Wednesday, March 28, 2012




GWM terima kiriman email dari seorang bekas pembeli rumah teres dua tingkat Taman Ukay Bistari, yang mahu membongkar skandal sebuah syarikat pemaju, Platinum 88 Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Talam Corporation Berhad (melalui pegangan saham Intelbest Corporation Sdn Bhd).




Assalamualaikum Bro Melayu Atas Pagar,

Saya selalu mengikuti blog anda yang banyak membongkar kisah penyelewengan kerajaan PKR Selangor. Saya ingin kongsi bersama apa yang bakal dan mungkin telah berlaku kepada pembeli rumah Taman Ukay Bistari (HS(D) 49542 hingga 49809 PT No 1578 hingga 1845 Mukim Bandar Ulu Kelang Daerah Gombak Negeri Selangor projek Taman Ukay Bistari).

Dalam email ini saya serahkan kepada Bro untuk dedahkan dokumen2 dan taktik terbaru pemaju ini melengahkan pembinaan dan penyiapan projek perumahan tersebut. Saya sebagai bekas pembeli turut sedih kerana ramai kenalan dan kawan saya yang masih lagi berjuang mendesak syarikat Platinum 88 Sdn Bhd untuk siapkan projek ini.

Kebanyakan para pembeli ini sudahpun bernaung di bawah VICTIMS (Persatuan Mangsa Rumah Terbengkalai) yang diketuai oleh Dr. Rafick dan En. Ali Karim. Kenalan dan kawan saya ini sudah sepakat bersama VICTIMS mahu melakukan petisyen agar syarikat Platinum 88 Sdn Bhd ditutup bagi membolehkan sebuah syarikat pemaju lain mengambil alih dan siapkan rumah-rumah yang tidak siap dan terbengkalai ini.

Saya sebagai bekas pembeli masih lagi tidak dibayar baki wang tahanan (retention) dari deposit yang telah dikembalikan berjumlah RM XXXX. Baru-baru ini, pemaju ini menelefon saya dan memberitahu wang tahanan ini akan dibayar dan saya diminta untuk datang ke ofis di Menara Maxi Segar di Pandan Indah bagi pengambilan cek.




Rupa-rupanya ada udang disebalik batu. Saya diminta untuk menandatangani Borang Proksi jika mahu cek itu dibayar kepada saya. Memang saya amat terdesak dan memerlukan wang ini atas kesulitan hidup serta tanggungan adik beradik. Borang Proksi ini rupanya bagi membolehkan syarikat Platinum 88 Sdn Bhd mendapatkan perintah mahkamah menghalang pembeli sedia ada dari menuntut sebarang tindakan dan desakan ke atas syarikat ini selama 18 bulan.

Maksudnya para pembeli sedia ada tidak boleh menuntut apa-apa dari pemaju selama 18 bulan. Ramai kenalan dan kawan saya akan terpaksa serve interest dari loan semasa membeli rumah yang terbengkalai ini.

Saya rasa kesal kerana terpaksa menandatangani Borang Proksi ini demi baki wang tahanan. Borang Proksi ini akan digunakan pada satu mesyuarat bersama para pembeli kononnya ramai yang masih mahukan syarikat pemaju ini meneruskan projek perumahan yang terbengkalai ini.

Saya minta bro tolong dedahkan dokumen yang attached ini untuk orang ramai melihat situasi sebenar Talam dah memang teruk sebenarnya sampai terpaksa main tarik tali dengan kami bekas pembeli jika nakkan kembali duit kami.

Wasalam.



Seperti yang dipinta dan dikehendaki oleh pengirim email ini, GWM dedahkan Borang Proksi dan satu notis panggilan mesyuarat bersama dengan pembeli rumah Taman Ukay Bistari ini.


Borang Proksi sebagai bersetuju untuk mendapatkan perintah mahkamah, menghalang para pembeli sedia ada tidak boleh mengambil tindakan ke atas syarikat Platinum 88 Sdn Bhd selama 18 bulan berturut-turut.

Notis mesyuarat seperti yang diarahkan melalui Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.


Senarai pembeli rumah Taman Ukay Bistari yang masih belum dipulangkan wang tahanan/penalti (LAD) oleh pemaju yang masih gagal menyiapkan projek perumahan ini.



Apa maksud Seksyen 176 Akta Syarikat 1965?

"Section 176 provides that where a proposal for a compromise or arrangement is made between a company and its creditors or its members, the Court has powers to order a meeting of creditors or members. The scheme is binding on all the members and creditors if a majority in number representing three-fourths in value of the creditors or members are present and voting agrees to any compromise or arrangement, if approved by the court. “Arrangement” is broadly defined to include a re-organization of the share capital of the company by the consolidation of shares of different classes or by the division of shares into different classes or by both these methods."

Sekali imbas, GWM faham mengapa pemaju ini mahu 268 bekas pembeli rumah menandatangani Borang Proksi bagi mendapatkan mendapatkan perintah mahkamah, menghalang para pembeli sedia ada tidak boleh mengambil tindakan ke atas syarikat selama 18 bulan berturut-turut.

Pemaju projek ini mahu mendapatkan kuasa undi 3/4 bagi menghalang tindakan selanjutnya oleh pembeli yang sedia ada.

Pembeli sedia ada yang berterusan menanggung hutang bank mahu mengambil tindakan mahkamah untuk menutup syarikat ini daripada meneruskan projek perumahan yang tergendala sejak tahun 2006 dan juga mahu sebuah syarikat pemaju lain untuk mengambil alih projek ini.




“Setiap bulan saya kena bayar RM1,400 sebulan tetapi rumah masih belum siap. Rumah sewa pun kena bayar. Keadaan ini bukan saya seorang yang tanggung tetapi seluruh pembeli mengalami nasib sama.

“Saya harap mana-mana pihak yang mempunyai kuasa atau peranan dalam perkara ini, bantulah kami yang benar-benar dalam keadaan kritikal sekarang,”

“Pemaju juga menipu pembeli apabila arahan oleh tribunal supaya menjelaskan semula wang deposit pembeli berjumlah sekitar RM24,800 tidak ditunaikan sepenuhnya,”

“Saya rasa pemaju turut mempunyai agenda sendiri apabila pernah menyatakan hendak membeli semula rumah daripada pembeli dengan harga asal iaitu sekitar RM240,000 sedangkan harga pasaran kini sudah mencecah RM400,000,”



GWM juga pernah membaca dari sebuah blog mengenai projek terbengkalai Taman Ukay Bistari ini yang menggesa para pembeli tidak terpedaya dengan strategi Talam Corporation melengah-lengahkan projek ini dari disiapkan.


GWM tidak hairan jika para pembeli apartment Ukay Bistari unit A,D dan E yang sudah menerima kunci apartment masing-masing, berterima kasih kepada Dato Seri Noh Omar dan beberapa pemimpin tempatan di Selangor sudi mendengar dan memberi bantuan yang sewajarnya kepada pemilik-pemilik ini sehinggalah ke hari penyerahan kunci.

Rasanya Khalid Ibrahim dan Azmin Ali pasti gusar melihat banner-banner dibawah ini akibat janji yang tidak pernah ditunaikan oleh kerajaan negeri PKR selama memegang tampuk pemerintahan di Selangor.





Berbalik kepada skandal projek terbengkalai Taman Ukay Bistari. Soalan bonus untuk Khalid Ibrahim ...

Apa rasional kerajaan negeri Selangor membeli hutang Talam Corporation Berhad berjumlah RM 391 juta dan mengapa sehingga kini Talam Corporation Berhad masih lagi gagal menyiapkan projek-projek perumahan yang terbengkalai?

Khalid Ibrahim boleh mendakwa pembelian hutang Talam Corporation Berhad hanya sebagai Debt Recovery Exercise, namun sehingga kini kerajaan negeri tidak pernah membuat 'full disclosure' terma pembayaran hutang Talam Corporation Berhad kepada umum.

Rakyat tidak sebegitu bodoh dan tahu pembelian hutang ini sebenarnya adalah Bail Out Exercise untuk menyelamatkan hutang peribadi kroni beliau, Tan Sri Chan Ah Chye.

Bail Out yang mengakibatkan rakyat dan pembeli rumah ditindas semata-mata mahu menyelamatkan kroni Khlaid Ibrahim ...



7 comments:

aboudiabydoo said...

Sesungguhnya Selangor makin hancur, macam haram dia orang treat org melayu.

Ni MB yg tak sikat rambut ni macam haram nak jadi EXCO Agama Islam konon, tapi boleh biar Kristian berleluasa buat open session plak panggil orang Islam sekali join dia punya sesi doa.

Pusat Baru Galakkan Murtad di PJ!! Khalid Ibrahim EXCO Agama Islam jangan tidur!

Semoga melayu atas pagar yg mengundi PKR PAS DAP last time kembali pd BN utk selamatkan Islam di Selangor.

Anonymous said...

GWM, utk pengetahuan..Talam memang hamPas. Gua dah terkena 10 tahun dulu bila Gua beli rumah di Puncak Jalil. Beli tahun 2001, tahun 2010 baru dapat rumah dah siap.Itupun, disiapkan oleh IJM tanpa Gua dapat buat tuntutan lewat siap kerana bersetuju utk serah kpd IJM utk disiapkan. kalaulah apa jugak yang berkaitan dgn Talam......memang tak guna satu sen pun. Chan Aaaaaah Chy mengkuk ayuh bebal bertingkat-tingkat.Dia takpelah dah idop bersenagn lenang. Ni yang jadi mangsa orang ramai yg hidup bersegkang anak tekak hari-hari.

Anonymous said...

Jo mitak toog dgn dato seri anwar ibrahi yg katanya berjuang untuk rakyat...hampeh, dia xkan tolong punya, dia lbh pada perjuangan diri dia,,,ingat masa pru 12 kami ketika itu turut bersama beliau di kg buah pala, jgn panggil anwar jika isu kg buah pala tidak selesai,,nah, sekarang apa jadi...nk salahkan umno dan bn juga ker...ni pula masalah rumah diselangor...sbg rakyat hati2 bila nak mengundi pru13 ni,,,tolak azmin,tolak pkr...

Anonymous said...

talam tu umno la yang punya. apa punya bingai nak serang orang sendiri. siasat la dulu bodo.

Anonymous said...

Talam tu umno punye??? Abis yg diorg duk kaji selidik ni apa, mangsa plak email ni apajadah. Baik masuk harakah je. Ke sebab kantoi terus jd umno punye.. aku tak tau tu saje nak tau.

dexidle said...

isu talam dn semua projek talam yg terbengkalai tu dah lama... sblm PR tdbir selangor lagik... itu semua kerja2 taik yg ditinggalkan oleh kerajaan sblm yg perlu diurus oleh kerajaan pr skrng...

Anonymous said...

bagus jugak PR yg perintah Selangor skrg, dah dapat ke selesaikan masalah pembeli rumah yg tak siap2 tu???