KUALA LUMPUR, 14 Mac — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman RM20 juta masing-masing kepada kerajaan negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadapnya.
Saman tersebut dikeluarkan berhubung artikel akhbar Selangor Kini bertarikh 25 November hingga 2 Disember itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' yang disifatkan beliau sebagai fitnah dan menjatuhkan kredibilitinya sebagai Adun.
Dalam artikel tersebut turut disertakan kenyataan Ng terhadapnya.
Noh dalam sidang media di lobi parlimen berkata saman telah difailkan pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran kes berkenaan akan diputuskan 22 Mac ini.
"Mereka cuba melihatkan saya sebagai seorang perasuah. Kerajaan PKR Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka cuba membuat tindakan sedemikian," katanya.
Menurut Noh, tindakan diambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai Adun, menteri dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor.
Ahli Parlimen Tanjung Karang ini diwakili oleh syarikat guaman, Messrs Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak
Dalam pada itu, turut dinamakan enam individu lain dalam saman itu termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin dan sidang pengarang akhbar Selangor Kini.
1 comments:
salam 1Malaysia
sila layari blog ocean13 di http://ocean-13.blogspot.com/..
terima kasih
Post a Comment