Sunday, May 20, 2012





KUALA LUMPUR - Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.

Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.

"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.

Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.

7 comments:

Anonymous said...

jangan lupa adakan gerai yang memasang ceramah politik, tak kira la pakatan haram ka atau kerajaan ka. kerana salah satu tuntutan bersih ialah membenarkan kempen 21 hari. tapi kita buat 365 hari kat rumah dia.

Anonymous said...

Nak tengok Malaun Bersih 3.0 ada telur tak? Kereta punya Berat boleh di terbalikkan. Apalah sangat gerai gerai ni he he

goodlistener said...

SATU PENDEKATAN YG TERBAIK DALAM MENGAJAR MANUSIA YG TAK TAHU MENGHAORMATI UNDANG2 NEGARA DAN MENYUSAHKAN PENIAGA2 KECIL SEKITAR KL, CADANGAN DIADAKAN PADA SETIAP HARI OLEH KUMPULAN PENIAGA BAGI MEMBERI SATU KESEDARAN KPD MANUSIA KAFIR YG TAK TAHU MENGENANG BUDI ATAS KEHARMONIAN YG DIKECAPI SELAAMA INI....SYABAS

mama carrie said...

Tit for tat...

again 'TITS' become the receiving end.. what an excellent way to teach her a lesson.

thats the way aha aha I like it, aha aha thats the way aha aha I like it!

Anonymous said...

Ini baru BERSIH..!! sokong....

Omar Ja'afar said...

Come on! BUAT jangan TAK BUAT, ayuh teruskan, mudah2an Bandaraya akan bagi permit.

Anonymous said...

tak ada ke cadangan nak buat kat keliling rumah anuar, azmin. chegu bard, lim ks, Lge dan yang lain lain terlibat dengan bersih dulu. Jangan lupa sama sekjali kat depan pintu rumah pak samad.