


Apa yang telah PAShit lakukan sepanjang hampir 20 tahun memegang tampuk pemerintahan di Kelantan?
Tidak malukah apabila Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw membongkar kebobrokan kerajaan PAShit Kelantan gagal menarik sebarang pelaburan dalam tempoh 10 tahun lepas. Paling teruk, pelabur sedia ada lari meninggalkan Kelantan akibat suasana 'iklim pelaburan' semakin buruk di negeri tersebut.
Tidak malukah kerajaan PAShit Kelantan cukup bergantung harap bantuan dan dana dari Kerajaan Pusat bagi membangunkan prasarana dan pembangunan yang dikecapi.
Tidak malukah Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan gagal cemerlang melihat karenah birokrasi dan enakmen-enakmen tertentu yang lapuk dan rigid membuatkan ramai pelabur keluar dari Kelantan.
Tidak malukah Husam Musa mewar-warkan prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 walhal ekonomi dan pelaburan jatuh merudum.
Tidak malukah Husam Musa menuntut RM9.4 bilion kononnya royalti minyak dari Kerajaan Pusat bagi menutup kegagalan kerajaan PAShit Kelantan merencanakan ekonomi negeri tersebut ... walhal Kelantan masih lagi kaya dengan sumber asli namun dirompak sepuas-puasnya oleh gerombolan puak-puak PAShit!
Tidak malukah Husam Musa dan Anuar Tan menyifatkan kenyataan pemimpin UMNO Kelantan bahawa pelabur telah lari meninggalkan negeri tersebut sebagai fitnah ... walhal Hu Pang Chaw telah mengesahkan kenyataan para pemimpin UMNO Kelantan.
Tidak malukah Nik Aziz dan Husam Musa bergantung harap kepada Hu Pang Chaw yang selama ini telah banyak memainkan peranan membawa masuk pelabur dari luar Kelantan dan dari kalangan usahawan Tionghua untuk membantu membangunkan Kelantan.

Tidak malukah Nik Aziz, Husam Musa dan kerajaan PAShit Kelantan melambatkan bayaran pampasan kepada syarikat balak akibat kegelojohan dan kerakusan nafsu merompak hasil bumi Kelantan sehingga diperintah bayar pampasan RM800 juta akibat melanggar perjanjian.
HOI ... TAK TAU MALU KE? ...




