Monday, October 31, 2011






Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya kerana mustahil bagi pendakwa dapat membuktikan kes pendakwaan yang sewajarnya.

Beliau berkata syarat-syarat yang begitu ketat mahukan empat saksi dibawah perlaksanaan hudud bermakna kes jenayah perlu dibuktikan secukupnya tanpa sebarang kesalahan. - KLPOS, 31 Okt 2011

Full Aricle ... Click KARPAL RANAPKAN PELUANG PAS



Tunggu apa reaksi Nik Aziz ...


7 comments:

usin said...

kekadang pelik juga peguam tua ni. profesion peguam, tp bila berckp pakai kepala lutut. dh baca penuh ke enakmen hudud yg akan diperkenalkan? ni semua sumbangan pas dlm mentarbiah dap, semua jd bengap. kalau tidak cukup dgn kesaksian (4 saksi), boleh guna pembuktian (qarinah). pas kena bancuh cukup2 peguam tua ganyut tu sampai paham hudud, kalau tidak, pas adalah parti hampeh, cakap je lebey, kerje zero!!!

Unknown said...

TAPI HADI AWANG TOLAK QARINAH / BUKTI? BAGAIMANA TU ... KITA TUNGGU REAKSI PAShit PASHIT YANG LAIN ...

Anonymous said...

Siapa berani serang Karpal ???
ce.citer!!
Langkah mayat Cikgu Rahim dulu klau sesiapa berani serang karpal.

Anonymous said...

Bila Al-Shiekh Sahibul Fadhilah Tuan Guru Ustaz Karpal Singh Al-DAP, terus-terusan menentang isu hudud, sekarang apa kata-kata dan hujah-hujah tok guru-tok guru politik dalam PAS yang beria-ia sokong DAP dan memusuhi UMNO. Malahan Musangka, berdasarkan sikap Karpal Singh ini, apakah kerjasama DAP dengan PAS akan berhasil? Itulah PAS dan DAP ibarat air dan api, tak boleh bersatu, salah satu akan punah kalau bersekali.

Musangka, sila berikan hujah anda terhadap 'kejayaan' tok guru PAS mentarbiah para 'ulama-ulama' dari DAP seperti Karpal Singh ini, ada berani Musangka? Itulah, jawab soalan saya pun tak tak dapat sebab terlalu taksub dengan puak sendiri iaitu asobiyah, inikah pula hendak beri komen yang melibatkan kepentingan politik, jangan haraplah, puak-puak PAS hanya sibuk mencanangkan itu dan ini, tapi perlaksanaanya, hamPAS sajalah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Encik Mohamad.

Anonymous said...

Video besi,tak boleh jadi bukti untuk bela keterangan, kena ada 4 saksi lelaki beriman, itu saja yang diterima - Shiekh Hadi Awang.

Kalau berzina di dalam lif, atau di lorong-lorong yang ada CCTV, mudahlah pesalah zina dibebaskan, malahan nak lagi selamat zinalah di hotel, sebab, takkan nak berzina sambil bawa saksi 4 lelaki beriman? Kalau nak bawa tentulah 4 rakan-rakan hidung belang untuk 'kenduri' perempuan yang jalang itu.

Kalau seorang bukan Islam yang melihat perbuatan zina, dan laporkan pada pihak berkuasa, sudah tentu tidak akan dilayan, ini akan memburukkan keadaan saja. PAS tidak sedar, zaman sekarang ini tidak seperti di zaman Nabi, zaman para Sahabat dan zaman khalifah Islam di mana orang-orangnya berintergriti, sekarang ini nak cari orang untuk jadi saksi pun payah, malahan macam mana nak buktikan saksi lelaki Islam 4 orang itu, benar-benar layak jadi saksi? Ini akan menjadi isu teknikal dan akhirnya pesalah bebas lagi, pendakwa bawa video dan saksi dari bukan Islam, tak boleh pakai, tak sah, sekarang apa akan jadi kalau sedemikian rupa? Makin bermaharajalela jenayah termasuk zina kalau sedemikian rupa. Saya bukannya menentang hudud, tapi saya menentang sikap buta tuli dan pemikiran sempit PAS yang hendak melaksanakan hudud, tapi tidak lihat kesan dan akibat kerana tiada perancangan, enakmen yang cincai hingga mencetuskan masalah besar kepada ummah di hari kemudian. Tok Guru PAS yang kononnya alim dan warak, patutnya fikirlah dengan jelas, kerana sebagai 'orang tua', maka tentu tahu nilai, tapi kalau 'tua ganyut' dan 'sudah nyanyuk' maka mulalah cakap yang bukan-bukan hingga mencetuskan kegelisahan di kalangan masyarakat. Harapnya tok guru PAS dapat memainkan peranan yang sewajarnya menjadi tok guru yang benar-benar memberi sumbangan untuk kepentingan ummah, bukannya menjadi perosak kepada perpaduan ummah melalui 'fatwa-fatwa politik' yang boleh memecah belahkan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Encik Mohamad.

hayat said...

Hudud mmg patut dilaksanakan dgn betul bukannya mengikut nafsu politik, perlu perbincangan yg teliti dgn org2 yg arif tanpa mengira fahaman politik dan campur tangan org politik...
sekiranya ada kepincangan dlm perlaksanaan hudud maka hudud akan diperlekehkan oleh org bukan islam malah org islam itu sendiri kerana hudud yg dilaksanakan adalah hudud buatan manusia, hudud mengikut nafsu politik, hudud yg ada kepentingan, hudud sambil lewa...
Hudud Allah adalah hudud yg sebenar2nya yg sesuai sepanjang zaman utk semua umat manusia yg mempunyai panduan2 yg cukup baik utk menjatuhkan hukum , saksi dan sebagainya mengikut peredaran zaman dan kemajuaan sains dan teknologi.

Hukum Karma said...

..huahahahah..jangan sesiapa marahkan Karpal S nanti C Gu Rahim, MP PAS Peng. Chepa serang sama lu..

Hukum hudud perlu dilaksanakan dengan betul dan setelah kajian terperinci dari seganap segi. Janganlah hukum ini akan menjadi bahan lawak disebabkan cara perlaksanaan yg tidak cermat.

Jangan pula ada orang sanggup mencabar undang2 ini dengan pergi berzina dalam mahkamah depan hakim kemudian cabar supaya diambil tindakan keatas mereka.

Pokoknya, betul ke PAS benar2 jujur dan ikhlas hendak laksana hudud. Undang2 hudud telah diluluskan DUN Kelantan pada 1993, iaitu 18 tahun lalu, tapi pada 25.10.2011, baru Nik Aziz arah diadakan Mesyuarat Exco Kelantan untuk menubuhkan Jawatankuasa Perlaksaan hukum berkenaan. Anak perempuan saya yg lahir pada tahun 1993, telah pun berkahwin dan dapat anak. Tapi hukum hudud PAS Kelantan masih belum dilaksanakan. Lulus dulu baru sekarang nak buat kajian. Lulus dulu pelan rumah baru nak kaji boleh dibina atau tidak. Ini kerja banyak AUTALOGI.