Lakonan PAS, DAP dan PKR mengenai hudud semakin memualkan.
Tidak ada apa di dalam lakonan ini selain dari skrip berbelit yang bermain dengan kata-kata. Sedangkan, umum sedia maklum bahawa hudud tetap tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah biar apapun perkataan yang PAS gunakan untuk menunjukkan kesungguhan mereka ingin melaksanakannya.
Walaupun PAS cuba mengheret UMNO dalam kemelut hudud antara mereka dengan DAP, tetapi akhirnya PAS terpaksa juga berhadapan dengan DAP apabila DAP berterusan menempelak PAS yang mungkir janji untuk tidak lagi menyebut tentang hudud.
Apapun ...
Kata putus mengenai hudud pastinya terletak di tangan Ketua Anwar Ibrahim. Sebagai ‘bakal’ Perdana Menteri atau Presiden sekiranya PR memenangi PRU kali ini.
Hari ini, Ketua Pembangkang itu telah pun menegaskan bahawa hudud tiada dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang PR sekiranya mereka memerintah negara nanti. Alasan Anwar lagi, hudud tidak akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP.
Apa yang kita tahu ialah DAP tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup mati dari membiarkan hudud dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup merelakan apa saja asalkan dapat sehidup semati dengan DAP.
Maka, kesimpulannya, hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya PR memerintah ... Noktah.
Justeru, eloklah Nasaruddin, Nik Abduh, Hadi Awang, Nik Aziz dan semua pemimpin dan penyokong PAS meletakkan senjata hudud mereka segera.
Tak perlulah dibazirkan air-liur dan tak perlulah menghabiskan masa berdebat di dalam laman-laman sosial. Kata putus sudah pun nyata, hentikanlah lakonan yang sia-sia.
Barangkali PAS sebenarnya sedang menghadapi krisis dalaman teruk diantara golongan pro ulama dan Erdogan tajaan Anwar?
Sanggupkah pro ulama membiarkan Nasharudin Mat Isa ditanam hidup-hidup kali ini ...
Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya - Nasharuddin Mat Isa
2 comments:
Hudud adalah hukum Allah yg paling lengkao berbanding dgn hukum sekular.. Kalo rak caya dijepun pun depa dah buat kajian tentang undang2 islam dlm al quran... Depa dah buat kajian dan perbandingan yg lengkap dan mungkin ada sesetengah hukaman depa dah mula praktikkan... Cuna kita @ puak2 pas jea yg sibuk pasal hudud tapi tak pernah pun nak mempraktikkannya....
Harapkkan takbir jea tapi hampeg kosong....
Buat ceramah sana sini tapi langsung tak nak buat penerangan pasal hudud pada org bukan islam waima islam... Patutnya depa dah buat suatu organisasi ug menerang kan kebaukan hudud berbanding undang2 barat yg langsung tak adil dan memberi kelebihan pada org kaya jea....
Tapi nak buat camana hudud hanya lah modal pas masa pilihanraya.... Spin sana sini tapi langsung tak ada niat pun nak laksanakan hudud...
Kalau tak ada niat, kenapa Terengganu & Kelantan sudah mewartakan Undang Jenayah Syariah Hudud &. Qisas di DUN masing2 bila PAS dpt 2/3 majoriti? Utk laksana kan, perlu Hakim, Polis, Penjara, dll peguatkuasa yg dibawah kuasa persekutuan.
Post a Comment