
Lim Guan Eng beri Umno tempoh 48 jam untuk menarik balik dakwaan dibuat menerusi laman web rasminya kononnya anak lelaki beliau telah mencabuli seorang pelajar perempuan satu kelasnya.

Selain itu kata Lim, Goh Boon Poh, pengetua SMJK Heng Ee iaitu sekolah lama anaknya telah pun menafikan secara umum bahawa tidak pernah berlaku sebarang kejadian seperti yang didakwa.
“Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin juga telah memberitahu suratkhabar The Star pada 22 Oktober 2011 bahawa jabatannya tidak menjumpai sebarang bukti untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan dalam blog-blog pro-Umno,” katanya lagi.
Malah kata beliau, Umno Online telah memetik daripada laporan palsu yang kononnya telah disiarkan oleh akhbar Guang Ming Daily, yang telah pun dinafikan dengan segera oleh akhbar itu, yang melaporkan bahawa saya telah memindahkan anaknya ke sekolah lain kerana gejala dadah di sekolah lamanya.
“Baru-baru ini, blog-blog pro-MCA pula masuk menyampuk dengan mengatakan bahawa saya bukan seorang bapa yang baik kerana enggan membuat laporan polis.
“Kami memberi Umno Online masa sebanyak 48 jam untuk menarik balik dan meminta maaf untuk politik kotor dan fitnah mereka terhadap anak saya dengan dakwaan yang tidak berasas bahawa anak saya telah mencabuli seorang pelajar perempuan.
“Jika mereka tidak membuat demikian, sebuah laporan polis akan dibuat dan tindakan lain akan diambil,” kata beliau. - The Malaysian Insider, 27 Oktober 2011
Apek Guan Eng ... apasal lu tak mau saman Papa Gomo, Dr Novandri & semua blogger pro BN?










