Monday, October 24, 2011


Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.

Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan.

''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Masyarakat India Ampang (PKRSMIA) berkata demikian selepas menghadiri Majlis Setulus Kasih Selembar Budi sempena sambutan Deepavali di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Prof. Madya Dr. Rozaidah Talib.

Vengdesgiri berkata, selepas ini mereka akan bergerak menggunakan platform PKRSMIA dan menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, tindakan 300 ahli PKR itu menunjukkan parti pembangkang semakin dijauhi rakyat.

"Janji-janji yang diberikan kepada rakyat tidak dikotakan menyebabkan mereka berasa kecewa dengan pembangkang. Kita BN akan sedaya upaya menunaikan janji dan turun ke bawah mendengar denyut nadi rakyat,'' katanya. - UTUSAN MALAYSIA 23 Okt 2011

6 comments:

Anonymous said...

Tahu kena tipu tak pe...

Unknown said...

KERANA TAHU MAKA KELUAR BERAMAI-RAMAI ...

Anonymous said...

tahniah la....kerana dah sedar permainan pemimpim putar alam dan kaki liwat.....ko orang ajak lah mana2 ahli pkr yang tak sedar2 lagi.....u alls fikir2kan lah..pilihlah parti yang boleh menjamin masa depan anak cucu anda..isyaallah

Anonymous said...

ranting, mana boleh tahan lama, cabang pun turut musnah,.. apa tunggu lagi ranting ranting yang lain lain,cepat masuk bahagian yang lebih kukuh dan menjamin kan..,. siapa punya idea bagi nama ranting tu,..ranting bukan nya kuat, burung pipit saja yang boleh bertenggek kat ranting..

Anonymous said...

ranting oh ranting, pabila luruh daun nya, nampak lah ranting yang kurus yang tak berdaya bertahan,.akhirnya mati lah ranting tu,.. tukar lah ke bahagian yang lebih kukuh untuk masa depan anak cucu mu,..tahniah kpd ranting yang telah sedar.

Anonymous said...

Yg sedar nya sedikit......Yg x sedarnya ramai....Sure masyukkkkkkkkk