Thursday, May 10, 2012





Hampir separuh daripada rakyat Malaysia akan mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang, menurut dapatan daripada tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL).

Sementara pelbagai dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan meluas dengan hampir dua pertiga responden memihak kepadanya.

Tinjauan mendapati, di peringkat persekutuan, BN mendapat sokongan 49 peratus, Pakatan 21 peratus manakala 30 peratus lagi tidak pasti.

sumber, Malaysiakini - 10 Mei 2012



Satu 'signal' dari pusat 'think thank Anwar Ibrahim' bahawa rakyat sudah menolak Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum kali ini.

Portal Malaysiakini dan UMCEDEL telah memberikan isyarat kepada pembangkang bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi liabiliti terbesar kepada Pakatan Rakyat sebelum PRU-13.

Perlu dingat, ini sekadar kajiselidik dari kem pembangkang untuk menunjukkan senario semasa politik dan 'mood' pengundi sebelum menjelang pilihanraya umum.

Pada GWM, kajiselidik ini dikeluarkan sebagai petunjuk kepada pembangkang untuk mencari isu-isu panas dan berbangkit untuk mengurangkan jurang pemilihan BN sebagai parti pilihan rakyat.

Kajiselidik ini juga sebagai 'isyarat merah' kepada pembangkang yang perlu mencari isu sensasi untuk mencemar kredibiliti dan imej DN Najib dalam masa terdekat.

Persepsi rakyat terhadap DS Najib dan BN perlu diubah secepat mungkin ...



Harus diingat, portal Malaysiakini pernah mengeluarkan kajiselidik PKR tahun lalu mengenai sokongan wanita di Malaysia terhadap parti itu dan Pakatan Rakyat jatuh merudum. Sokongan kaum wanita terhadap BN semakin meningkat dan jauh meninggalkan parti pembangkang.

Atas dasar itulah Ketua Wanita UMNO dijadikan objektif dan sasaran utama pembangkang dalam menjatuhkan imej dan kredibiliti Shahrizat Abd Jalil.



Awas DS Najib ...

Jangkaan GWM, isu FELDA bakal dijadikan modal terbaru untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah Perdana Menteri.

GWM cukup yakin kali ini Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan juak-juak DAP sedang melakukan ' thorough homework' untuk mencari data-data untuk mengketengahkan isu salahgunakuasa dalam FELDA.

Yang akhirnya akan menuding jari kepada Perdana Menteri ...



6 comments:

Anonymous said...

Anwar kan lebih bailk kata UMNO bayar dirinya untuk buat huruhara Nik Ajis bayar orang buat demo yang bayar chinadoll Wan Azizah agaknya?

Anonymous said...

Buat apa pun PR akan kalah pasal bala dan bapak segala sial masih ada tertonggok.

Kecuali mereka ketepikan Anuwar baru lah ada harapan sikit.

Anonymous said...

Pemimpin kaki kelentong..kata Bersih 3.0, 300K yang datang tapi hampeh... patutla tak nak buat kat stadium takut tak penuh stadium...memang kaki kelentong betul...lagi mau percaya ka????

Anonymous said...

Pasal Felda ni sebelum ni deorang kata Peneroka akan rugi jika FGVH disenaraikan...sekarang ni lain pulak cakapnya...katanya peneroka patut dapat 50K...dah kata untung pulak...kan memang bodoh tu mat jambu..kaki kelentong sama mcm bos dia???

Anonymous said...

Diaorang ni kalau kat kg aku orang kata inilah ANAK HAMPURAS!semua orang buat x betul,belum bagi dulu diorang kata Najib nak bagi UMPAN,bila dh bagi kata x cukup!itulah cakap orang dh HABIS CERDEK,cakap x berselidik dulu!Kaki kelentong,mandi air tujuh lubuk pun kalau dah kaki kelentong u tetap kelentong juga!

Anonymous said...

kan > elok dia sebut, Yahud...bayar
pd dia untuk ranpakan M'sia>

Amacam? betul?