Sunday, March 4, 2012


Cukup hebat kemelut dalaman PAS Kedah sehingga menyebabkan tiga sessi mesyuarat diadakan sehingga jam 3.00 pagi semalam, masih lagi gagal mencapai kata sepakat dan mahabbah di antara puak-puak yang bertelagah.

Tidak ada sebarang persetujuan dan perjanjian damai diantara kedua-dua belah pihak, walhal kemelut hanya melibatkan krisis dalaman PAS Kedah. Bertelingkah dan berperang seolah-olah ada wilayah dan kawasan yang telah dirampas dan ditakluki.

Kehebatan pertelingkahan kuasa puak-puak yang bertelagah ini lebih dahsyat jika dibandingkan dengan konflik Palestin-Israel yang telah berlarutan berpuluh tahun lamanya..

Sekurang-kurangnya Palestin-Israel sanggup mencari titik perdamaian sehingga termeterainya Perjanjian Camp David 1978, Perjanjian Damai Israel Mesir 1979, Perjanjian Damai Oslo hinggalah kepada Perjanjian Peta Perdamaian (Road Map) 1993.

Namun tidak bagi konflik Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi. Jika ada ijtihad dari ularmak PAS mengatakan syahid sesiapa yang mati dalam pertembungan ini, barangkali parang panjang dan kapak boleh dilihat terbang melayang di pejabat Menteri Besar Kedah.




PAS Pusat terpaksa turun untuk campurtangan bagi mendengar hujah dan fakta dari Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi (tak ada debat ke?). 'Damage control' sudah tidak mampu menenangkan Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi.

Dalam diam, Nik Aziz meminta pertolongan Tuan Haji Anwar Ibrahim yang mengarahkan Saifuddin Nasution untuk mengatur mesyuarat tertutup bersama Phahrolrazi Zawawi sebelum Salahudin 'Din Poyo' Ayub mempengerusikan mesyuarat tingkap.

Gagal adalah perkataan paling cocok menoktahkan rumusan keputusan mesyuarat yang diadakan. Begitu kelam kabutnya situasi sehingga dua pemimpin PAS Pusat berlaga angin dalam mengumumkan keputusan secara rasmi.

Salahuddin kata lain, Mustafa Ali kata lain ...





Azizan Abdul Razak tahu segala lubang kebobrokan dan kelemahan Phahrolrazi Zawawi. Begitu juga dengan Phahrolrazi Zawawi, tahu segala jenis skandal yang dilakukan oleh Azizan Abdul Razak.

Rakan blogger Gunung Mat Cincang tahu segala pekung Azizan Abdul Razak lantas memberi amaran agenda jahat dan hasat dengki sudah mula diimpot masuk seawal PAS bertakhta di Wisma Darulaman.




Yang nyata siapa paling kuat, puak itulah yang akan menduduki takhta di Wisma Darulaman. 

Dalam pergelutan ini, UMNO Kedah seharusnya duduk diam dan memerhatikan gelagat biawak-biawak hijau yang sedang bergaduh sambil mengumpul setiap kelemahan PAS Kedah.

Jangan campurtangan urusan puak-puak ini. Perhatikan percaturan Tuan Haji Anwar Ibrahim yang cukup gemar dengan falsafah politik 'The Game Of Numbers'.

PAS tidak boleh mengatakan UMNO berkonspirasi melagakan Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi. Dalangnya adalah Tuan Haji Anwar Ibrahim sendiri beserta kumpulan parasit-parasitnya.

Kemelut pertembungan kuasa Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi Zawawi sudah cukup membuktikan PAS tidak mampu mengurus tadbir sesebuah kerajaan negeri dengan baik.

Bagaimana PAS mahu mendabik dada untuk mengurus pentadbiran negara di Putrajaya jika negeri sudah cukup kucar-kacir dikerjakan. Mahu roboh, hancur dan musnah Putrajaya dikerjakan puak-puak ini jika berkuasa kelak ...



4 comments:

Anonymous said...

Yang si Ust.Azizan tu pun patut bagi lah can dengan dia orang.. kan dah masa tambahan tu..game pun dah nak tamat ntah tahun bila plak nak leh gi final kesian lah ngan dia orang tu..!!

Anonymous said...

Azizan bukannya ulamak... Aku masih ingat .., apabila dia ditanya (ketika baru 2-3 bulan memegang jawatan MB Kedah dulu), mengapa YB tak buat perubahan di Kedah macam negeri Kelantan?

Selamba dia jawab : "Tuan Guru Nik Aziz tu ulamak.. Saya cuma ustaz sahaja.."

Bagi can kat Ir. Phahrolrazi laa pulak, Ustaz.. Dia boleh buat lagi baik dari TG Nik Aziz tu kat Kedah.

Anonymous said...

Betul kata pm, parti asyik2 serabut.
Nak minta tolong bapak angkat, si empunya diri dah sibuk me liwat je.
Ularmak pkr sendiri pun kes Jaip tak settle lagi.
Peduli kan! Biarlah mb serba tak tau bertembung dgn exco2 perasan diorang.
Tapi, biasa lah ye, bila ularmak2 ni jumpa jalan mati dah sah yg salah nanti kerajaan gak.

Anonymous said...

Senang je bai.
Tukar je peruntukan, bagi lim kit siang atau kapal sing jadi mb...habis cite.
Ala...jangan la Kisah Kalau kafir lahanat tu perintah, bukankah diorang sahabat sejiwa pas. Lagi pun pas bukan Islam sangat pun, malah lagi liberal Dari bn.
Tak Gitu pak ji?
Kak JIJAH air mata PLASTIK