SEREMBAN, 19 Mei 2012 - Sempena dengan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri, gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dari Negeri Sembilan telah menyertai satu program jelajah 'Konvoi Perdana Gen Y', anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Program yang julung kali diadakan ini telah mengumpulkan sekitar 2,200 belia dari seluruh Negeri Sembilan dalam satu konvoi bermotor dan berkereta, menuju ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.
Konvoi Perdana Gen Y yang turut dinamakan sebagai 'Moh Minum Petang Di Rumah PM' ini bermula di Stadium Paroi, Seremben, Negeri Sembilan berjaya mengumpulkan penyertaan sebanyak 600 buah motor dan 600 buah kereta bagi jelajah ini.
Jam 2.00 petang - Timbalan Ketua Pengarah JASA, Dato Abu Talib Harun mengibarkan bendera sebagai tanda pelepasan para peserta konvoi yang dimulakan dengan pergerakan 600 buah motor dan diikuti oleh pelepasan 600 buah kereta sebagai pelengkap kepada program jelajah ini.
Menurut Abu Talib, Apa yang menarik pada program ini adalah penyertaan belia dari pelbagai kaum. Malah konvoi ini bakal mencatatkan sejarah sebagai konvoi terpanjang (sepanjang 15km) pernah diadakan oleh mana-mana program berkonvoi.
Walaubagaimanapun, program ini tidak akan dicatitkan didalam buku 'Malaysia World of Records' kerana kenderaan yang digunakan adalah gabungan di antara motor dan kereta. 'Malaysia World of Records' hanya memperakui unit berkonvoi satu jenis kenderaan untuk dimuatkan dalam catatan sejarah.
klik artikel seterusnya, KLPOS
Semangat perpaduan kaum ... Masyarakat Cina turut menyertai Konvoi Perdana Gen Y dari Negeri Sembilan
1 comments:
Belia Harapan Negara
Hidup UMNO-BN !
Pelabur Bijak
Post a Comment