Saturday, October 8, 2011










Memang GWM gelak besar membaca artikel dari media portal pembangkang dengan komentar-komentar bersifat humor!

Tersembur kopi dari mulut kerana gagal menahan artikel lucu dan komentar pemimpin pembangkang yang telah diBABIkan blogger pro pembangkang. Isteri dan anak-anak GWM yang duduk disebelah ketawa kecil dengan gelagat GWM.

Paling menarik ... Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Ds Najib di Dewan Parlimen dicedok dari Bajet 2012 Pakatan Rakyat bulat-bulat! Hebat ... dalam masa dua hari DS Najib mampu melakukan kerja mencedok dan ciplak belanjawan Maha Hebat Anwar Ibrahim ...


Apa ada dalam Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat?
Lihat dan nilaikan sedalam-dalamnya ...

Di antara prinsip-prinsip asas yang menjadi teras belanjawan 2012 Pakatan Rakyat adalah:

a) membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;

b) menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus mengurangkan defisit;

c) menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;

d) memperkasakan keupayaan ekonomi dalam jangkamasa sederhana dan panjang melalui rekayasa teknikal, vokasional dan penggajian martabatkan rakyat; dan

e) mengukuhkan lagi arus reformasi politik dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara dan kaum kerabat mereka sahaja.



Diantara intipati belanjawan tersebut adalah:-

1) peruntukan RM 220 bilion bagi mengekang defisit pada kadar 4.4% KDNK dengan keyakinan ia akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat.

2) peruntukan subsidi RM 22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga minyak pada 2012.

3) bayaran wang bonus RM 1,000 setahun kepada warga emas yang layak bagi pendapatan kurang daripada RM 18,000 setahun.

4) bayaran kepada suri rumah sebanyak RM 1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak.

5) bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar bagi memastikan pendapatan bulanan mencecah RM 550.

6) bayaran kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan kepada RM 550 sebulan dari kadar sedia ada sebanyak RM 300 sebulan.

7) gaji minima sebanyak RM 1,100 akan dikuatkuasakan.

8) melaksanakan pembayaran elaun pendidik RM 500 sebulan bagi setiap guru seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

9) peruntukan tambahan RM 1.3 bilion bagi penambahbaikan skim latihan vokasional dan teknik.

10) peruntukan tambahan RM 1 bilion untuk perumahan awam.

11) perlaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam.

12) penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi.


Ini sahaja Anwar Ibrahim? ... Sia-sia bergelar mantan Menteri Kewangan selama 2 tahun dan Penasihat Ekonomi di World Bank! Belanjawan Cikai .. padanlah Tun Dr Mahathir mengambilalih jawatan Menteri Kewangan!

Kemana menghilangnya Janji-Janji Maha Hebat PRU12 ... Sudah ditunaikan?





Apa yang dibentangkan oleh DS Najib melalui Belanjawan 2012?

MELIGAT PELABURAN
1. MELIBERALISASI 17 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN
2. PELAKSANAAN ROLLING PLAN KEDUA BERJUMLAH RM 98.4 BILION
3. PENGURUSAN NILAI BAGI PROJEK BARU BERNILAI RM50 JUTA KE ATAS
4. DANA MUDAHCARA PERKONGSIAN AWAM-SWASTA (PPP) - RM2.5 BILION
5. PEMBANGUNAN LIMA WILAYAH KORIDOR (RM978 JUTA)
6. PAKEJ RANGSANGAN KHAS - RM6 BILION


MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)
7. DANA PEMBIAYAAN PKS PATUH SYARIAH BERJUMLAH RM2 BILION - KERAJAAN MENANGGUNG 2% DARIPADA KADAR KEUNTUNGAN.

8. DANA INOVASI PENGKOMERSILAN PKS PKS PATUH SYARIAH BERJUMLAH RM500 JUTA - KERAJAAN MENANGGUNG 2% DARIPADA KADAR KEUNTUNGAN

9. DANA SME REVITALISATION FUND BERJUMLAH RM100 JUTA KEPADA USAHAWAN BERWIBAWA UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA PERNIAGAAN

10. DANA KECEMASAN PKS BERJUMLAH RM10 JUTA BAGI MEMBIAYAI PKS YANG TERLIBAT DENGAN BENCANA ALAM



MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
11. PROGRAM PENERAPAN & PEMBANGUNAN INOVASI DI PERINGKAT SEKOLAH DAN IPTA
12. PROGRAM JEJAK INOVASI BAGI MENGGALAKKAN PENCETUSAN IDEA BARU
13. MEMPERKENALKAN ANUGERAH CIPTA 1MALAYSIA
14. PROGRAM REALITI DAN DOKUMENTARI DI MEDIA
15. PENYEDIAAN MARKET VALIDATION FUND (RM 30 JUTA)
16. MENGKOMERSIALKAN 300 HARTA INTELEK BARU DALAM BENTUK PRODUK DANTEKNOLOGI BARU - JANGKAAN GNI, RM30 BILION

17. PENGANJURAN WORLD INNOVATION FORUM DAN ASIA BUSINESS ANGEL FORUM



PENDIDIKAN
18. TABUNG KHAS PEMBINAAN, PENAMBAHBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN SEKOLAH - RM1 BILION

19. PEMANSUHAN BAYARAN TAMBAHAN RM24,50 BAGI SEKOLAH RENDAH DAN RM33.50 BAGI SEKOLAH MENENGAH

20. BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 5 DI SELURUH NEGARA

21. PEMBERIAN BAUCAR BUKU RM200 KEPADA SEMUA PELAJAR WARGANEGARA MALAYSIA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN SWASTA, MATRIKULASI SERTA PELAJAR TINGKATAN 6 DI SELURUH NEGARA

22. POTONGAN CUKAI - KEPADA PENDERMA PROGRAM PERSEKOLAHAN (INDIVIDU &
SYARIKAT)



PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
23. MELAKSANAKAN PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTP) - RM1 BILION
24. MEWUJUDKAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) SEBAGAI PUSAT INTEGRASI PERKHIDMATAN - PERLUASAN DI KEDAH, JOHOR, SABAH & SARAWAK

25. DANA PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI GOLONGAN PROFESIONAL BERJUMLAH RM100 JUTA RINGGIT SECARA PINJAMAN MUDAH DENGAN KADAR FAEDAH 4%

26. PROJEK LONJAKAN MEGA LUAR BANDAR DI 11 KAWASAN PROJEK AGROPOLITAN SELURUH NEGARA (RM110 JUTA)

27. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR ASAS LUAR BANDAR, RM5 BILION (BEKALAN AIR, ELEKTRIK, RUMAH DAN JALANRAYA)

28. PROJEK PENYELENGGARAAN AWAM-ASAS (PIA-PIAS) RM500 JUTA
29. PROJEK BEKALAN AIR RETIKULASI DI SABAH DAN SARAWAK DAN PROJEK INFRASTRUKTUR SISTEM BEKALAN AIR - FELDA; SERTA KEMUDAHAN BEKALAN AIR BERSIH - LADANG ESTET (RM50 JUTA BAGI PENYAMBUNGAN PAIP & PEMBERIAN TARIF DOMESTIK)

30. AKSES PERKHIDMATAN PERBANKAN - MELANTIK 5,000 AGEN BSN
31. PERKHIDMATAN BAS LUAR BANDAR - KEMUDAHAN PEMBIAYAAN
32. KEBAJIKAN ORANG ASLI - PROGRAM PEMBANGUNAN & PEMINDAHAN PENDUDUK



SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM
33. MEWUJUDKAN DASAR PEMISAH ATAU EXIT POLICY
34. MENAMBAH BAIK STRUKTUR GAJI PENJAWAT AWAM
- KENAIKAN ANTARA 7 HINGGA 13 PERATUS
- KENAIKAN GAJI TAHUNAN PENJAWAT AWAM ANTARA RM80 HINGGA RM320 MENGIKUT GRED

35. MENAMBAHBAIK SKIM PERKHIDMATAN MENGIKUT SISTEM TIME-BASE
- GURU GRED 48 - SSM (TAHUN KE-20 TAHUN); SBPA (TAHUN KE-16)

36. MELANJUTKAN UMUR PERSARAAN WAJIB PENJAWAT AWAM DARI 58 TAHUN KEPADA 60 TAHUN
37. TAMBAHAN BONUS SETENGAH BULAN GAJI ATAU MINIMUM RM500
38. BANTUAN YURAN PENGAJIAN - IJAZAH SARJANA MUDA (20,000 TEMPAT), IJAZAH SARJANA (5,000 TEMPAT) & PHD (500 TEMPAT)

39. PROGRAM ARMY CARE - MENAIKTARAF & MENYELENGGARA KUARTERS TENTERA



PESARA KERAJAAN & BEKAS PEGAWAI KONTRAK
40. PESARA KERAJAAN -MENIKMATI PELARASAN PENCEN, MELAKSANAKAN KENAIKAN TAHUNAN SEBANYAK 2% SETAHUN TANPA PERLU MENUNGGU SEBARANG SEMAKAN SISTEM SARAAN ATAU PELARASAN GAJI

41. BAYARAN KHAS SEBANYAK RM3,000 KEPADA KAKITANGAN YANG TELAH MENAMATKAN KONTRAK DARI JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA), DAN JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)

42. BAYARAN KHAS SEBANYAK RM3,000 KEPADA BEKAS ANGGOTA SERTA DUDA DAN BALU POLIS KHAS DAN POLIS TAMBAHAN YANG PERNAH BERKHIDMAT MENJAGA KESELAMATAN NEGARA SEMASA ZAMAN DARURAT

43. PROGRAM LATIHAN KHUSUS UNTUK PESARA TENTERA BAGI MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN



MEREDAKAN INFLASI & MENIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT
44. BANTUAN RM500 KEPADA ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM3,000 DAN KE BAWAH
45. PENERUSAN PEMBERIAN SUBSIDI, INSENTIF DAN BANTUAN BERJUMLAH RM33.2 BILION
46. PENERUSAN SUBSIDI BIL ELEKTRIK RM20
47. PERLUASAN KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M) MELIPUTI KEPERLUAN HARIAN PENGGUNA PADA HARGA SEHINGGA 40% LEBIH RENDAH

48. MEMBUKA 30 UNIT AGROBAZAAR KEDAI RAKYAT DI SELURUH NEGARA
49. MEMPROMOSIKAN MENU RAKYAT 1MALAYSIA
50. MEMPERBANYAKKAN PROGRAM LADANG KONTRAK. SERAMAI 4,500 USAHAWAN TANI DIJANGKA MENDAPAT MANFAAT

51. PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT 1MALAYSIA (KAR1SMA)



PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT
52. SKIM RUMAH PERTAMAKU MENINGKATKAN HAD MAKSIMUM HARGA RUMAH DARIPADA 220 RIBU KEPADA 400 RIBU BAGI PEMBIAYAAN BERSAMA SUAMI ISTERI.

53. SKIM PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA (PRIMA) DIPERLUASKAN KE KAWASAN LUAR LEMBAH KELANG
54. PEMBELIAN RUMAH SECARA KAEDAH BINA KEMUDIAN JUAL MELALUI PEMBIAYAAN PATUH SYARIAH PEMBIAYAAN 600 RIBU KE BAWAH.

55. PPR KE SELURUH NEGARA 15,000 UNIT.
56. PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT OLEH SPNB 10RIBU UNIT DENGAN KERAJAAN SEDIAKAN SUBSISDI 20 RIBU SETIAP RUMAH.


57. TABUNG KHAS PERUMAHAN NELAYAN UNTUK MEMBINA RUMAH YANG LEBIH SELESA DAN DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN ASAS BAGI NELAYAN.



MENGHARGAI JASA WARGA EMAS.
58. PERCUAM CAJ PENDAFTARAN PESAKIT LUAR DI SEMUA HOSPITAL DAN KLINIK KERAJAAN TERMASUK KLINIK 1 MALAYSIA SERTA PERGIGIAN MILIK KERAJAAN.

59. DISKAUN 50 PERATUS TAMBANG LRT DAN MONORAIL.



PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI
60. MEMBINA HOSPITAL-HOSPITAL, 81 KLINIK KESIHATAN DAN 50 KLINIK 1MALAYSIA.
61 MENAMBAHBAIK BLOK BERSALIAN HOSPITAL PUTRAJAYA DAN MENAIKTARAF HOSPITAL EKUALA KUMPUR.

62. MEMPERKENALKAN JADUAL KERJA FLEKSI PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH
MENAIKKAN ELAUN 'ON CALL' SEMALAMAN RM30.00 - RM80.00




MEMACU PEMBANGUNAN MASYARKAT BUMIPUTERA
64. DANA MUDAHCARA BUMIPUTERA RM 300JUTA
65. MEMBIMBING 1100 SYARIKAT BUMIPUTERA BERPOTENSI
66. PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA DI BAWAH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH.



MERINGANKAN BEBAN PEMILIK TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA PERSENDIRIAN
67 PENGECUALIAN 100 DUTI EKSAIS DAN CUKAI JUALAN KE ATAS PEMBELIAN TEKSI BARU BUATAN TEMPATAN.

68. PENGECUALIAN BAYARAN BALIK DUTI EKSAIS DAN CUKAI JALAN KE ATAS TEKSI YANG BERUSIA LEBIH DARI TUJUH TAHUN DAN PERNAH DITUKAR MILIK.

69. MEMANSUH CUKAI JALAN KE ATAS TEKSI BAJET PERSENDIRIAN.
70. PEMBERIAN SUBSIDI KADAR FAEDAH SEBANYAK 2% UNTUK MEMILIKI TEKSI BARU BUATAN TEMPATAN.

71. PEMBERIAN BANTUAN UNTUK MENGGANTIKAN TEKSI USANG 3000 DI BAWAH 7-10 TAHUN DAN 1000 LEBIH 10 TAHUN.

72. KESELURUHAN MANFAAT PEMILIK TEKSI BAJET RM7,500

(YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN)
73. MENAWARKAN BANTUAN GUAMAN PERCUAM KEPADA MEREKA TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK MEMBAYAR GAJI FI GUAMAN.

(ANJUNG SINGGAH)
74. MENYEDIAKAN PUSAT KHIDMAT BANTUAN SOASIAL YANG DIKENALI SEBAGAI ANJUNG SINGGAH UNTUK PERLINDUNGAN SEMENTARA GOLONGAN GELANDANGAN.



MENGHARGAI PERANAN DAN MARTABAT WANITA
75. MENYEDIAKAN PROGRAM LATIHAN YANG BERSESUAIAN BAGI MENARIK GOLONGAN PROFESIONAL WANITA UNTUK KLEMBALI KE PASARAN PEKERJAAN.

76. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SUNTIKAN PERCUMA UNTUK IMUNIASAI HPV (50JUTA)
77. AMANAH IKHTIAR MALAYSIA AKAN MENYEDIAKAN 2.1B KEPADA USAHAWAN DALAM BENTUK PEMBIAYAAN PINJAMAN MIKRO KAUM.

78. MEMBINA HOSPITAL WANITA DAN KANAK KANAK KUALA LUMPUR.



BELIA PENGGERAK MASA DEPAN
79. PENUBUHAN SYARIKAT MODAL TEROKA MILIK KERAJAAN MY CREATIVE VENTURE CAPITAL YANG BERTYANGGUNGJAWAB MENGGALAKKAN PENGLIBATAN GOLONGAN MUDA MENEROKAI BIDANG INDUSTRI KREATIF.

80. PROGRAM STRATEGIK UNTUK BELIA 1 MALAYSIA ATAU STRATEGIC ACTION FOR YOU (SAY 1MALAYSIA)

81. 150 GELANGGANG FUTSAL TAMBAHAN DI SELURUH NEGARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT SATU GELANGGANG SATU MUKIM.

82. 30 PADANG TIRUAN ATAU ARTIFICIAL TURF YANG DILENGKAPI LAMPU LIMPAH.

(PENDAFTARAN AWAL HAJI)
83. MEMBENARKAN PENDAFTARAN AWAL MENUNAIKAN HAJI MELALUI KAEDAH PERHADANGAN AKAUN 2 PENCARUM.



INSENTIF PERCUKAIAN
84. PENGECUALIAN CUKAI UNTUK MENARIK PELABUR MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI UTAMA PERKHIDMATAN PENGURUSAN PERBENDAHRAAN YANG MERANGKUMI CUKAI PENDAPATAN SEBANYAK 70 PERATUS BAGI TEMPOH 5 TAHUN.

85. PENGECUALIAN CUKAI PEGANGAN KE ATAS PEMBAYARAN FAEDAH PINJAMAN.

86.PENGECUALIAN DUTI STEM KE ATAS SURAT CARA PERJANJIAN PINJAMAN DAN PERJANJIAN PERKHIDMATAN.

87. PAKEJ INSENTIF PERCUAKIAN BAGI MEMBANGUNKAN PUSAT KEWANGAN ANTARABANGSA KUALA LUMPUR SERTA PENGECUALIAN 100% CUKAI PENDAPATAN BAGI TEMPOH 10 TAHUN.

88. PENGECUALIAN DUTI STEM KE ATAS SURAT CARA PERJANJIAN PINJAMAN DAN PERJANJIAN PERKHIDMATAN BAGI SYARIKAT BERSTATUS KLIFD.

89. POTONGAN CUKAI DIBERI BAGI TEMPOH 10 TAHUN KE TAS PERBELANJAAN PENERBITAN SUKUK WAKALA MULAI TAHUN TAKSIRAN 2012.

90. PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN KE ATAS PENERBITAN DAN URUS NIAGA SUKUK BUKAN RINGGIT DILANJUTKAN SELAMA 3 TAHUN LAGI.

91. PELANJUTAN SELAMA 5 TAHUN LAGI BAGI KADAR CUKAI KONSESI 10 PEATUS KE ATAS PELABUR INSTITUSI BUKAN KORPORAT DAN PELABUR INDIVIDU YANG MELABUR DALAM REIT.

92. POTONGAN CUKAI FI FRANCAI YANG DITANGGUNG OLEH FRANCAISI.

93. PENGECUALIAN SEPENUHNYA DUTI IMPORT DAN DUTI EKSAIS KEPADA PEMEGANG FRANCAIS AKAN DILANJUTKAN KEPADA 2013 BAGI MENGIMPORT KERETA HIBRID.



INDUSTRI HOTEL
94. MEMBERI GALAKKAN TARAF PERINTIS DENGAN PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN SEBANYAK 70% ATAU ELAUN CUKAI PELABURAN SEBANYAK 60% BAGI TEMPOH 5 TAHUN KEPADA PENGUSAHA YANG MELABUR DALAM HOTEL BARU BERTARAF 4 DAN LIMA BINTANG DI SEMENANJUNG MALAYSIA.



INSENTIF PERCUKAIAN.
95. MENGKAJI SEMULA KADAR RPGT BAGI MEMBENDUNG RPGT SPEKULASI DALAM PASARAN HARTANAH.
96. PERKHIDMATAN REKA BENTUK INDUSTRI DIBERI PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN SEBANYAK 70% SELAMA 5 TAHUN.

97. PAKEJ INSENTIF PERCUAKIAN KEPADA SEKOLAH SWASTA SEPERTI PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN SEBANYAK 70% AUAT ELAUN CUKAI PELABURAN SEBANYAK 100% KE ATAS PERBELANJAAN MODAL DALAM TEMPOH 5 TAHUN.

98. POTONGAN CUKAI KE ATAS SUMBANGAN KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN RENDAH DAN MENENGAH YANG BERDAFTAR TERMASUK SEKOLAH KEBANGSAAN, SEKOLAH AGAMA, SJK CINA DAN SEKOLAH MUGALIGH, SERTA TEMPAT IBADAT YANG BERDAFTAR.

99. GALAKAN CUKAI BAGI SEKTOR SEWASTA MEMANTAPKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN BERKEMAHIRAN TINGGI POTONGAN DUA KALI KE ATAS ELAUN YANG DIBAYAR OLEH SYARIKAT SWASTA KEPADA PESERTA PROGRAM INTERNSHIP.

100. INSENTIF PERCUKAIAN UNTUK SKIM PERSARAAN SWASTA DAN ANUITI INSURANS.



Jauh benar beza belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan Barisan Nasional dan pakatan haram! ... Nyata berbeza!


7 comments:

usin said...

aku ada jumpa kawan aku totok pembangkang pg td kt pasar tani. dgn megah dia ckp kat aku, "ni je lah kerajaan yg ko sokong sgt tu boleh bg. lgpun najib tu ciplak bajet ni dr buku jingga". aku dgn bersahajapun ckp kt dia "aku cadangkan ko tolak jelah apa yg kerajaan sokongan aku nk bg kt kakitangan awam ni. kalau ko rasa apa yg kerajaan bg ini satu benda busuk, takde sebab ko nk terima. pd aku, kt mana nk ceduk, kt mana nk copy, yg penting kemaslahatan rakyat terbanyak kerajaan nk bela, aku sokong. kalau pakatan kata 2 + 3 = 5, takkan kerajaan yg ada sekarang kena cari jawapan lain?". mendengar jawapan sadin dari aku tu, kawan akupun tersipu2 pintas cari tajuk sembang yg lain...hehehe. tak habis2 totok pakatan ni...

Anak Lenggong said...

Yg paling best dan kelakar adalah ulasan daripada Din Puduraya PAS dalam akbar Sinar ..dia kata warga bekas perajurit kena berterima kasih terhadap pakatan rakyat jerana selama ini dok perjuangkan nasib mereka sehinggakan dapat imbuhan daripada belanjawaan Najib…kah kah kah…PAS berjuang untuk bekas perajurit ke…bukan ke PAS yang dok kata anggota keselamatan tu merupakan kuli British…bila pula laa PAS berjuang untuk mereka ni…didalam pilihanraya pun dikata Undi pos mereka ni pergi ke BN…
Tapi …tak kira laa belanjawan kali ini belanjawan pilihanraya ke apa ke..janji rakyat sesama menikmati limpahan kepesatan ekonomi daripada kerajaan yang perihatin kesusahan rakyat..kalau nak dikasi semua..tak boleh laa..nanti bengrap laa.pulak..sama seperti kata Najib BN dah lama buat negara kebajikan ..bukan seperti PR yang baru nak mula…belanjawan yang nuar brahi keluarkan pun tak menyeluruh..walaupun janjinya cuma menggunakan air liur jee..
Apa yang pasti belanjawan ni tidak akan disyukuri oleh Melayu PAS dan PKR..walau pun mereka ni menganga mulut untuk melahap segala subsidi yang diberi..maklum laa mereka ni melayu subsidi..apa yang pasti Belanjawan kali ini telah membuatkan kote nuar bukan sahaja mati pucuk seperti kata saksi pakar tulang daripada germany tu malah kote nuar terus termasuk kedalam sarung telurnya..
Berkenaan dengan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan..kita kena terima hakikat bahawa sudah menjadi lumrah dunia ..kita sebagai manusia tidak dapat melarikan diri daripada melakukan kesilapan..tak mungkin semua perkara itu boleh dilakukan oleh Najib saorang diri tetapi ianya melibatkan ramai orang..seperti Menteri, Wakil Rakyat, Penguat kuasa kerajaan tempatan..Anggota Keselamatan..Kakitangan Swasta dan Kakitangan Kerajaan..cuma apa yang boleh dibuat adalah mengurangkan kesilapan yang dilakukan..serta mengakui kesilapan yang dilakukan..BUKAN SEPERTI PAK LOBAI PAS DAN PKR TAK MENGAKU APA YANG DILAKUKAN..SEMUA KESALAHAN TU WALAUPUN TERBUKTI MEREKA YANG LAKUKAN TETAPI UMNO YANG DIJADIKAN KAMBING HITAM….

lampoyang said...

Pada anak lenggong mmg betul tu..
Pakataan ni mulut saja kata x ok tp apa yg kerajaan bagi depa bedal cukup2.
Yang memalukan tu buat plak bajet tong kosong sendiri guna air liur je kemudian nk bandingkan bajet tong kosong depa dgn bajet kerajaan yg penuh berisi...
Mmg muka x malu puak Pakatan ni.

Roboh rumah, rampas tanah, roboh kedai, usir peniaga, guna duit rakyat utk kepentingan kroni, segala projek (pasir, balak,dll) kroni yg sapu, masaalah air, jalan, rumah urut/pelacur/kilang arak, kelap malam semakin berkembang biak dan banyak lg kalau nk diceritakan... tp kesalahan/kelemahan depa ni depa tutup, buat2 x nampak.
Dulu mereka janji kalau dpt perintah semua akan dibereskan, kilang arak/tempat maksiat akan ditutup dlm 24jam, segala kemudahan akan dibaiki tp HAMPEH...
Dah bertahun perintah berubah apenye makin parah adalah..

Nak tutup kelemahan/kegagalan/kebaculan/kebodohan, mereka ambil jalan mudah salahkan kerajaan/Umno.

Mmg betul dlm kerajaan diakui ada kelemahan tp kelemahan tu sentiasa dibaiki yg melakukan kesalahan diambil tindakan...
Yg masalahnye Kelemahan /kegagalan/keburukan dlm pemerintahan PR cuba ditutup dan ditampal x pernah nk mengakui kesalahan/kelemahan sendiri.
Lain kali jgn berkokok kalau x tahu nk memerintah, seperti beruk dapat bunga jd hancur dibuatnya.

Anonymous said...

senang aje kalau puak pas dan pkr asik nak komen tentang keburukan kerajaan dan tidak berterima kasih.

Jangan lah jadi pelahap, toksah ambil apa yang kerajaan bn berikan.

Janganlah meludah kelangit akhirnya masuk kemulut sendiri.

Anonymous said...

kalau dilayan puak2 pembangkang yg otak suku ni mmg buang masa. Bila kerajaan tak layan tuntutan mereka, dikatanya kerajaan zalim. Bila kerajaan lakukan yg terbaik utk rakyat, dikatanya meniru idea mereka. piiiiiiiraaaahhhhh....aku dah muak dgn sikap pembangkang ni. Masa kt U dulu puak2 ni jugaklah yg paling kuat menghasut mahasiswa dan mahasiswi benci kerajaan, hantar kita org pergi terengganu,kedah,dn ntah kemana2 buat culaan undi nk tengok berapa ramai yg menjadi penyokong depa.Pantang ada waktu free time tu lah nk buat program itu ini sampai ramai pelajaran member aku yg lingkup! Bila time berdemo kt masjid negara, depan kedutaan amerika,tk nampak pulak anak2 bini pemimpin hampeh ni turun join kitaorg kena sembur dgn gas,air dan kene kejar dgn FRU. Dasar politik terdesak, gunakan rakyat mcm aku utk berkuasa. Skrg bila aku dah bebas baru aku nampak siapa pembangkang ni sebenarnya. So kpd sesiapa yg baru setahun jagung mengenali juak2 pembangkang ni, aku cadangkan teliti sejarah depa ni dulu...bukak minda,berfikir apa yg bakal berlaku pada masa hadapan.

Anonymous said...

Bagitau paga yang totok pembangjang tu, resign daripada kerajaan sekarang dan cari kerja ngan parti dia orang.

Anonymous said...

anon 5.26 PM

Hang pi labun ngan orang UMNOnGOK kat Penang ngan Kelantan gi dudok kat rumah hang.............bodo