Papagomo dan Parpukari merupakan nama samaran dua orang blogger Umno yang terkenal. Ada juga ramai blogger lain yang tidak mendedahkan identiti mereka.
Penulis majalah Aliran pun begitu, yakni menggunakan bermacam-macam jenis nama samaran (lihat senarai di bawah).
Majalah bulanan dan portal Aliran ialah lidah rasmi sebuah NGO “memperjuangkan keadilan sosial” yang bertapak di Pulau Pinang.
Aliran ini sarat dengan (klik) sanctimony (yakni meletakkan diri sebagai celik dan (klik) berakhlak tinggi serta (klik) mengatasi orang lain dari segi kebaikan dan berkelakuan tertib).
Screenshot di bawah menunjukkan (klik) sebuah lidah pengarang oleh presiden Aliran yang menyelar para blogger pro-Umno anon sebagai “filthy and smelly” dan menuduh blogger-blogger tersebut mempraktikkan politik longkang serta menggelar mereka sebagai “scum of our society” (sampah masyarakat).
Aliran menganggap tingkahlaku golongan “faceless pro-Umno bloggers” (bersangkut tuduhan terhadap anak lelaki remaja Lim Guan Eng) sebagai perangai yang cukup menjijikkan.
Namun Aliran sendiri mempromosikan penulis-penulis – kita bercakap tentang regular contributor dan bukannya orang awam yang menulis Surat kepada Pengarang) – yang sendiri juga “faceless” (tidak berwajah).
Contohnya:
‘Rakyat Jelata‘ (nama samaran penulis) — (klik) What is not political? (3 March 2012) & (klik) BN following the dinosaurs (24 Nov 2011)
‘Ms Batik‘ — (klik) Stop thuggery: Vote for change (2 March 2012)
‘Justinian‘ (nama maharaja Rom kuno) – (klik) The greater the crime, the greater the sentence should be (27 Feb 2012)
‘Juliet‘ (nama makwe Romeo) — (klik) Celebrating Love – St Valentine’s Day (25 Feb 2012)
‘Tota‘ — (klik) Open letter to Chua Soi Lek (17 Feb 2012), (klik) ‘All of You (30 Jan 2012), (klik) You can’t be serious, Tsu Koon! (2 Sept 2011) & (klik) Strange things happen in Bolehland (5 Okt 2011)
‘Frank‘ — (klik) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit (3 Dis 2011)
‘Angry Parents‘ — Ministry of Education – or Miseducation? (9 Nov 2011)
‘No Culture’ – (klik) What a multi-cultural, multi-religious society means to me (26 Okt 2011)
‘Cuci-Cuci Malaysia‘ — (klik) Who’s scaring the ‘rakyat’? (18 Ogos 2011)
‘Our special correspondent‘ — (klik) Bersih rally, English riots: A crucial difference (12 Ogos 2011)
‘The Discontented‘ — (klik) Eligibility for Permanent Residency in Malaysia (9 Ogos 2011)
Sebenarnya saya rasa ia tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu menggunakan nama samaran sekadar untuk mengambil bahagian dalam perbincangan online.
Kalau seseorang itu berupa penuip wisel (whisteblower) ataupun Deep Throat (sumber membocorkan maklumat sulit), memang patut identitinya menjadi rahsia dan dilindungi.
Ataupun nak memblog/mengomen sekadar suka-suka dengan nama samaran, okay juga.
Mesej yang hendak disalurkan seharusnya boleh dinilai berdasarkan sama ada isi kandungan dan hujah-hujah yang dikeluarkan adalah bernas dan jitu.
Tidak perlunya dititikberatkan terlalu banyak sangat siapa si pengarang (menyampai utusan) kecuali jika dikehendaki pengenalan diri itu untuk mengesahkan kredibiliti. Bergantung kepada keadaan.
Meskipun demikian, Aliran ada kelainan sedikit kerana ia sebuah NGO yang mahu berpijak di moral high ground (sama erti dengan sanctimonious tadi) dan berkhutbah kepada orangramai.
Aliran menghentam dengan sekeras-kerasnya blogger Umno anon tetapi ia pula menghalalkan penulis yang menyumbang rencana (contributor) memakai nama samaran seperti ‘Cuci-cuci Malaysia’.
Kalau berani buat, iaitu galak mencemuh dan mencabar institusi kerajaan dan parti pemerintah, maka harus berani tanggung.
Aliran bukan kandang blogger hit-and-run tetapi menggambarkan dirinya sebagai sebuah institusi bermoral dan berwibawa. Lantaran tidak elok bagi organisasi tersebut mengamalkan sikap periuk mengata cerek hitam.
sumber : klik Power Blogger Helen Ang
0 comments:
Post a Comment