Saturday, March 17, 2012





Apa yang berlaku kepada RPK adalah bukti paling nyata GAG ORDER adalah senjata utama Anwar Ibrahim dan pembangkang mahu menutup segala kelemahan dan kepincangan dari terus menjadi pokok perbualan utama.

Anwar Ibrahim cukup tidak berani berhadapan dengan RPK lalu menghubungi Wikileaks dan meminta supaya Raja Petra dikeluarkan dari forum yang akan dilakukan secara live ini, bersama-sama dengan pengasas Wikileaks Julian Assange.

What a chicken shit ...

Pelik ... Anwar Ibrahim yang terlalu mengagungkan pembabitan kuasa luar seperti KAF dan NDI kononnya atas nama demokrasi masih menggunakan pelekat untuk gam mulut-mulut mereka yang mengkritik dasar dan pendirian beliau dan pembangkang.



Berapa nilai demokrasi pada sisi pembangkang sebenarnya? Atau maksud dan definisi demokrasi pada kaca mata pembangkang adalah AUTOKRATIK.

Terlalu banyak contoh mengapa GAG ORDER sudah menjadi salah satu stail 'Demokrasi Ala Pembangkang' ...




Pemecatan Hasan Ali dari Parti Adat & Sosialis akibat kelantangan beliau menegur agenda pluralisme dan seksualiti bebas Anwar Ibrahim. Contoh terbaik GAG ORDER dimana ahli PAS diarahkan untuk tutup mulut serapat mungkin dari berbicara mengenai isu ini.



Arahan dan ugutan tutup mulut terhadap Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw menyerlahkan sifat autokratik dan kuku besi dalam PAS.

Dan paling menarik, kenyataan rasmi Hu Pang Chaw langsung tidak disiarkan dalam portal Harakahdaily. Hampir kesemua media melaporkan ketidakpuasan hati beliau dengan arahan autokratik PAS.



Begitu juga dengan isu DUMC dengan Khalid Ibrahim campurtangan mengarahkan Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) untuk tutup mulut dan membisu dari menjawab sebarang soalan wartawan dan rakyat mengenai status bangunan DUMC yang mana dijadikan gereja.

Sehinggalah isu ini meletup diperingkat nasional, barulah MBPJ memaklumkan pihaknya hanya memberi kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja.



Sebenarnya masih banyak lagi yang boleh dipaparkan mengenai arahan tutup mulut (GAG ORDER) yang sudah menjadi amalan rasmi demokrasi ala pembangkang.

Definisi 'demokras'i menurut pembangkang adalah membunuh 'musuh' yang berada dalam satu kapal. 'Demokrasi' yang merentap ahli dan penyokong dari mengutarakan sebarang pendapat dan pandangan dalam media dari didengari rakyat. 'Demokrasi' yang melarang surat khabar dan media rasmi lidah Melayu dari menjadi bahan bacaan utama para penyokong.

Demokrasi sudah lama mati dalam pembangkang, bayangkan apa yang bakal berlaku jika puak-puak ini berkuasa kelak.

Habis semua dikenakan GAG ORDER ...



2 comments:

Anonymous said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Nam Ron said...

Siapa dia Raja Petra???..apa jawatan dia dlm Kerajaan!!.....Anwar ketua PR layak berdebat dengan ketua BN bukan anjing kurap mcm RPK!!!