SHAH ALAM 20 Mac - Kerajaan Negeri Selangor menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda Shuhaimi Shafiei enggan melampirkan sebarang bukti berkenaan tuduhan berlakunya penjualan tanah secara haram oleh ADUN Barisan Nasional.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim mendakwa, Shuhaimi hanya melemparkan tuduhan sedemikian bagi menutup permasalahan korupsi yang berlaku ke atas beliau melibatkan soal Penjualan Pasir di Negeri tersebut.
"Shuhaimi menuduh kononnya ada dari kalangan ADUN BN telah melakukan penyelewengan penjualan tanah rakyat walhal tidak berani mengeluarkan bukti terhadap pertuduhannya itu," jelas beliau pada Sidang Media di Dewan Persidangan DUN Selangor hari ini.
Isa juga mempersoalkan sikap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang bukan sahaja tidak pernah memanggil setiap ADUN BN yang berhadapan dengan tuduhan Kerajaan Negeri, malah tidak serius dalam menangani isu yang sedang berlaku membabitkan penyelewengan Pasir melibatkan ADUN Pakatan.
"Bagi saya tidak adil. Kenapa tidak berani panggil kami. Kena panggil saksi. Speaker kena lebih tegas. Jangan tuduh tanpa bukti," tegasnya.
Sidang DUN Selangor yang bermua hari ini bakal berhadapan dengan isu-isu berbangkit yang di antaranya merupakan isu Penyelewengan Penjualan Pasir dan Tanah Rizab Melayu sepertimana yang dibangkitkan Sultan Selangor pada Ucapan Perasmian semalam.
Berita penuh ... klik, SHUHAIMI SHAFEI PEMBOHONG BESAR
4 comments:
Suhaimi ni mmg penipu. Masa daftar jadi calon dulu tu pun dia dah menipu.
PKR nak jual Kg Baru??
cuba tanya2 kat raja tanpa rakyat...
Memang korang ni dan adun batang kali ni mangkok hayun.. Bukankah adun suhaimi tu dah dedah. Aku baca 3 kawasan dia dedahkan. Satim Demam tentu ketaq lutut sebab dia terlibat jual tanah rezab melayu pada bukan melayu di scince park 2, Tanah umno puchong dan tanah di kota raja yg di beri pada umno. Mapus la umno ni. Salah guna kuasa! Blog korang ni buta mata, buta hati, buta kayu
apa lu mamat bodo... kan adun tu dah bagi pendedahan dan khir toyo pun mengaku bagi tanah.. bahalul betul la ko dan tukang komen tak bacan fakta ni. baik lu balik kg tanum jagung la bro..bodo piang
Post a Comment