GEORGETOWN - Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini.
Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.
“Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.
"Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam.
Menurutnya, orang ramai yang menyokong Guan Eng kerana membantah pembinaan loji Lynas sebenarnya tidak sedar bahawa sebuah kilang yang mengeluarkan toksik akan berada di Batu Kawan.
Sehubungan itu, mereka menuntut Guan Eng memaklumkan lokasi tepat serta mengemukakan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) kilang berkenaan.
GWM yakin kilang yang dimaksudkan oleh Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too adalah Robert Bosch GmbH dari negara German.
Dan ini berdasarkan kepada sidang media Lim Guan Eng di KOMTAR pada 24 Jun 2011, berkenaan pembukaan kilang pembuatan panel solar di Batu Kawan.
Nampak seperti tidak berbahaya, namun pembuatan panel solar ini memerlukan satu kilang dengan keluasan tinggi untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya.
Jika dibandingkan dengan Lynas ... Nyata pembuatan solar panel ini lebih merbahaya dan toksik kepada penduduk setempat. Dan ianya sudah dibuktikan melalui kajian dan laporan di media.
Mungkin pembaca sudah mampu membezakan tahap radiasi dan bahaya pembinaan kilang pembuatan solar panel jika dibandingkan dengan sebuah kilang pengeluaran nadir bumi di Pahang.
Namun begitu ada suatu persoalan menarik, mengapa Lim Guan Eng membisu tanpa sebarang penjelasan berkenaan projek yang akan dijalankan di Batu Kawan ini.
Robert Bosch GmbH dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan. Perlu diingat, belum ada perjanjian rasmi jual beli tanah di antara kerajaan negeri dan syarikat dari Jerman ini.
Mengapa tiada sebarang aktiviti pembinaan di kawasan tersebut?
Leading German engineering firm Robert Bosch GmbH postponed its €520 million (RM2.05 billion) Penang solar panel plant’s construction, which would have been the company’s largest, due to cost pressures. Solar energy division chief Siegfried Dais told the Frankfurter Allgemeine Zeitung yesterday that the company will need to “reorient” itself technically as it wanted to be among those making a profit from the industry.
“If you invest too early, you run the risk of possibly settling for a less advantageous technology path,” the German national daily quoted him as saying in an advance interview excerpt. Construction of the plant in Batu Kawan, Penang, which has a capacity of 640MW per year, was scheduled to begin at the end of last year, with production to start in 2013. Bosch’s decision to hold off on the fully-integrated manufacturing plant, which would have served its ASEAN operations, comes after the firm missed profitability targets last year as special charges ate into earnings
Ahhhh ... Rupanya Robert Bosch GmbH nampak jika diteruskan projek sasaran untung tidak akan dicapai dalam jangka masa yang pendek dan terpaksa bersaing dengan pengeluar panel solar dari China.
Projek ini diberhentikan buat sementara waktu sehingga satu 'feasibility studies' dilakukan bagi mendapatkan unjuran keuntungan yang diperlukan oleh syarikat tersebut.
Lim Guan Eng panik ... Tahun lalu beliau berdegar-degar mengumumkan pelaburan sebanyak RM 2.2 bilion dari syarikat ini bakal memberi pekerjaan kepada 2,000 ruang pekerjaan.
Peluang pelaburan semakin terjejas akibat pemberhentian sementara projek ini oleh Robert Bosch GmbH. Sakit kepala jika ada kutu-kutu berahak dari BN mula menyindir hilangnya pelaburan RM 2.2 bilion dari Jerman.
Bagaimana mahu mencari projek baru dalam masa yang singkat? Satu cara paling mudah ... serang projek Lynas!
Modus operandi dilakukan dengan mengadakan bantahan dan demonstrasi melalui Himpunan Hijau dengan menakutkan rakyat bahawa kilang Lynas di Gebeng adalah loji nuklear dengan bahan kesan radioaktif berbahaya.
Bagaimana jika sekiranya pembinaan kilang pemerosesan Nadir Bumi ini dihentikan serta merta di Pahang? Sudah tentu ini akan memalukan kerajaan negeri Pahang yang terlepas peluang pelaburan jangka masa panjang.
Bagaimana pula jika DAP mampu 'kaotim' dengan Lynas untuk membawa projek pemerosesan Nadir Bumi ini ke Pulau Pinang? Sudah tentu projek ini pula akan 'dirembat' oleh Lim Guan Eng dalam sekelip mata.
Jika BN pula membantah dan menuduh dimana Lim Guan Eng dan kerajaan negeri DAP mahu membuang sisa toksik dan radioaktif Nadir Bumi, dengan mudah Lim Guan Eng mampu menjawab ...
"Kami sudah ada 32 hektar kawasan di Batu Kawan untuk dijadikan kawasan sisa pembuangan bahan radioaktif, setelah projek solar panel Robert Bosch GmbH dibatalkan".
"Kerajaan negeri Pahang tidak mampu menyediakan prasaran pembuangan sisa radioaktif ini, tetapi kami sudah ada prasarana tersebut ... lebih baik kilang ini didirikan di Pulau Pinang!"
Tidak mustahil perkara ini bakal berlaku ...
2 comments:
info yang menarik bro, minta kebenaran untuk kongsi..
AMBIK SAJA BRO ... FOC! HAHAHA ...
Post a Comment