Anwar Ibrahim seharusnya menjawab kenyataan rasmi Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook yang menafikan sekeras-kerasnya pendirian Hamas adalah selari dengan pendirian beliau yang begitu rakus mahu mengiktiraf rakan regim Zionisnya.
Tindakan beliau yang meletakkan gambar bersama pemimpin Hamas, Khaled Mashal dan Yusuf Qaradawi di dalam blog, tidak lebih dari satu 'diversion' mahu menutup kesilapan akibatnya mulutnya begitu cabul menyokong keselamatan negara Israel.
Apa yang lebih pelik adalah tidak ada sebarang kenyataan bertulis beliau mahupun sebarang bentuk persetujuan yang dicapai hasil pertemuan tersebut. Melainkan hanya meletakkan gambar kedua-dua tokoh pemimpin Timur Tengah sebagai penyeri dan hiasan.
Hamas sudah pun memberi pandangan yang tidak berbelah bagi bahawa pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana merampas hakmilik tanah rakyat Palestin secara tidak haram.
Apa yang dikatakan oleh Mousa Abu Marzook adalah selari dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak pernah menyokong keselamatan negara Israel secara total.
Yang ditekankan oleh Tun Dr Mahathir adalah menyokong merealisasaikan penyelesaian komprehensif pertikaian Palestin dan Israel disamping memberi bantuan teknikal kepada rakyat Palestin dalam Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
Semakin tertekan, Anwar Ibrahim telah mengerahkan juak-juak 'Parasit' dan 'Anwarinas' yang berselindung dalam kem Barisan Nasional untuk kembali melemparkan berbagai tohmahan dan fitnah kononnya Tun Dr Mahathir pernah meminta bantuan dana dari Perdana Menteri Israel untuk mengekalkan jawatan sebagai Presiden UMNO.
Namun begitu, keluarnya tiga surat rasmi Tun Dr Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel di dada akhbar terus mematikan langkah juak-juak 'Parasit' dan 'Anwarinas' dalam Barisan Nasional.
Agak kurang ajar juak-juak 'Parasit' dan 'Anwarinas' yang berselindung dibalik tadbir Barisan Nasional, masih belum mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Tun Dr Mahathir atas segala tohmahan, fitnah dan label yang cukup keji seperti Mahafiraun dan Mahazalim.
Malah juak-juak 'Parasit' dan 'Anwarinas' ini begitu bangga, angkuh dan bongkak mendabik dada 'Berjaya menggerakkan laman web Mahazalim serta Mahafiraun sehingga memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap bekas Perdana Menteri'.
Pendedahan tiga surat Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel sudah cukup memberi tamparan kepada Anwar Ibrahim siapa sebenarnya berbohong dan terus menerus menyokong usaha menjaga keselamatan Israel.
Namun begitu, lebih aneh dan pelik bagi sebuah parti yang baru 'mereformasikan prinsip' kepada Negara Berkebajikan masih lagi bersekongkol dengan penyokong tegar kepada negara penyembelih rakyat Palestin.
Pelik juga dengan logo 'reformasi' parti ini yang sememangnya semakin mirip dengan logo Seksualiti Merdeka. Barangkali ini yang dinamakan sebagai Negara Berkebajikan.
PAS sudah mati dari segi prinsip dan pendirian kerana secara konsisten terus mengangkat martabat seorang peliwat tegar sebagai bakal Perdana Menteri jika berkuasa.
Tidak ada makna satu sen pun sebenarnya apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang masih berdegil dan tetap mempertahankan keselamatan Israel.
Mengangkat martabat dan menyokong Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri tidak ubah seperti menyokong pembunuhan rakyat Palestin oleh regim Zionis.
Barangkali nafsu untuk mempertahankan saudara seagama sudah lenyap dari sanubari pemimpin-pemimpin Negara Berkebajikan ini.
Hebat benar penangan liwat juak-juak 'Parasit' dan 'Anwarinas' ini ...
2 comments:
Dalam rasa hati yang ikhlas untuk perjuangan nasib saudara seIslam di Palastin dengan survival politik diri adalah amat berbeza...
Apa saja boleh dibuat bagi menyakinkan pengikut dan membersihkan diri biarpun terpaksa berbohong...dan ini dunia politik yang tiada rasa bersalah asalkan tujuan dan matlamat tercapai.
Apa lagi jika seseorang itu petah bercakap dan pandai pula menyalut kata dengan ucapan agama maka pengikut totoknya akan amin segala kata bicara tampa menoleh kiri dan kanan lagi.....maka tunggulah kehancuran nanti...walahualm
Kompem Abu Marzook dah kena bayar dengan UMNO.. hahaha
Post a Comment