Wednesday, March 7, 2012





SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembahagian kontrak kutipan sampah di Selangor.

Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Cassa Datuk Dr Jacob George di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini.

Beliau berkata, Cassa juga akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan kerana pihaknya menerima lebih 30 aduan daripada orang ramai dan kontraktor yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak berkenaan.

Jacob mendakwa pembahagian zon kutipan antara kontraktor yang dipilih juga menimbulkan keraguan kerana terdapat sesetengah kontraktor diberikan tiga zon kutipan sampah sedangkan ia tidak berlaku sebelum ini.

"Pelik apabila satu kontraktor mendapat tiga zon kutipan sedangkan setiap kontraktor sepatutnya mendapat satu atau dua zon saja untuk kerja-kerja kutipan sampah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata jika kerajaan negeri masih berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan, Cassa juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat prosedur pembahagian tender berkenaan.

Beliau berkata, Cassa juga akan mengadakan ceramah di seluruh daerah di Selangor untuk mendedahkan kepada rakyat tentang salah guna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri jika tiada tindakan yang dibuat bagi menangani
isu ini.

Jurucakap polis IPD Shah Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.




5 comments:

Anonymous said...

jangan lupa siasat Hajiman... masa bertugas di UNISEL. Boleh dapat banyak infi lagi tut.

Anonymous said...

lerr report ajee sprm....cepat praya 13,,,dah dekat...

Anonymous said...

report juga sprm..kes zin badak.sepang .umno ..pgurap wang haram..berkaitan pkerja bangladesh..?????

Charles Chandler said...

jangan lupa siasat Hajiman... masa bertugas di UNISEL. Boleh dapat banyak infi lagi tut.

Anonymous said...

siasat jugak zin badak duit praya13,,,,yg pm najid bagi byk x turun kebawah..di selangor.?