Monday, August 27, 2012


Keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, agar menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas pejuang bangsa itu akan menuruti langkah anaknya, Tamrin Ghafar, yang menyertai PAS sekiranya beliau masih hidup.

Kenyataan itu dikeluarkan Mohamad, atau lebih dikenali dengan Mat Sabu (foto fail), ketika memberikan ceramah anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Kampung Bukit Katil, Melaka, pada 12 Ogos lalu, dan turut boleh diperolehi dalam laman blog bertajuk “Jika Tun Ghafar Umur Panjang, Dia Pun Masuk PAS”.

Menantu kepada Allahyarham, Datuk Ahmad Hamzah, menegaskan keluarganya berasa sangat sedih dengan kenyataan tersebut dan mereka menganggap ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden PAS itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu,” kata Ahli Parlimen Jasin itu dipetik Sinar Harian Online.


“Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan PAS yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa.”

Datin Zainon Ghafar, anak kepada Tun Ghafar yang juga merupakan isteri kepada Ahmad, turut menafikan dakwaan Mat Sabu yang kononnya beliau ada melakukan lawatan ke rumah bapanya sebelum pemimpin itu meninggal dunia.

Bagaimanpun, ketika ditanya berkenaan penyertaan Tamrin ke dalam PAS, Zainon hanya menyerahkan perkara itu kepada abanganya.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri,” katanya. “Hanya dia dengan Allah sahaja tahu tujuan sebenar.”


PAS sebelum ini mendakwa UMNO ketandusan tokoh Ulama' gara2 sakit hati tengok gambar Ustaz Nasha bersama Najib dan Ulama' terkemuka Arab Saudi.

Sebenarnya PAS yang ketandukan tokoh. Bukan sahaja lacur nama artis, akan tetapi Pemimpin UMNO yang dahulu digelar Anjing ini sekarang menjadi bahan publisiti mereka.

Lebih hina setelah tokoh UMNO ini telah meninggal dunia. Baru hendak dipuja. Semasa hidup? Dihina.


sumber : GELOMBANG RAKYAT

2 comments:

KontolMu said...

Mat Sabu bedal bini orang tak rasa malu sedikit pun...inikan pulak jaja nama orang yang telah meninggal dunia. Itulah Mat Sabu..Bilik 101

Dot said...

gwm,

CIRI2 PEMIMPIN SYIAH IALAH MRK SUKA MEMUTARBELITKAN AYAT2 SUCI ALQURAN DEMI KEPENTINGAN PUAK MEREKA SERTA MEREKA2 HADIS PALSU UTK MENGHALALKAN PERBUATAN HARAM MEREKA...MERKA SENTIASA ANGGAP MRK TERMULIA & SUKA MENGHINA, MEMAKI HAMUN PARA KHALIFAH & SAHABAT2 BAGINDA SERTA ISTERI2 BAGINDA KRN PUAK2 SYIAH SGT GEMAR BERBURUK SANGKA...BAHKAN MEREKA MENGHALALKAN DARAH ORANG2 SUNNI...SYIAH SGT MERBAHAYA...
mat sabu pulak suka memutarbelitkan sejarah demi kelangsungan survival politiknya yg ntah apa2 tu! mana ciri2 pemimpin Islam pun tak tahu bila tengok perangai & percakapan mat sabun ni..