Monday, October 3, 2011


Acapkali apabila pilihanraya umum akan tiba, pertubuhan NGO-NGO Cina sibuk menyuarakan pandangan a.k.a. ugutan kepada kerajaan jika mahukan undi dari masyarakat cina umumnya.

Bohong? Tidak Benar? Fitnah? ... Lihat sahaja kepada Persidangan Agung Tahunan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia 2011 (Hua Zong)yang diadakan di Kuantan pada 24 September telah meluluskan beberapa usul berhubung isu politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, sosial dan agama. click ... MERITOKRASI atau CINATOKRASI!

33 permintaan a.k.a. ugutan berbentuk sokongan dari pertubuhan NGO-NGO Cina sekali lagi berkumandang. Dan yang cantiknya ... sebelum pilihanraya umum tiba!




Bagaimana pula dengan hasrat dan permintaan dari RESOLUSI KONGRESS EKONOMI BUMIPUTERA: Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang telah dikemukakan sejak dari 29 Mei 2010?

Ada baiknya jika GWM paparkan kembali sebagai rujukan untuk kaum bumiputera ...



Sehubungan dengan itu Kongres ingin menzahirkan sokongan bersyarat (conditional support) terhadap Model Ekonomi Baru (MBE) kerana;

(a). Misi mencapai GDP Per kapita yang tinggi adalah baik untuk negara tetapi belum tentunya turut dapat dinikmati oleh rakyat jelata, khususnya Bumiputera dan

(b). Strategi serta kaedah / proses yang disyorkannya masih kabur dan tak jelas serta dibimbangi boleh merugikan Bumiputera.



1. MENJADIKAN PERKARA 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN DEB SEBAGAI SUMBER INDUK KEPADA PENGGUBALAN MBE

2. KEADILAN SOSIAL DAN PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA MENGIKUT NISBAH PENDUDUK BERDASARKAN KAUM (67% - BUMIPUTERA DAN 33% - BUKAN BUMIPUTERA)

3. MENERUSKAN AGENDA PERTUMBUHAN DAN AGIHAN (ECONOMIC GROWTH WITH DISTRIBUTION)

4. DASAR EKONOMI DI DALAM MBE UNTUK BUMIPUTERA PERLU DISASARKAN KEPADA PENINGKATAN PENYERTAAN, PEMILIKAN DAN PENGUASAAN KEKAYAAN DALAM PELBAGAI SEKTOR STRATEGIK.

5. DASAR EKONOMI AFIRMATIF DAN DISTRIBUTIF UNTUK MEMASTIKAN PENYERTAAN BUMIPUTERA DALAM PELBAGAI SEKTOR EKONOMI TERUS DIPERTAHANKAN

6. SEKTOR SWASTA SEBAGAI PEMACU EKONOMI DI BAWAH MBE MASIH MEMERLUKAN "INTERVENTION" KERAJAAN

7. MBE MESTILAH MEMASTIKAN SOKONGON KERAJAAN SECARA BERTERUSAN KEPADA MASYARAKAT PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN BUMIPUTERA (MPPB)

8. MARA PERLU DIPERTINGKATKAN DENGAN MELETAKKANNYA DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI DAN PENGERUSI MARA DINAIK TARAF MENTERI YANG MEMPUNYAI NKRA MEMBANGUNKAN USAHAWAN BUMIPUTERA

9. AGENDA PEMBANGUNAN EKONOMI BUMIPUTERA SEBAGAI NKRA WAJIB DI SETIAP KEMENTERIAN DAN GLC

10. KETERBUKAAN PASARAN MESTI DIREALISASIKAN SECARA SAKSAMA DENGAN MEMECAHKAN AMALAN KARTEL DAN MONOPOLI DENGAN CARA MEMPERKENALKAN ANTI TRUST LAW

11. MBE PERLU MEMPERKASA YAYASAN HARTANAH BUMIPUTERA BAGI MENINGKATKAN HARTANAH MILIK BUMIPUTERA

12. PERANAN AGENSI PEMBANGUNAN BUMIPUTERA SEPERTI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA), PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) DAN PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNS) SERTA GLC BERKAITAN PERLU DIPERLUAS DAN DIPERKUKUHKAN

13. ISU KONTRAKTOR BINAAN BUMIPUTERA DI DALAM MEB

14. MEWUJUDKAN SEMULA MECD DAN MEMPERKASAKAN KEUSAHAWANAN BUMIPUTERA

15. MENGEMBALIKAN SISTEM KUOTA SEBAGAI DASAR BAGI KEMASUKAN KE SEMUA IPTA YANG MANA MEMPERUNTUKKAN 67% UNTUK BUMIPUTERA DAN 33% UNTUK BUKAN BUMIPUTERA

16. MENDESAK AGAR NISBAH TAJAAN BIASISWA JPA 50:45 DAN 5% DIMANSUHKAN KERANA NISBAH TERSEBUT NYATA BERTENTANGAN DENGAN PERKARA 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

17. SEMUA PELAJAR MELAYU/BUMIPUTERA YANG MEMBUAT IJAZAH KURSUS STRATEGIK DAN KRITIKAL DALAM BIDANG PERUBATAN DAN SEBAGAINYA DI UNIVERSITI LUAR NEGARA YANG DI IKTIRAF KERAJAAN SERTA MENAWARKAN KOS PENGAJIAN LEBIH MURAH DARI IPTA TEMPATAN WAJAR DIBERI BIASISWA PENUH SECARA OTOMATIK

18. MENAMBAH PERUNTUKKAN KEPADA MARA DAN AGENSI DIBAWAHNYA BAGI MEMBANTU GOLONGAN BUMIPUTERA

19. PERANAN PEMUDAH DI PANTAU KERANA BIMBANG AKAN MENGGANGU DASAR AFIRMATIF DAN DISTRIBUTIF KERAJAAN

20. MEMPERKASAKAN INSTITUSI DAN INSTRUMEN KEWANGAN ISLAM

21. ISU KONTRAKTOR ICT BUMIPUTERA DI DALAM MEB

22. PELAKSANA DASAR MBE HENDAKLAH MEMPUNYAI MISI YANG JELAS
DIDALAM MEMBANTU BUMIPUTERA

23. PERANAN PETRONAS MEMBANTU BUMIPUTERA DI BAWAH MBE MUNGKIN TERJEJAS DENGAN DASAR BARU PETRONAS YANG TIDAK MESRA BUMIPUTERA

24. SYARIKAT GLC PERLU MEMASUKKAN PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA SEBAGAI NKRA DAN SALAH SATU KRITERIA KEBERTANGGUNGJAWABAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIFNYA DALAM PENILAIAN PRESTASI DAN PERLANTIKANNYA

25. PROSES PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA BERORIENTASIKAN GLOBAL PERLU DIGANDAKAN BERPANDUKAN MODEL PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA

26. MBE MESTI MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA MASYARAKAT LUAR BANDAR YANG MASIH MISKIN DAN MESTI DIJADIKAN AGENDA UTAMA PEMBANGUNAN NEGARA

27. KONGRES MENDESAK KERAJAAN AGAR MEMBERI AKUJANJI BAHAWA MBE MENJAMIN OUTCOME KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUP RAKYAT YANG TINGGI, TERMASUK BUMIPUTERA, MELALUI OUTPUT MIX BERIKUT MENJELANG 2020

28. KESAN KEGAGALAN MODEL EKONOMI BARU TERHADAP KUASA POLITIK ORANG MELAYU




Perlu diingat ... permintaan KONGRESS EKONOMI BUMIPUTERA telah bermula sejak 29 Mei 2010, permintaan a.k.a. ugutan Pertubuhan Cina Malaysia hanya bermula pada 24 September 2011!

Mengapa Pertubuhan Cina Malaysia boleh mengutarakan berbagai permintaan jika BUMIPUTERA tidak boleh melakukannya juga? Adilkah? ... Siapa sebenarnya yang lebih berhak menuntut?



0 comments: