GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/08/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Wajib Sokong DAP, HARAM SOKONG UMNO Sehingga Kiamat - Hadi Awang

| Wednesday, August 8, 2012
DAP ulangi syarat kerjasama dengan PAS, Gugur niat bentuk negara Islam - Karpal Singh. Pening Hadi Awang dan Nik Aziz dengan sikap konsisten Karpal Singh sejak dari 7 Mei 1990.

Berbolak balik, tidak konsisten dan 'mentality block' adalah ungkapan terbaik bagi pemimpim-pemimpin 'yang sakit' di dalam PAS sebenarnya.

PAS semakin hari semakin tidak relevan untuk umat Islam.

Apa yang diperkatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Muhammad Daud sudah cukup menunjukkan tiga ciri utama di atas.

Berbolak balik, tidak konsisten dan 'mentality block' ...

PAS Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun dibolehkan untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui UMNO.

Hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.

Kita sedia maklum UMNO dan BN menolak perjuangan Islam dan hukum hudud.

Kalau tidak undi DAP kita tidak boleh menang jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN - Utusan Malaysia, 8 Ogos 2012



Sebelum GWM melangkau lebih jauh, mungkin ada baiknya Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan ini merenung kembali apa yang telah ditutur dan terkeluar dari mulutnya pada bulan Disember 2008.



Manusia memang dilahirkan dengan sifat pelupa. Ini adalah contoh apa yang dikatakan sebagai 'manusia-manusia sakit' dalam PAS ...Berbolak balik, tidak konsisten dan 'mentality block'.

GWM tidak pasti sama Datuk Muhammad Daud akan menyanggah apa yang telah beliau perkatakan pada 4 tahun yang lalu.

Atau sememangnya itu adalah habitat semulajadi 'manusia-manusia sakit' dalam PAS? Maka tidak hairanlah jika beliau mampu mengeluarkan pendapat 'manusia-manusia sakit' ini pada bulan Ogos 2012.

Hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu - Utusan Malaysia, 8 Ogos 2012.

Mampukah Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan ini menyanggah, mengutuk, mengecam malah meletakkan pemimpin-pemimpan tertinggi PAS dibawah ini sebagai golongan sekular sekaligus sebagai golongan yang menolak menolak perjuangan Islam dan hukum hudud?







Ini adalah kenyataan rasmi yang terkeluar dan tersembul dari mulut Presiden dan Mursidul Am PAS.

Sanggupkah Datuk Muhammad Daud menempelak dan mengecam 'manusia-manusia sakit' ini dalam PAS?

Sanggupkah beliau memerangi 'manusia-manusia sakit' ini sebagai golongan yang menolak menolak perjuangan Islam dan hukum hudud?

Ini yang GWM katakan sebagai Berbolak balik, tidak konsisten dan 'mentality block'.



Bagaimana pula dengan kenyataan rasmi dari rakan parti PKR ini ...


KUALA LUMPUR: Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat telah memilih untuk menyebelahi Pengerusi DAP Karpal Singh dalam menolak aspirasi hudud Pas.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Pas, Nasrudin Hassan Tantawi, bahawa dia telah membuka kotak Pandora, di komen beliau baru-baru ini mengenai pelaksanaan hudud, yang telah menimbulkan kemarahan Karpal dan ahli DAP yang lain.

Beliau berkata ia adalah tidak wajar untuk Nasrudin membangkitkan isu yang sekian lama wujud kerana beliau mendakwa bahawa pendirian pakatan antara PKR, DAP dan PAS pada undang-undang jenayah Islam adalah jelas.

"Saya ingin menasihatkan Nasrudin supaya merujuk persetujuan kita akhir tahun lalu bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui oleh semua pihak. - New Straits Times, 25 Julai 2012.

GWM cukup yakin Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Muhammad Daud mampu mengeluarkan satu lagi fatwa mahupun pendapat paling kukuh.

Namun beranikah beliau berkata ... PKR juga menolak perjuangan Islam dan hukum hudud, sama seperti BN dan UMNO. Atau beliau juga turut sama menjadi 'manusia-manusia sakit' dalam PAS.

Sekali lagi GWM dedahkan penyakit rasmi paling kronik dalam PAS ... Berbolak balik, tidak konsisten dan 'mentality block'.



PAS sebenarnya sudah menoktahkan mengapa parti itu layak bergelar parti picisan dalam pakatan pembangkang.

Hari ini juga sudah menoktahkan PAS tidak lebih dari sebuah parti alat dan keldai tunggangan bagi DAP dan PKR.





Apa sebenarnya prinsip dan perjuangan PAS ...


Sudah semakin terlerai apa yang tersirat disebalik kegilaan ini ... Semakin ramai 'manusia yang sakit' di dalam PAS sebenarnya.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU