Sunday, March 11, 2012


SHAH ALAM, 11 Mac - Menteri Pertanian dan Industri, Datuk Seri Noh Omar membantah cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) atau lebih dikenali sebelum ini sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah.

Beliau berkata sebelum ini, kementeriannya telah memperuntukkan kira-kira RM 161 juta bagi menjayakan pelan induk TBNSA ke arah menjadikannya sebuah pusat agro pelancongan utama negara.

"Saya diberitahu kerajaan negeri sedang dalam perbincangan mengambil alih pengurusan Taman Botani ini atas alasan peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat bagi tujuan membangunkan taman ini tidak mencukupi," katanya dalam satu sidang akhbarselepas mengadakan lawatan di TBNSA.

Noh mendakwa kerajaan negeri turut bercadang mahu menjual tanah TBNSA seluas 40 hektar bagi mencari dana berjumlah RM 100 juta bagi menampung kos operasi taman itu sekiranya mereka mengambil alih pengurusannya.

Sehubungan itu, Noh meminta kerajaan negeri Selangor segera menandatangani perjanjian pajakan untuk tempoh 60 tahun bagi membolehkan kementerian membangunkan dan menguruskan taman botani itu.

Noh berkata ini kerana kerajaan negeri terdahulu (BN) bersetuju memajakkan tanah itu seperti mana yang terkandung dalam perjanjian persefahaman (MOU) yang dimeterai pada tahun 2006 untuk membangunkan TBNSA.

"Dalam Mou itu, kerajaan Selangor antara lain boleh memberikan kelulusan tempoh pajakan tanah selama 60 tahununtuk mengendalikan taman pertanian itu tetapi belum ada perjanjian seumpama itu ditandatangani sehingga kini," katanya.

Noh berkata kerajaan Pusat telah membelanjakan RM 236.04 juta bagi membiayai pembangunan dan menampung kos pengurusan taman itu sejak ditubuhkan tahun 1986 ketika dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah.



Lagi jualan aset untuk mencantikkan akaun kerajaan negeri. Dalam terma perakaunan dikenali sebagai 'Creative Accounting'. 

Rafizi Ramli mahir sangat kaedah ni ...




8 comments:

Anonymous said...

AKU TAK KIRA.100 JUTA KE 1000 JUTA KE.AKU NAK KERUSI WANGSA MAJU DIKEMBALIKAN KEPADA ORG MELAYU.ADA BERANI?TAK DE LA TU,BYK CAKAP BOLEH LAH

Anonymous said...

kerajaan PR jual aset penuhkan kantong negeri...selebihnya rebat masuk poket!!....senangnya berniaga?

macamnie kepala MB...budak lulus PMR pun pandai jual basikal pemberian bapak gi joli CC!!!

praha2 said...

eden tengok khalid dah terlalo rakus menjal aset negori. Eden pohon KDYMM Tuanku campur tangan dalam hal,ini.
Untuk maso dopan rakyat selangor Tuanku mosti campur tangan.
Tontang kerusi dibori balek kepao UMNO banyak, bukan wangso maju jo, grik pun hak umno dan banyak lagi. jadi tok pm jangan nak monang kito beralah pulo.

Anonymous said...

Inilah akibatnya...rasa2 peel suka jual asset untuk keperluan poket segelintir org2 politik atas alasan pembangunan ni dah diajar oleh otai2 UMNO??????

Anonymous said...

uish korang ni...ini dinamakan peningkatan yang didapati daripada pengurusan pentadbiran yang baik...taniah lah orang selangor bukit cerakah pun nak kena jual lepas ni kalau nak beriadah tu padang depan masjid shah alam dengan tasik shah alam cukuplah...

eh terlupa pulak nak tanya mana penyokong2 alam sekitar bukit cerakah nak kena botak tu...takkan nak sokong jugak...

APA???oooo demi pembangunan tak salah kalau pakatan haram jual tanah...betul2 memanglah tak salah...lepas ni harga rumah mencanak2 naik kat shah alam TAKDER ORANG LAIN LAH KO NAK SALAH KAN KECUALI BN...MEMANG TANIAHLAH

Anonymous said...

STOP PR! SAVE MALAYSIA!

Anonymous said...

hahaha yang aku tahu khir toyol yang jual tanah tu kat kroni . cuba tengok kat seksyen u10, nusarhu sebelah empangan kuning bukit batoni. bukit bayu yg nie tersorong sikit dari pandangan jalan utama. fikir2 lah sikit.

Anonymous said...

anak kecil main api ... lagu ciptaan umno dapat ilham dari pemimpin umno yg rakus jual tanah rezab melayu pada bangsa asing.