Thursday, May 24, 2012





KOTA BHARU 23 Mei - Keputusan rasmi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak sebarang bentuk Muzakarah dengan UMNO mendapat maklumbalas bercanggah dari Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menjelaskan akan tetap merealisasikan cadangannya untuk melaksanakan Muzakarah dengan UMNO demi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju. Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pasar Kota Jembal di sini, hari ini.


Artikel seterusnya, klik TELUS ATAU PERANGKAP



Strategi politik apa pula digunakan Nik Aziz kali ini ... Dalam suatu masa boleh bertukar fikiran seperti sesumpah.

Dan jika sekiranya muzakarah ini tetap juga Nik Aziz mahu pertahankan, kononnya demi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

Sanggupkah beliau dan Hadi Awang menarik kembali kesemua dakwaan, tuduhan dan tohmahan seperti dibawah ini ...







Mudah sebenarnya strategi politik PAS ini ...

Unjuran muzakarah hanya mahu menunjukkan PAS sebagai sebuah 'parti yang terbuka' untuk meyakinkan chauvinist Cina dalam DAP, UMNO bakal terperangkap dalam mainan politik yang bakal merosakkan imej UMNO.

Jika sekiranya UMNO menerima unjuran muzakarah ini, strategi PAS dikira berjaya kerana telah menelanjangkan UMNO sebagai parti 'racist'.

Perlu diingat, UMNO telah sekian lama merekodkan sejarah muhibahnya dengan kaum lain terutama orang Cina dan India di negara ini. Kerana itulah tertubuhnya Perikatan dan Barisan Nasional yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC sebagai parti teras untuk masyarakat Melayu, Cina dan India.

Rakyat semakin lupa kepada 'kontrak sosial' yang telah dipelopori oleh UMNO, MCA dan MIC dalam mencari suatu penyelesaian muktamad dan kestabilan politik diantara semua kaum di Malaysia.

Muzakarah ini bakal dijadikan 'senjata' DAP dalam menunjukkan betapa UMNO cukup 'racist' dan mementingkan orang Melayu sahaja tanpa memikirkan kaum-kaum yang lain.

PAS sebenarnya bertindak sebagai 'pemangkin' untuk pembangkang mencetuskan satu lasi isu sebelum pilihanraya umum ... UMNO sebagai parti yang berdasarkan dan berlandaskan perkauman, orang Melayu semata-mata.

Masih belum nampak lagi strategi yang dimainkan oleh PAS ...




Nik Aziz sebenarnya tahu kesilapan besar PAS kerana sudah bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, pemimpin yang mempunyai masalah moral yang cukup tinggi.

Mursidul Am PAS ini juga tahu kesilapan PAS sekarang terlalu banyak bergantung kepada Anwar termasuk dari segi tabung kempen pilihan raya dan kecekapan bermain sandiwara jalanan dan melakukan pembohongan demi pembohongan yang mudah meyakinkan orang fanatik dan jumud.

Cukup untuk rakyat yang celik dari segi pemikiran untuk melihat apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap PAS. Apa yang telah berlaku kepada PAS sekarang ini ...




Nik Aziz, Hadi Awang dan PAS sebenarnya semakin terdesak. Terdesaknya puak-puak ini kerana dalam saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum, boleh pula dikeluarkan tawaran muzakarah.

Ini tindakan terdesak dan tertekan PAS sebelum pilinraya umum ke-13. 'Manusia buta' sahaja yang tidak mampu menghidu strategi politik parti fanatik dan jumud ini.

DAP? ... semakin kusut masai setelah keluarnya Tunku Abdul Aziz dari parti chauvinist dan racist ini. Ditambah pula dengan kebodohan Lim Guan Eng cuba untuk merasuah bekas Naib Pengerusi DAP, rosak besar imej DAP.

Sangat mahal harganya dan amat besar pengaruhnya kepada DAP isu yang membabitkan Tunku Andul Aziz.



Cuma nasihat GWM kepada kepimpinan tertinggi UMNO ... muzakarah ini adalah suatu cerita karut marut. Cerita dongeng alaf baru tulisan Nik Aziz yang diterbitkan oleh PAS.

PAS sebenarnya semakin lumpuh, muzakarah ini sekadar mahu mengeluarkan parti ini dari bilik 'ICU' Hospital Besar Kuala Lumpur ... Itu sahaja.



3 comments:

Anonymous said...

Pas tuduh UMNO punyai ciri kufur dalam pentadbiran... Dan Pas dilihat punyai ciri ciri syaitan Iblis dalam addinnya...
Apa tidaknya...
Cakap berbelit belit.... Melampaui amat meletakan Ayat kalam dan hadith bukan pada tempatnya... Contoh Chop Maggi ditampal kat budu... ini yg diherdek olih Allah dalam firman kalamnya....Bab ni Haron din tak belajar dai hanya mahir bab Jin dan ubatan... sebab tu tak tau nak tegur kesesatan ini.... Moga Allah pelihara Agama nya yg suci dari noda gulongan ini... Inyaallah...
Hal nak muzakarah pun satu mainan Nik Aziz recycle... Ulama dalam Pas Majlis Ulamanya ada komen yg Nik Aziz tak punyai disiplin muzakarah... Tau nak naik angin saja kalau orang bangkang dia dalam majlis syurah Pas... Ini bukan rahsia lagi..standard dia sama Abuya Arkam tanpa dasar kuat hanya lebih nafsu dan Ilham... yg diagaknya dari malaikat... sohih batal akidah namanya.. Kalam dah sempurna tanpa ada secebis ayat pun perlu diselit ..dan sunnah dah ada tak payah nak pandai pandai alter ketentuannya... Ini memang kepakaran nik Aziz bab alter ketentuan...sebab tu dia letak syarat yg bukan syarie...(yg bukan bukan) agar mzakarah tak jadi... sabenarnya dia tau ajaran dia tak betul dan banyak yg diselewngkan...kesian orang PAS yg telah disihirkan... Pada Ulama yg lain dalam PAS...tak sedar yg mereka telah terlalu jauh dari cara nabi...tengoklah akhlak dan adab pun kita dah tau ...belum mati lagi... Kita doakan agar mereka masih ada peluang untuk hidayah Allah...
Untuk orang ramai yg gairah semangat untuk muzakarah ini...amatlah teruji kerana bersangka sangka baik...Namun dalam masa yg sama perlu belajar dari lampau... Ini adalah cara yg tak bermaruah Pas untuk kelirukan orang Islam dgn Ajakan Muzakarah yg Nik Aziz sendiri tolak dgn cara apa sekali pon.. Mcm stail dulu...
Tolak mzakarah dgn Umno...dgn Ulama bias atau Tok guru Pondok bab Quran dan Hadith pun dia lemah sebab..dia belajar di University Pondok di India yg banyak mengamalkan Hadith lemah dan palsu..Hingga melahirkan bermacam aliran berteraskan.. Ilham...kubori..jin dan perkara bathin yg tidak dari nabi SAW...

Berhati hatilah kita semua pada gulongan yg menyesatkan kita dari ajaran yg benar... Quran..As sunnah... sohabat...sohabat sohabat... dan mufti

Jangan pilih yg pelik ..kononnya benar kerana lazimnya yg pelik itu saperti pelik nya dajjal sebab bermata satu... apa apa hal balik pada Quran dan Sunnah..bukan ilham nik aziz yg pelik..

Hperancis

Anonymous said...

Umno tak payah layan sebab ..ini auta iblis yg senantiasa menyesatkan...

Pas atau Nik Aziz perlu muzakarah dengan Ulama Pondok diKelantan mau pun diKedah...dalam bab...Bantuan sek Pondok yg tak dapat dari Kerajaan Negeri sebab tak mau ikut arah nik aziz yg tak syarie .
Begitu juag duit hak anak anak yatim dan janda...yg dikutip tapi tak diberi pada mereka..saperti Keluarga di Memali..kalau tak nak bagi atau dah diguna beli ladang atau ubah suai sekolah pondok sendiri ...sekurang kurangnya berilah tau jumlahnya... jangan tunggu sampai semua penderma dah mati..nak tutup kemungkaran..
Bab..MOU dengan Iblis untuk menang pilihan raya yg warwar kewajaran olih nik aziz pun perlu di muzakarahkan... Belum lagi kes berkat kalau hantarnyanya free keMekah olih kontraktor yg ehemm ehemm..
Kita nak tengok mcm mana dia nak belit Ulama pondok yg dah masak dgn peel dia ni...

Anonymous said...

Apa yg kita lihat secara zahir sikap, tutur kata & perlakuan pemimpin2 PAS ni sbnrnya menjadikn kita tertanya2 adakah itu selari dgn tuntutan Islam. Sdg Rasulullah s.a.w. meminta kita menjaga lisan, tidak berburuk sangka, tidak mencerca, jgn berpecah blh, jgn menggunakn bahasa2 kesat & berkasih syg sesama manusia tp apa yg dibuat oleh pemimpin2 PAS & pengikut2nya jauh menyimpang.., islamik ke mcm 2?