Thursday, March 1, 2012


Apa sebenarnya motif The Star menyiarkan poster Erykah Badu dengan bertatoo kalimah suci sebagai bahan promosi untuk konsert yang dianjurkan oleh Pineapple Concerts.

Walau apa pun, GWM tetap meletakkan kesalahan kepada pihak penganjur, sekalipun Pineapple Concerts mengatakan gambar tersebut bukanlah sebenar yang sepatutnya dipaparkan oleh The Star.


Bahkan ini bukan pertama kali perbuatan yang menyinggung sensitiviti umat Islam di Malaysia dilakukan oleh media ini. Sudah cukup umat Islam dimalukan dengan buffet Ramadhan dengan promosi daging babi seolah-olah dihalalkan untuk dijamu.

GWM yakin langkah dan tindakan yang diambil oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan cukup tepat walaupun agak terlewat. Kepentingan untuk menghormati agama, bangsa dan budaya sosial yang wujud di Malaysia perlu diutamakan.



Adakah cukup hanya dengan permohonan maaf dan penggantungan Pengarang Kanan Rencana, Lim Cheng Hoe dan Timbalan Pengarang Rencana, Daryl Goh oleh The Star Publications (Malaysia) Berhad?

Apa jaminan yang mampu diberikan oleh The Star, bahawa sebarang penyiaran selepas kejadian ini tidak akan sama sekali menyinggung sensitiviti umat Islam.

GWM menghargai tindakan The Star yang melantik dua orang Pengarang Bersekutu untuk melakukan pemantauan bagi memastikan kesilapan yang sama tidak akan berlaku.

Namun harus diingat, perlantikan untuk kerja-kerja pemantauan hanya dilakukan oleh Pengarang Bersekutu, bukannya Ketua Editor The Star. Pengarang Bersekutu hanya mempunyai kuasa untuk memberi nasihat kepada kumpulan Editor.

Kuasa sebenar untuk menerbitkan sebarang artikel, rencana atau 'advertorial' terletak ditangan Ketua Editor. Bagaimana jika selepas ini perkara yang lebih dahsyat dan mengguris kemarahan umat Islam sedkali lagi berlaku.

Cukup dengan sekadar satu lagi permohonan maaf dan penggantungan tugas oleh The Star Publications?

Atau perlu 'pemilik sebenar' media The Star ini melakukan satu AkuJanji dan Persetujuan dengan Kementerian Dalam Negeri bersama dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, bahawa permit media ini akan digantung atau ditarik jika berterusan melakukan kesilapan yang sama.

Rasanya ini lebih adil untuk menjaga sensitiviti umat Islam dan tanggungjawab untuk menjaga keharmonian agama, bangsa dan sosial ...



01 Mar 2012

1 comments:

Anonymous said...

kalau the star tak keluarkan gambar tatoo tu, adakah konsert tersebut diteruskan.????