KOTA BHARU – "Anggap saya artis". Demikian kata-kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak masyarakat terutama yang beragama Islam menganggapnya sebagai artis supaya dakwah disampai lebih mudah difahami.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam itu sendiri adalah seni dan penyusunan perkataan di dalam al-Quran itu juga berseni sehingga dapat menarik perhatian tokoh-tokoh ternama.
“Artis sebenarnya perkara baik, iaitu orang yang menggunakan seni. Alangkah seronoknya jika saya juga dianggap sebagai artis. Saya seorang pendakwah, saya juga menggunakan seni iaitu seni pemikiran untuk memperkembangkan ajaran Islam.
“Mengajak orang untuk mendekati Islam terutamanya kepada umat Islam itu sendiri yang mungkin terlupa dengan ajaran agamanya,” katanya pada Sidang Media Selebriti Hari Hiburan Islam (Hai) di kediaman rasminya di sini, semalam.
Beliau turut melahirkan rasa kekecewaannya terhadap segelintir artis yang banyak dikaitkan dengan pakaian yang tidak menutup aurat serta terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah.
“Saya sangat dukacita apabila ‘kurniaan’ artis ini disalahgunakan sehingga dikait dengan banyak perkara maksiat. Hal ini disebabkan dunia diperintah dan dikuasai barat yang menjadikan pengertian artis ini lebih sempit dari sebenarnya.
“Seperi perkataan maksiat di tempat kita yang hanya diertikan sebagai perbuatan zina sedangkan maksud maksiat itu ialah menderhaka kepada Allah termasuk zina, tidak sembahyang, berjudi malah rasuah pun adalah maksiat,” katanya.
Ahhhh ...
Petanda baru Parti Adat dan Sosialis sudah mengembling tenaga untuk menarik perhatian setiap artis agar menjadi ahli baru dan jurucakap dipentas-pentas ceramah sebelum bermulanya pilihanraya umum kelak.
Tidak ada satu pun ayat yang keluar dari mulut Nik Aziz melainkan ianya bersifat politik semata-mata. Kiasan beliau cukup tinggi.
Rakyat cuma berharap agar Nik Aziz tidak terpengaruh dengan 'Joget Banghra' Anwar Ibrahim, apabila membuat kenyataan rasmi seperti ini.
Tak pernah dibuatnya orang. Malam Raya Haji Anwar Ibrahim berjoget sakan. Minta dijauhkan perkara sebegini dari Nik Aziz.
Nik Aziz ni sememangnya top artis.
Yang belum berkesempatan, dapatkan kompilasi album-album Nik Aziz yang sudah ada dipasaran.
Antara lagu-lagu hits album beliau adalah Tuhan Itu Mencarut, Dalam Quran Penuh Dengan Politik, Tidak Bangga Jadi Orang Melayu.
Paling top ... pastinya lagu Undi PAS Masuk Sorga, Undi BN Masuk Neraka.
3 comments:
Elok lah jadi artis berlakon pon pandai. nak jadi ulamak memang tak layak pon sebab suka mengeluaran fatwa merepek.
Politik ni kotor,hanya politik Zaman Rasullullah saw shj yg bersih. Tidak blh politik disatukan dgn agama krn politik adalah mjatuhkn org,Mburukkan org,mfitnah Org,hanya semata2 utk kpentingan diri Dan memenuhi hasrat duniawi. Ada yg sanggup memancing mggunakan agama semata2 utk politik ini. Agama digunakan meraih undi memujuk, mpgruhi, dan myakinkan pengundi umpama memujuk wanita utk disetubuhi bila wanita dh trmkn pujuk dn dimenangi maka ditinggalkanlah wanita trsbt.
Ingatlah bhwasanya tdpt 3 golongan dimana syaitan mhantar kumpulan terbaiknya menjadi penasihat di bahu mrk;
1) Hakim
2) Pemimpin
3) Ulamak
Ssungguhnya stu kaki mrk berada di syurga Dan stu kaki lg berada di neraka. Manakala syaitan myajikan mrk dgn nasihat licik mghalalkn apa jua yg dibuat mlalui putarbelit yg mggunakn kata2 Allah. Dan mrk ini syaitan sajikan dgn knikmatan hidup di dunia dan ianya prlu dijaga agar ia sentiasa berkekalan. Mrk ini mjadi lupa Akan kmatian lantaran keseronokan hidup sdgkn sehina2 ciptaan Allah adalah dunia krn seluruh dunia dn isinya mlainkan Allah adlh pengikut nafsu. Shgga sggup mgadai Aqidah bgsa dn tanahair Demi keseronokan ini sdgkn Allah mguji iman dan taqwa mrk di dunia yg amat singkat ini. Dan di hati hya utk Allah semata2 dn blaku sopanlah kmu sesama manusia.
Post a Comment