Barangkali Anwar Ibrahim semakin panas hati apabila Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon memuji langkah kerajaan melakukan beberapa proses transformasi termasuk menerapkan penyatuan dan perpaduan bangsa menerusi gagasan 1Malaysia.
Anwar Ibrahim cukup tidak gemar apabila Malaysia sepatutnya dijadikan contoh kepada dunia terutama dalam usaha kerajaan mengetengahkan Gagasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diyakini mampu mengekang kegiatan keganasan.
Jika boleh, Anwar Ibrahim mahu usaha menambah baik perjalanan pilihan raya menerusi pembentukan PSC serta pemansuhan ISA diperlekehkan sebagai langkah retorik kerajaan semata-mata.
Malangnya, Ban Ki-moon terlebih dahulu nampak usaha keras kerajaan dibawah pimpinan Najib melakukan transformasi dari Anwar Ibrahim yang lebih banyak retorik.
Inisiatif kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukan sesuatu yang retorik.
Retorik adalah sekadar ucapan di mulut ... macam Tuan Haji Anwar. "Esok kita ambil alih Putrajaya, Harga Minyak Akan Turun"!
Beban kos hidup rakyat yang berdepan dengan tekanan ekonomi diringankan melalui perbelanjaan kerajaan sebanyak RM36.7 bilion melalui pelbagai bentuk sumbangan termasuk secara tunai, subsidi makanan dan petrol menerusi tujuh NKRA sepanjang 2010 hingga Julai tahun lalu.
Begitu juga dengan Bajet 2012 yang telah dibentangkan di Parlimen lalu. Hampir 50 peratus janji kerajaan telah ditunaikan dalam tempoh masa kurang dari 6 bulan.
Rasanya tidak perlu melihat janji retorik PRU 12 Selangor dibuat sebagai perbandingan. Hanya 30 peratus sahaja yang mampu ditunaikan sepanjang 4 tahun mentadbir Selangor.
Berapa banyak lagi janji-janji baru yang akan ditabur kepada rakyat Selangor walhal baki 70 peratus janji retorik PRU 12 masih belum ditunaikan.
Rakyat perlu bijak melihat mengapa Anwar Ibrahim sudah acap kali menekan 'panic button' dalam tempoh beberapa bulan ini ...
Dan Anwar Ibrahim sendiri terpaksa menggunakan portal dan media alternatif untuk membangkitkan 'politik kebencian' terhadap Najib melalui serangan peribadi.
0 comments:
Post a Comment