Tuesday, March 6, 2012


Rakan blogger KITAGEMPUR mendedahkan senarai lengkap tender runding terus yang dilakukan oleh kerajan negeri Selangor PKR pada tahun 2008, sekaligus mendedahkan pembohongan Khalid Ibrahim untuk menghapuskan pemberian tender secara terus kepada mana-mana pihak.

klik KITAGEMPUR untuk artikel penuh.















Sudah dua kali Khalid Ibrahim berbohong mahu menghapuskan pemberian tender secara terus kepada mana-mana pihak kontraktor.





Bukti di atas secara jelas menunjukkan kerajaan Selangor pimpinan PKR memberikan tender secara terus bukan berdasarkan kepada kemampuan, keupayaan dan pengalaman pihak kontraktor terbabit.

Perlu diingat, senarai lengkap di atas dikeluarkan pada April 2008, setelah Pakatan Rakyat menguasai pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

GWM difahamkan rundingan diantara pihak kontraktor dan PKR, setiap projek yang diberikan ada peratusan tertentu yang disalurkan terus ke dana dan tabung parti tersebut.



Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang sering mengaitkan Barisan Nasional dengan kronisme dan nepotisme. Kini senarai lengkap yang dikeluarkan cukup jelas menunjukkan sikap hipokrit sebenar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pembangkang tidak boleh lagi menafikan sepenuhnya amalan kronisme dan nepotisme sepanjang menguasai pentadbiran negeri Selangor selama hampir 4 tahun.

Pembangkang sering memfitnah Barisan Nasional tanpa sebarang bukti yang sahih. Bukti adalah lebih penting dari sebarang penafian yang dilakukan. Pembangkang tidak pernah memberi sebarang bukti lengkap terhadap sebarang dakwaan yang dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional.



Buktikan jika senarai lengkap dokumen di atas adalah fitnah dan tohmahan yang sengaja diada-adakan ...



2 comments:

Anonymous said...

Faekah...so how? Betul ke ni?

Unknown said...

YUP, DOKUMEN BETUL ... ANON 10.26PM!