Khalid Ibrahim ... Mana dia senarai kontrak Kerajaan Selangor bermula tahun 2006-2010 yang mahu dipamerkan?
Sejak semalam berlangsungnya sidang DUN 2012, Khalid Ibrahim masih lagi belum membentangkan dokumen senarai pemberian kontrak tanpa tender seperti yang dijanjikan beliau pada 19 Mac 2012.
Khalid Ibrahim kata rakyat boleh meneliti dokumen-dokumen tersebut untuk dilakukan perbandingan jumlah sebenar kontrak yang diluluskan tanpa melalui proses tender antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional ... 2006 hingga 2010.
Soalnya bila Khalid Ibrahim ... satu hari sudah berlalu.
Barangkali Khalid Ibrahim terkejut dengan jumlah sebenar kontrak yang diluluskan tanpa melalui proses tender oleh Pakatan Rakyat.
Atau barangkali Khalid Ibrahim resah gelisah kerana tidak menemui sebarang jumlah sebenar kontrak yang diluluskan tanpa melalui proses tender oleh Barisan Nasional?
GWM dan rakan-rakan blogger pro kerajaan sudah pun mendedahkan senarai data, angka dan penerima projek secara Direct Nego dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Lebih kurang RM 250 juta jumlah sebenar kontrak yang diluluskan tanpa melalui proses tender oleh Pakatan Rakyat.
Termasuk laporan polis yang dilakukan oleh MCA Selangor jumlah sebenar kontrak yang diluluskan tanpa melalui proses tender pada tahun 2010 berjumlah RM 143 juta.
Selangor MCA Public Complaints Bureau Chairman Theng Book said that 44 contracts given out in 2010 amounting to RM143 million were not given through open tenders.
Khalid Ibrahim perlu mengotakan janjinya untuk mendedahkan dokumen-dokumen perbandingan jumlah sebenar kontrak yang diluluskan tanpa melalui proses tender antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dari 2006 hingga 2010.
Rakyat Selangor pasti mahu melihat kerajaan manakah yang mengamalkan dasar kronisme dan nepotisme sebenar.
Jangan main silap mata Khalid Ibrahim ...
2 comments:
Pakatan Rakyat kantoi lagi. Orang pertikai bukan tender Direct Nego BN tapi Manifesto pilihanraya PR yang kata takkan ada Open tender. Sekarang dia buat juga. Lepas terbongkar pusing kata BN pun dulu buat lebih banyak.
Biul punya MB
Pakatan Rakyat kantoi lagi. Orang pertikai bukan tender Direct Nego BN tapi Manifesto pilihanraya PR yang kata takkan ada Open tender. Sekarang dia buat juga. Lepas terbongkar pusing kata BN pun dulu buat lebih banyak.
Biul punya MB
Post a Comment