TOP STORY ... Defisit Hutang RM83.23 Juta ... HUSAM GELAKKAN NIK AZIZ!
KOTA BHARU - Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mungkin perumpamaan itu tepat untuk kerajaan Pas Kelantan selepas membentangkan Bajet 2012.
Ketika Kerajaan Pusat membentangkan Bajet 2012, macam-mcam pemimpin Pas kata. Tetapi akhirnya Allah maha kuasa, dibuktikan dengan Bajet negeri Kelantan yang dua kali ganda lebih buruk daripada Bajet Kerajaan Pusat.
Pertama, jumlah hutang kerajaan Pas Kelantan meningkat kepada RM83.23 juta berbanding RM53.25 juta dalam Bajet 2011. Kedua, Pas yang hebat ini rupanya tidak kreatif dan untuk tahun ke-21, kerajaan negeri ini masih berharap kepada hasil hutan atau bahasa mudahnya balak.
Hasil hutan menyumbang RM118.51 juta meliputi royalti kayu kayan sebanyak RM25 juta, tribute konsesi hutan sebanyak RM4.2 juta, permit dan lesen perhutanan RM1.71 juta dan premium perhutanan sebanyak RM40 juta.
Ketiga, tidak ada satu insentif atau inisiatif khas yang disediakan oleh kerajaan Pas Kelantan untuk menarik kemasukan pelabur yang boleh menambahkan peluang pekerjaan di negeri ini.
Untuk rekod Kerajaan Pas Kelantan menganggarkan perolehan hasil berjumlah RM430.27 juta, manakala perbelanjaan mengurus pula dianggarkan sebanyak RM513.50 juta.
Untuk rekod juga, Kerajaan Pas Kelantan juga terpaksa membayar lebih RM800 juta kepada Timbermine Sdn. Bhd. disebabkan langgar perjanjian balak.
Kiraan mudah, jangkaan hutang sebanyak RM83.23 juta ditambah dengan hutang Timbermine sebanyak RM800 juta dibandingkan jumlah hasil RM430 juta, maka jelaslah Kelantan akan bankrap
Pada GWM cukup mudah ... apabila Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Husam Musa menuntut RM9.4 bilion kononnya royalti minyak dari Kerajaan Pusat sebenarnya mahu menutup kegagalan kerajaan PAShit Kelantan merencanakan ekonomi negeri tersebut ... dan kegagalan beliau sebagai salah seorang yang bertanggungjawab mengurus ekonomi negeri Kelantan.
Royalti RM9.4 bilion ini jugalah yang akan digunakan untuk membayar pampasan RM800 juta syarikat Timbermine Sdn Bhd
Tamparan paling besar apabila Hu Pang Chow yang sememangnya rapat dengan Husam menempelak kerajaan PAShit Kelantan sepatutnya menumpukan lebih perhatian membangunkan Negeri Kelantan dan bukan menghabiskan air liur dengan retorik agama semata-mata menjelang pilihanraya.
Seperti kata sahabat blogger Kickdefella ...
"Mungkin kita mahu mendengar banyak lagi cerita dari Hu Pang Chow. Mungkin Hu Pang Chow juga tahu atau pernah mendengar kisah bagaimana seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan mendakwa Ketua Dewan Ulama PAS pada sessi 2007-2009 telah membawa seorang tauke cina ke pejabatnya dengan tujuan mendapatkan kelulusan tertentu. Exco tersebut juga kemudiannya menuduh tauke cina itu cuba menyogok wang kepadanya serta yakin, Ketua Dewan Ulama PAS itu sendiri telah mendapat habuan dari tauke cina itu."
Siapa Exco yang disebutkan Kickdefella? ... Ha ha ha ...
0 comments:
Post a Comment