HOT STORY ... VIDEOCLIP Perjumpaan Sulit KERAJAAN PERPADUAN Tahun 2011 Terbongkar?
Santai hujung minggu ... sorrylah watak PAS sebagai babi hijau dari permainan komputer 'angry bird'.
Lagipun ... pemimpin-pemimpin parti PAS sudah dicop YB BABI oleh blogger-blogger pro pembangkang! ... Sorry Bro!
1 comments:
Apa pun saya masih tak puas hati sebab Najib masih lagi lembik dan tidak mengambil tindakan untuk mempertahankan maruah kerajaan dan negara ini. Apa tidaknya Namewee si lahanat musibat itu, bila nak ambil tindakan terhadap si celaka berkenaan? Menteri Amaran asyik amaran, amaran, amaran, amaran haram jadah kepala otak dia sajalah, Bapa Angkat Namewee si Nazri Aziz bangang itu pula mungkin nak buat kenduri kesyukuran di parlimen meraikan video klip Nasi Lemak 2.0 yang kononnya 1Malaysia, tapi sebenarnya memporak perandakan perpaduan negara ini.
Isu bekalan air, isu balai raya, isu letrik, isu telefon, isu jambatan, isu klinik, isu bank, isu balai polis dan macam-macam lagi kemudahan asas di kampung, bila nak buat? Di bandar-bandar yang banyak DAP dimanjakan dengan pasu bunga letak tengah jalan, lepas kena langgar, ganti baru, tapi di kampung nak dapatkan kemudahan asas pun payah, apa ini semua?
Najib kalau masih macam Pak Lah, lembik dan sibuk beretorik hingga kepentingan orang kampung yang mengundi Barisan Nasional terjejas, jangan salahkan pengundi kampung tak keluar mengundi ramai-ramai, sebabnya nak mengundi PAS atau PKR kami tak nak, tapi nak undi calon Barisan Nasional pun tak guna juga, apa pun tak dapat, lebih baik pergi menoreh, pergi ke laut, pergi ke sawah, pergi ke kebun sawit, dapat hasilnya, biarlah ada jalan tanah merah dan gunakan lampu ayam serta air tadah air hujan, paling penting kami tidak diperlakukan dengan cara bodoh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, apa guna berhujan dan berpanas nak undi calon Barisan Nasional kalau kami dianaktirikan? Pakatan Rakyat lagilah tak boleh diharap, sibuk ceramah memanjang, bukannya nak baiki keadaan nak pecah belah masyarakat adalah.
Masa Tun Mahathir dulu penduduk kampung dapat merasai banyak pembangunan juga, tapi sekarang ini penduduk kampung dianak tirikan, mana perginya program KAMPUNGKU, SEMARAK, SETIA, MESRA dan lain-lain program pemimpin bersama rakyat di mana bila pemimpin datang dapatlah kampung berkenaan satu dua kemudahan, bukannya nak minta beribu-ribu kemudahan, sekadar setahun satu dua pun jadilah, macam zaman Tun Mahathir dulu, kenangkan zaman Tun Mahathir, rasa sebak pula, sebak bukan sedih, tapi keperihatinan beliau, walaupun beliau sering dikaitkan dengan pembangunan industri, tapi kepentingan orang kampung tidak diabaikan, lepas Pak Lah, tunggang langgang, kemudian Najib caca marba juga. Jangan kecik hatilah orang puji Mahathir sebabnya pemimpin yang bagus akan dipuji, tapi pemimpin macam mangkuk akan dihentam sajalah, tapi yang teruknya kena hentam pun tak sedar diri juga.
Penyokong Barisan Nasional yang bengang dengan kelembikkan Najib dan kuncu-kuncunya.
Post a Comment