untuk menjadi lebih berkualiti melalui kaedah pengajaran dalam kumpulan dan membentuk sikap kepimpinan dalam diri pelajar dan membentuk sikap menjadi pengikut yang baik dalam diri seorang pelajar itu.

Saya berpendapat kaedah pembelajaran seperti ini lebih menyeronokkan kerana saya pernah belajar menggunakan kaedah lebih kurang sama seperti ini melalui guru matapelajaran sejarah saya yang membentuk kumpulan kecil dan membuat peta minda untuk dibentangkan dalam kelas berdasarkan bab-bab yang telah diajar oleh guru. Dalam situasi ini pelajar diajar untuk menjadi berani bercakap di hadapan orang ramai, malahan mengajar pelajar cara-cara berbincang, cara-cara membuat keputusan dan sebagainya.

Guru sepatutnya menjadi pemudah cara kepada pelajar, bukannya menjadi tukang suap kepada pelajar saja. Pelajar-pelajar hendaklah diasuh untuk menjadi seorang manusia, bukannya menjadi robot yang hanya menerima apa saja yang diajarkan oleh guru dan dijawab atas kertas periksa, ini adalah suatu perkara yang tidak berapa betul kerana ketika ini pun, kita dapat lihat pelajar yang cemerlang di sekolah (sebab dapat banyak A) dalam periksa) menjadi pelajar yang gagal di pengajian tinggi kerana pelajar itu hanya tahu menerima dan tidak tahu untuk menambah nilai pelajaran yang diterima. Perlu diingat bahawa dalam pendidikan ada tiga bidang utama iaitu kognitif (pemikiran) afekit (nilai/sikap) dan psikomotor (kemahiran/pergerakan).

Bersambung..............

Encik Mohamad.

Anonymous said...

Sambungan.............

Pendidikan di sekolah lebih mengutamakan bidang kognitif dan mengabaikan bidang afektif dan psikomotor, sebab itulah pelajar sekarang ini walaupun ada yang dapat banyak A dalam periksa tetapi tak malu buat maksiat sebab tak ada diajarkan nilai-nilai baik dalam dirinya. Begitu juga dengan psikomotor, pelajar sekarang ini tahu dari segi teori saja, dari segi perlaksanaanya mereka lembab sedikit. Kalau tak percaya, suruh pelajar sekarang cuci baju, menyapu sampah, mengupas kelapa, mereka agak kaku melakukannya, kalau suruh menoreh getah atau menebar jala apatah lagi, lingkup pokok getah dikerjakan dan bukan setakat jala yang yang ditebar dengan diri sendiri pun jatuh dalam sungai, yang dapat bukan ikan, tapi diri sendiri terperangkap dalam jala.

Apa yang saya sebutkan di atas bukanlah suatu perkara yang main-main, ini adalah kenyataan yang dihadapi oleh pelajar kini yang terlalu banyak disogokkan dengan bagaimana hendak mendapat 'A' dalam peperiksaan hinggakan institusi sekolah yang sepatutnya membentuk seorang pelajar menjadi seorang manusia yang punyai kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi masa dewasa telah menjadi kilang untuk melahirkan pelajar-pelajar yang hanya sibuk mengaut berapa banyak 'A' dalam peperiksaan saja.

Oleh yang demikian, sektor pendidikan perlu dirombak semula, bukannya merombak semua sistem, tetapi rombakan untuk menambah nilai, kerana kaedah perlaksanaan pendidikan sekarang ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai dalam Falsafah Pendidikan Negara sendiri. Lihat ini: http://www.sabah.edu.my/sk.kayau.ppr/fpn.htm, sekiranya kita melihat kepada Falsafah Pendidikan Negara yang telah jadi Falsafah Pendidikan Kebangsaaan, jelas tidak selari dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekarang ini yang lebih menumpukan kepada soal-soal untuk mendapat berapa banyak 'A' dalam periksa sedangkan jatidiri, kenegaraan, dan lain-lain kualiti yang diperlukan oleh pelajar diabaikan kerana nak mengejar gelaran sekolah berprestasi tinggi supaya dapat masuk surat khabar dan menjadi terkenal. Oleh itu renungkanlah di antara menjadi sekolah yang terkenal di atas kertas dengan menjadi sekolah yang berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara mana yang lebih penting? Rengung-renungkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Encik Mohamad.

Anonymous said...

Pendidikan di sekolah juga perlu menerapkan nilai-nilai baik di kalangan pelajar. Masalah disiplin dikalangan pelajar kini kerana kurangnya penerapan nilai-nilai baik (bidang afektif atau nilai) dikalangan pelajar. Ada pihak menyatakan merotan pelajar itu zalim dan tidak berperikemanusiaan, apakah benar telahan sebegitu? Telahan sedemikian adalah suatu yang tidak tepat, ini kerana merotan pelajar adalah tujuan mendidik, bukannya merotan pelajar umpama pesalah di penjara hingga terkencing terberak dan ada yang pengsan, tidak sebegitu. Masalah disiplin di sekolah berlaku kerana banyak sangat campur tangan pihak luar yang menggangu urusan pentadbiran disiplin sekolah. Tidak salah kalau pihak luar hendak beri pandangan, tapi berilah pandangan yang membina, bukannya pandangan yang merosakkan disiplin pelajar dengan alasan hak asasi manusia dan kezaliman.

Ibu bapa dan orang-orang politik tidak perlu masuk campur dalam urusan mendisiplinkan anak-anak pelajar supaya menjadi manusia. Sekiranya ada ibu bapa yang tidak mahu anaknya mengikut peraturan sekolah, maka dipersilakan untuk memberhentikan anaknya dari persekolahan dan buat pembelajaran secara persendirian dan ibu bapa menjadi gurunya. Untuk menjadikan pelajar berdisiplin adalah penting kerana seorang pelajar yang tidak berdisiplin akan mempengaruhi pelajar lain menjadi pengikutnya dan kemudian ramai pelajar akan menjadi tidak berdisiplin, ini adalah tidak bagus untuk pelajar itu sendiri kerana mereka akan hanyut dengan budaya liar sedemikian rupa.

Sekiranya saudara/saudari pernah membaca berkenaan laporan berkenaan pelajar-pelajar yang kononnya dikasari dan dizalimi dalam satu sesi pemulihan di sebuah penjara sebelum ini, tentu saudara akan merasa lucu kerana aduan kononnya pelajar itu dizalimi adalah tidak berasas sama sekali kerana semua pelajar tersebut, selepas tamat sesi pemulihan itu, tidak ada yang jadi cacat atau meninggal dunia akibat 'dizalimi' dalam proses pemulihan itu, apa yang menjadi masalahnya adalah pihak-pihak luar yang sengaja untuk menangguk di air keruh. Malahan aduan pelajar berkenaan bahawa mereka di marahi dan dipaksa berkawad dan mengikut rutin penjara adalah sebagai pengajaran kepada mereka supaya jangan berlagak samseng di sekolah, ini samseng apanya, kena jerkah pun sudah kencing dalam seluar, samseng tahi kucinglah.

Oleh itu pihak kementerian pendidikan perlu mengambil serius akan perkara ini supaya gejala disiplin tidak menjadi barah yang akan memusnahkan generasi muda di sekolah pada hari ini. Sekarang ini Jaga di sekolah pun tak boleh nak larang pelajar keluar sekolah sesuka hati, malahan kalau ada cikgu pun pelajar dengan selambanya keluar sekolah dan melepak dengan kawan-kawan di tepi jalan, ini bukan saja budak-budak kelas bekalang saja, malahan budak-budak yang kononnya cerdik pandai pun perangai sama saja, harap reti jawab periksa sebab menghafal saja, tapi tak reti nak berbudi bahasa, sebabnya bila sekolah nak ambil tindakan, tuduh pihak sekolah zalim dan kejam serta tidak berperikemanusiaan, macamlah kena rotan sampai meninggal atau ada yang jadi lumpu sebab dirotan dengan rotan sebesar betis orang dewasa, ini semua kerana campur tangan luar terutama ibu bapa yang tidak reti bahasa menyebabkan anak-anaknya menjadi parasit dalam sekolah. Pihak sekolah perlu tegas mengambil tindakan, malahan pihak Kementerian pula janganlah menggelabah tak tentu pasal menyalahkan pihak sekolah sekiranya ada pelajar yang kena rotan sebab ingkar peraturan sekolah, kalau tak nak ikut peraturan sekolah, minta ibu bapa yang berkenaan buat sekolah sendiri dan ajarlah anak-anak anda sendiri, pihak sekolah tidak memerlukan pelajar yang akan menjadi parasit menjangkiti pelajar lain menjadi bermasalah. Renung-renungkanlah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Encik Mohamad.

Anonymous said...

Inilah sikap MCA jadi jaguh untuk menyusahkan urusan pejawat awam saja. Chua Soi Lek, tahulah kamu nak populariti politik, dalam isu peraturan cukai yang baru ini, bukannya ada ruang untuk rasuah pun, malahan ia memudahkan pihak LHDN untuk kutip cukai, Chua Soi Lek ini bengap, mana dia tahu susah payah pihak jabatan-jabatan mengutip cukai hendak mendapatkan cukai yang patut dibayar oleh rakyat. Jangan fikirkan kesusahan pembayar cukai saja, kesusahan penjawat awam buat kerja pun kena fikir sama, inilah kalau sibuk nak politikkan semua benda, akibatnya menyusahkan orang saja.

Harapnya pihak kerajaan jangan melayan alasan pandir Chua Soi Lek ini, kalau jabatan kerajaan tak keluarkan surat untuk kutip cukai, takkan jabatan kerajaan itu nak pergi paksa orang bayar cukai pula, sedarlah pembayar cukai itu yang degil, nak kemudahan macam-macam, kononnya dirinya pembayar cukai, pembayar cukai kepala otakalah, berbuih minta dia bayar cukai cara elok-elok macam-macam karenah dia buat.

Kepada Ketua Pengarah LHDN, sekiranya kutipan cukai tidak memberangsangkan, maka anda ada alasan kali ini, Chua Soi Lek penyebabnya, si lembab yang gila populariti macam Najib ini memang begini tamakkan populariti hingga menyusahkan orang lain. Inilah jadinya sekiranya orang-orang politik pandir-pandir mencampuri urusan jabatan kerajaan, semua jadi caca marba kerana dia seorang saja. Renung-renungkanlah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Encik Mohamad.

Anonymous said...

untuk artikel di atas lihat petikan akhbar ini: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm