Tuesday, March 13, 2012






Barisan Nasional Negeri Selangor hari ini memberikan dan menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya, Ampang sebagai permulaan bagi meringankan beban mangsa banjir di kawasan ini.

Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, hari ini kita menyediakan 2000 nasi bungkus kerana difahamkan rumah-rumah di sekitar Kg Lembah Jaya, Ampang ini masih tidak boleh masak sendiri memandangkan dapurnya hanyut, rosak, makanan pun tidak ada, maka bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka.

“Malam ini Tekun Nasional memberikan sumbangan sebanyak RM5000 untuk kita mengadakan gotong-royong menyediakan makanan kepada penduduk dan mangsa banjir di sini.

BN cuba memberikan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang masih lagi belum dapat mulakan kehidupan seperti biasa, masak di rumah masing-masing,” ujarnya ujarnya kepada pemberita selepas memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya, Ampang.


Dalam masa yang sama, BN Selangor juga menerima bantuan bahan-bahan mentah seperti beras, memandangkan mangsa banjir kini tidak ada dapur untuk memasak, BN Selangor juga memberikan sumbangan sebanyak 331 tong gas dan juga dapur dengan harapan dapat meringankan beban mangsa.

“Kita juga akan memberikan bantuan pakaian kepada anak-anak yang bersekolah, saya difahamkan bahawa pakaian dan uniform sekolah anak-anak ini telah pun rosak. Jadi untuk memastikan semua mangsa ini akan dapat bantuan yang disediakan BN Selangor, saya minta pimpinan BN di Ampang dan di Hulu Langat hendaklah membuat kajian secara terperinci

Kajian secara terperinci ini penting supaya tidak ada mana-mana mangsa yang tertinggal. Dalam memberikan bantuan ini, kita tidak ‘memilih bulu’, kita mengamalkan konsep 1Malaysia, maka kita akan bagi kepada semua yang benar-benar memerlukan tanpa mengira fahaman politik,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor


Tambahnya, mangsa banjir di Ampang dianggarkan dalam 331 buah keluarga manakala di Hulu Langat melibatkan 3000 lebih keluarga yang menjadi mangsa kejadian banjir pada 7 Mac lalu.

“Sehubungan dengan itu, BN Selangor meminta semua pimpinan BN di semua peringkat turun ke akar umbi membuat kajian supaya mereka yang benar-benar yang terlibat yang akan mendapat bantuan dan kita harap tidak ada mana-mana pihak yang akan mengambil kesempatan di atas bantuan kecemasan yang akan kita salurkan ini.

Saya yakin dengan kerjasama semua pimpinan BN, insya-Allah kita akan dapat bancian yang terperinci dan akan cuba untuk memberikan kepada semua orang yang terlibat,” ujarnya

Sehubungan dengan itu, BN akan terus membuka bilik gerakan banjir di Ampang dan Hulu Langat, bagi meneruskan penyampaian bantuan kepada mana-mana mangsa banjir di dua kawasan ini.



sumber utama : rakan blogger SAHABAT GUNUNG


2 comments:

Anonymous said...

fitnah fitnah ini semua ada lah kerana hasil desakan pembangkang sebab tu dorang derma barang tu

hahahahhaa

pakatan rakyat makan pasir...bila banjir pakatan dont care...to busy kaunsil bini orang 230 pagi..

kuikui

Anonymous said...

jangan harap lar mak Lampir menang dalam PRU nanti... rakyat tak lupa dengan pertolongan yang diberi BN... satu rakyat yang ditolong bererti satu lagi undi yang memihak kepadanya... Bye Bye Pakatan Rakyat...