Friday, March 16, 2012


Amah Indonesia dapat gaji RM700

JAKARTA - Indonesia semalam mula melatih pembantu rumah untuk dikirim ke Malaysia di mana mereka hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas-tugas berkaitan tukang masak dan tidak akan menjalankan tugas-tugas lain seperti mengasuh bayi.

Itulah antara hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia di sini semalam.

Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman berkata, JTF mencapai kesepakatan terhadap empat jawatan khusus untuk pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.



Siapa wakil negara dalam Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia? Rasanya rakyat berhak untuk tahu nama dan wajah mereka-mereka yang telah membuat kesepakatan terhadap tuntutan yang semakin tidak munasabah ini.

Kerja-kerja amah ini bukannya melibatkan soal kemahiran dan skil teknikal yang tinggi. Hatta gaji/upah pekerja am binaan Indonesia juga dibayar dengan kadar yang agak kurang sama.

Sewajarnya juga amah Indonesia yang sudah mempunyai gaji minimum perlu membayar cukai selaras dengan penggajian pendapatan dalam negara, jika merujuk kepada jadual pembayar cukai yang bukan bermastautin di Malaysia.

Jika kerajaan mahu berlaku adil lagi, beri pelepasan cukai terhadap majikan yang membayar gaji bulanan terhadap pembantu rumah dari Indonesia ini.



GWM tidak mahu selepas ini timbul pula isu negara-negara lain akan mula membuat tuntutan liar agar keperluan kemahiran tenaga kerja perlu juga dibayar dengan gaji minimum.

Bagaimana jika negara-negara jiran lain turut meletakkan gaji minimum di antara RM700 - RM1,000 bagi melakukan satu tugas amah yang khusus. Adakah kerajaan juga akan turut sama bersetuju dengan tuntutan ini.

Tidak mustahil selepas ini timbul pula tuntutan yang melibatkan pekerja-pekerja binaan luar yang mahukan gaji minimum turut dipersetujui kedua-dua buah negara sebelum mula diambil dan digajikan.

Apakah kerajaan sudah menetapkan sebarang skala gaji minimum dan tugasan bagi pembantu rumah yang berasal dari negara ini? 

Atau ini yang perlu diperhalusi dan dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan rakan di Indonesia.

Bagaimana pula dengan tuntutan MTUC selama ini yang mahukan pekerja swasta sepatutnya sudah ada skala gaji minimum mengikut profession yang ditentukan.

Bukankah ini yang sepatutnya terlebih dahulu diberi perhatian yang sewajarnya.



7 comments:

Anonymous said...

Kalau gaji 700 hanya untuk satu kerja khusus itu bukan nama pembantu rumah, dalam rumah macam2 kerja ada. ok kalau mereka buat syarat macam tu, kita buat syarat
1.amah tu kalau tinggal sekali tuan rumah kene bayar sewa bilik
2.makan minum kene caj
3.bil api dan ayer kene caj jugak

ok gak kan

Anonymous said...

PERATURAN MEMENTINGKAN PENDATANG LUAR TANPA BERFIKIR EFEK KEPADA RAKYAT SENDIRI.PERATURAN BODOH YANG DIBUAT OLEH ORANG BODOH UNTUK MEMBODOHKAN RAKYAT SENDIRI.DAH DEKAT PILIHANRAYA NI, HATI-HATI LA BUAT KEPUTUSAN TU.

Anonymous said...

Pelarian Rohingya ramai yang mengemis x ada kerja.. Drpd mereka x berpendapatan, apa kata ada satu agensi yang menguruskan mereka untuk dilatih menjadi pekerja dlm bidang khusus seperti pembinaan dan pembantu rumah.. TKI semakin naik tocang.. Di beri betis nak peha..

Anonymous said...

KEPADA ANON 3:43 DAH PERNAH SAYA NAK BUAT PELARIAN UNHCR TU JADI PEMBANTU TAPI DEPA LEBIH SUKA MINTA SEDEKAH DARI KERJA. TAK BOLEH BUAT APA DAH. ORANG MALAYSIA BAIK SANGAT.

Anonymous said...

Jangan guna pembantu rumah Indonesia, habis cerita.....

Anonymous said...

Gila! Siapa yang pergio berurusan dengan Pihak Indonesia tu memang bodoh. Baiknya kita jangan layan pembantu rumah yang minta begini dan kita buka dari negara sumber yang lain

Doc Holiday said...

Siapa yang pergi berunding tu patutnya cakap, kalau Indonesia banyak sangat permintaan, kita stopkan kemasukan visa on arrival semua rakyat indonesia. Malaysia boleh ambil maid dari negara lain, spt bangladesh, kemboja dan afghanistan.
Malaysia tidak boleh tunduk pada tuntutan indonesia, terlalu ramai rakyat dia di negara kita yang tiada passport dan visa... cukuplah...