Wednesday, March 7, 2012


Sebelum melangkau lebih jauh, Bahagian Audit Dalaman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pernah mengeluarkan laporan audit ke atas Yayasan Selangor pada 18 Mac 2011.

Terlalu banyak penyelewengan dana yang dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor terutamanya di bawah pengawasan Ilham Marzuki.

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan Jamuan DiRaja sempena Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor.



Diantara kandungan laporan audit yang dikeluarkan adalah:

1) Tiada peruntukan khas disediakan dari Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor.

2) Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.

3) Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00.

4) Tender berjumlah RM387,232.00 (38.8 peratus dari RM996,472.00) kos Majlis Makan Malam Perdana diberikan kepada Drift Z Enterprise sebagai pengurus acara di Hotel Concorde. Pembayaran sebanyak RM270,750.00 (95%) telah dilakukan sebelum majlis berlangsung, yang hanya dihadiri kurang dari 1,000 orang jemputan.

5) Yayasan Selangor gagal mendapatkan kembali wang pendahuluan 95% yang diberikan kepada Drift Z Enterprise. Tuanku Sultan Selangor enggan hadir ke majlis tersebut setelah mengetahui pembaziran yang dilakukan oleh Yayasan Selangor.

6) Tiada rekod dan bukti pembelian cenderamata bernilai RM52,900 oleh TL Tinala Enterprise, yang dilantik oleh Yayasan Selangor pagi pengurusan pembelian cenderamata.




Setelah hampir 4 bulan, barulah Yayasan Selangor mengakui pembaziran yang dilakukan (sebenarnya penyalahgunaan dana dan kuasa) hasil dari keputusan secara ad-hoc melantik Drift Z Enterprise sebagai pengurus acara.

Apa yang menarik perhatian adalah Ilham Marzuki cuba melibatkan pihak Istana di atas skandal pembaziran yang dilakukan. Pihak Istana cuba dikaitkan kononnya perbicangan telah dilakukan.

Ilham memberitahu beliau tidak dimaklumkan perkara sebenar apabila hendak menganjurkan majlis membabitkan istana sedangkan khidmat itu boleh didapati melalui Bahagian Protokol di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Satu jawapan yang amat bodoh dan dangkal diberikan oleh Ilham Marzuki bahawa beliau berkata tidak tahu menahu berkaitan dengan protokol Istana.

Sudah berapa banyak majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Selangor untuk baginda Tuanku sebelum ini.

Masakan pihak pengurusan lain yang telah lama berkhidmat dalam Yayasan Selangor tidak memberi nasihat dan pandangan kepada Ilham Marzuki mengenai protokol yang melibatkan Istana?



Apakah SELCAT tidak akan menggunapakai laporan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Audit Dalaman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkenaan Jamuan DiRaja sempena Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor.

Atau sekali lagi SELCAT akan bermain silap mata dan menangguhkan keputusan berhubung dengan kes penyalahgunaan kuasa dan wang oleh Ilham Marzuki dan Yayasan Selangor ...

Sudah berapa lama kes berkaitan penyelewengan rasuah pasir di Selangor ditangguhkan sehinggalah RPK dan blogger-blogger pro kerajaan kembali mencetuskan kes salahguna kuasa melibatkan kerajaan PKR Selangor.

Baru kini SELCAT terhegeh-hegeh mahu membuka kembali setiap kes yang telah lama tertunggak?

Atau SELCAT barangkali lupa atau buat-buat lupa media pernah melaporkan laporan audit mengesahkan bahawa memang tidak ada ketelusan sambutan dalam perbelanjaan Majlis Sambutan DiRaja Yayasan Selangor ke-40?
 



Persoalan menarik...

Mengapa Ilham Marzuki tidak dipecat sedangkan beliau sebagai peneraju Yayasan Selangor sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawab sepenuhnya skandal ini?




2 comments:

zethro said...

Biasela bro. Ilham Marzuki tu kan kroni/proxy dorang. Buatla salah camne pon, yg kene tendang confirm org lain. Ilham Marzuki ni sejak pegang Yayasan Selangor, ape bende je yg dia dah buat selain seleweng itu ini. Tp Kerajaan Pakatan Haram ni yg kononnya "telus", "transparent", "pro-rakyat" sikit pun tak ambil tindakan terhadap dia. Last2 sekali mesti ade org lain yg akan di"kambinghitam"kan.

Rakyat Selangor, PLEASE WAKE UP!!!

Husin Lempoyang said...

ini decoy