Sunday, March 4, 2012


Rakan-rakan GWM yang berada di Kedah memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat sudah mengarahkan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak untuk 'bercuti sementara' bagi membolehkan kemelut PAS Kedah ditutup dengan seberapa segera.

Ini berita tidak rasmi yang diterima dari sumber dalaman PAS Kedah memandangkan 'misi damai' masih lagi terbantut, walaupun Salahudin 'Din Poyo' Ayub mengisytiharkan kemelut dalaman sudah selesai.

Tuan Haji Anwar Ibrahim sudah pun mengarahkan Saifuddin Nasution untuk mengatur mesyuarat bersama Phahrolrazi Zawawi dan beberapa orang lain di dalam PAS Kedah secara tertutup beberapa hari yang lalu, untuk turut campurtangan membantu menyelesaikan masalah dalam PAS Kedah yang semakin meruncing.

Siapa pula yang bakal menggantikan Azizan Abdul Razak untuk sementara waktu sehingga krisis ini selesai?




Dikhabarkan Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dicalonkan sebagai 'Menteri Besar Kedah sementara' untuk meredakan ketegangan yang ditimbulkan oleh parasit-parasit Tuan Haji Anwar Ibrahim.

GWM mampu mengagak pemilihan Mohamed Taulan sebagai satu usaha menutup kesialan dan kerakusan parasit-parasit Tuan Haji Anwar Ibrahim dari terus hangat diperkatakan, setelah Azizan Abdul Razak dikuburkan sementara waktu.

Pemilihan Mohamed Taulan boleh disifatkan sebagai tepat kerana beliau turut menyokong Azizan Abdul Razak menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ke atas mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Perlu ada 'damage control' dan 'skrip mahal' bahawa pemilihan Mohamed Taulan menunjukkan golongan pro ulama masih mempunyai suara dalam PAS, walaupun parasit sebenarnya yang akan dilantik selepas ini sebagai Menteri Besar Kedah.

Mohamed Taulan akan kembali bertugas sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Mahfuz Omar sudah boleh tersenyum dengan percaturan beliau meletakkan Phahrolrazi Zawawi sebagai 'lalat pengacau' dalam PAS Kedah.

Phahrolrazi Zawawi pun sebelum ini juga pernah memberi amaran dan mengugut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Ir. Amiruddin Hamzah untuk tidak menerima perlantikan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah atau bakal berhadapan dengan tindakan selanjutnya.

Mahfuz Omar sudah tentu merupakan manusia yang paling gembira kerana proksinya, Phahrolrazi Zawawi pasti akan mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baru ... permanently.

Semakin ramai golongan pro ulama sudah terpinggir dan dikuburkan tanpa nesan dalam PAS.

Nasib la lu orang ...  



4 comments:

Neilkie69 said...

Itulah hukuman jika memainkan Agama sebagai alat untuk mencapai impian kuasa...

Anonymous said...

AGAKNYA APA YANG DISMSKAN OLEH ANWAR KEPADA TIGA JAHANAM DALAM PAS,MAHFUZ,MAT SABU DAN SALAHUDIN MALAM TADI MASA BINCANG ISU PAS KEDAH...ASYIK-ASYIK TENGOK PHONE JE....ADA ARAHAN DARI ANWAR KE....

Anonymous said...

dia boleh mintak kerja ngna UMNO kot. Kak Jat tu ada banyak kerja kosong ia

Anonymous said...

inilah akibatnya kalau PAS PIS PUS gila kuasa. Tak ingat azab Allah Taala kerana lalai dlm tanggungjawab menjadi pemimpin.