GELOMBANG WANGSA MAJU: Najib AKUI ... Anwar PAKAR FITNAH NO. 1 NEGARA

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Najib AKUI ... Anwar PAKAR FITNAH NO. 1 NEGARA

| Sunday, August 12, 2012
Anwar Ibrahim semakin terperangkap dengan permainan fitnah yang dilakukannya terhadap Najib Tun Razak.

Mana lagi lorong-lorong fitnah yang mahu digunakan Anwar Ibrahim untuk meloloskan diri dari dikaitkan sebagai perancang utama fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti Najib Tun Razak.

Anwar Ibrahim adalah pemandu kereta yang sedang berpusing-pusing di round about, langsung tak nampak jalan keluar.

Suka atau tidak ... semua jari semakin dan telah menuding ke arah Anwar. Anwar Ibrahim adalah mastermind dalam gerakan memfitnah dan mengaibkan Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Akuan Bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam hasil gerak kerja Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, M Puravalen, yang menuduh Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya sememangnya dirancang oleh Anwar ... GWM cukup pasti ... 100 peratus.

Masakan tidak, Balasubramaniam dibayar untuk membuat Akuan Bersumpah ini ... dan Anwar secara peribadi tahu mengenai perkara ini.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.



BAPA FITNAH NEGARA ... In The Making

Sejarah tidak pernah melakukan pembohongan. Yang melakukan pembohongan terhadap sejarah adalah Anwar Ibrahim sendiri.


Rentetan peristiwa dan pengakuan kali pertama Raja Petra Kamaruddin dalam temubual eksklusif wartawan TV3 di Australia sudah menoktahkan Anwar Ibrahim adalah mastermind gerak saraf fitnah terhadap Najib Tun Razak.

Anwar ... dengan bantuan Nik Nazmi dan Din Merican adalah dalang utama fitnah mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor.

Pendedahan RPK ini adalah fitnah terancang paling keji dilakukan oleh Anwar dengan sokongan parti, penyokong dan cybertrooper pembangkang.


Matlamat utama hanya satu ...jatuhkan imej dan kredibiliti Najib Tun Razak di mata rakyat.

RPK mengaku didesak membuat Akuan Bersumpah mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak.







RPK mengaku bahawasanya Anwar Ibrahim adalah tok dalang utama yang memberi 'green light' untuk meneruskan fitnah terhadap Najib Tun Razak, setelah dipujuk oleh Nik Nazmi dan Din Merican.

Lebih jelas lagi, RPK turut mengaku Akuan Bersumpah ini dilakukan semata mata untuk meranapkan peluang Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Badawi.



BAPA FITNAH NEGARA ... Pre and Post Production

Fitnah Anwar Ibrahim sekali lagi dibongkar dan dinafikan oleh 'machai'nya sendiri, Raja Petra Kamaruddin a.k.a RPK.

Sekali lagi Tian Chua menggunakan teknik 'superimposed' gambar Altantuya didakwa sedang menjamu selera bersama DS Najib ... Walhal gambar sebenar Najib Tun Razak di World Economic Forum digunakan untuk memfitnah dan menjatuhkan kredibiliti beliau.

SUARAM dijadikan 'vehicle' untuk meneruskan kelansungan fitnah dalam mengaitkan Altantuya dan Najib Tun Razak.

Idea untuk memulakan kempen isu pembelian kapal selam Scorpene dengan Najib Tun Razak sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimulakan oleh R. Sivarasa dan Tian Chua sejak dari tahun 2009.

Sekali lagi Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa memainkan peranan utama dalam pembentukan 'character assasination' Perdana Menteri ... justeru mengaitkan Altantuya dengan Najib Tun Razak.

Perlu diingat bahawa kes ini bukan mengenai Altantunya namun mengenai dakwaan jika berlakunya rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene.

Tribunal De Grande instance di Paris hanya menyiasat dakwaan ketidakpatuhan dalam kontrak pembelian kapal selam Scorpene.

Haram jadahnya pembangkang kerana kes ini langsung tidak pernah dibicarakan, namun mewar-warkan seperti perbicaraan mahkamah sedang berlangsung.

SUARAM memulakan peranan mengambil alih peranan dari Anwar Ibrahim, melalui kenyataan dalam Malaysiakini oleh Dr Kua Kia Soong pada bulan November 2009.

Sejak SUARAM membuat penyerahan dokumen kepada Tribunal De Grande instance di Paris, setiap kenyataan yang lahir dari SUARAM cukup mengelirukan dan tidak benar.

Motivasi utama SUARAM hanya mahu mensensasikan dan memperbesarkan hal kematian Altantunya untuk dikaitkan dengan urus niaga kapal selam.

Walhal mahkamah di Perancis ini sedang dan hanya mencari hubungkait wang yang dibayar kepada Perimekar.



BAPA FITNAH NEGARA ... Film Preview

Gambar paling kiri diambil dari laman web Asia Sentinel yang mendakwa Altantuya berada di Paris. Namun begitu gambar yang sama di'superimposed'kan Tian Chua untuk mengaitkan kononnya Altantuya bersama DS Najib di Paris ... Bukankah ini fitnah paling nyata.

Idea keji Anwar adalah untuk mensensasikan kematian Altantuya.

Peranan penyerang berbisa diletakkan di bahu SUARAM untuk 'membuktikan' fitnah, Anwar hanya pemilik kelab Fitnah FC ... Mahu idea fitnah ini dirasionalisasikan sebagai bukti.

SUARAM menggunakan peluang sebaik-baiknya sebagai strategi propaganda untuk terus menghidupkan isu kaitan Altantuya dengan Najib Tun Razak dengan mengketengahkan berbagai spekulasi dan persepsi politik.

SUARAM juga menggunakan isu pembelian dua buah kapal selam Scorpene bagi mengaitkan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.

Gambar-gambar mendiang Altantuya di laman web Asia Sentinel mula dikaitkan kononnya beliau berada di Perancis.

Cybertrooper pembangkang dijadikan alat untuk 'membenarkan' fitnah gambar-gambar mendiang Altantuya kononnya berada di Perancis.

Benarkah mendiang ini pernah bersama Razak baginda berada di Perancis? Walhal pihak polis Perancis mendakwa Altantuya tidak pernah berada di Paris.

Gambar yang di dakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah suatu pembohongan besar.

Altantuya sebenarnya tidak berada di Paris, malah mendiang ini sebenarnya bergambar dihadapan sebuah bangunan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.

Rakyat akhirnya termakan fitnah yang diaminkan oleh blogger dan facebooker pembangkang. Barangkali lumayan bayarannya untuk 'membenarkan' fitnah.

Fitnah dan kesilapan propaganda Anwar semakin terdedah. Ini juga adalah kesilapan SUARAM dalam memainkan peranan sebagai penyebar fitnah.

Perjanjian Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002 di Kuala Lumpur.

Razak Baginda bertemu dengan Altantuya dan memulakan urusan dalam bulan November atau Disember 2004. Urusan berakhir pada tahun 2005.



BAPA FITNAH NEGARA ... Most Pathetic Movie of The Decade


Mungkin Allah lebih sayangkan Najib Tun Razak dari Anwar Ibrahim ...

Pendedahan mengenai komplot fitnah di sebalik Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu ... semakin menjerut leher Anwar.

RPK telah mendedahkan Balasubramaniam dibayar untuk membuat Akuan Bersumpah ini ... dan Anwar secara peribadi tahu mengenai perkara ini.

Rakyat perlu melihat dan berfikir dengan secara waras ...

Dua Akuan Bersumpah yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin dan P. Balasubramaniam ini ... diketahui secara jelas dan mendapat izin dari Anwar Ibrahim.

Perkara paling pokok ... Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini berdiam diri dan tidak menyanggah pembabitannya.



32 comments:

Anonymous at: August 12, 2012 at 1:55 PM said...

Aku mmg menyirap tgk Nik Nazmi tu. Bini dia tu dulu awek aku, kenapalah DR pilih laki tak der jamban tu

Anonymous at: August 12, 2012 at 5:09 PM said...

Tolong GMW kerjasama dgn utusan atau BH untuk keluarkan kronologi dan bukti seperti diatas didlm akhbar utusan dan BH. Ramai rakyat marhaen yang telah tertipu dgn ceramah Pas dan PKR yang mengaitkan DS Najib dlm kes altantuya.

Anonymous at: August 13, 2012 at 3:10 PM said...

Syukur,,aku mmg dari dulu tidak pernah mempercayai fitnah ini..

Anonymous at: August 13, 2012 at 3:14 PM said...

Tak payah ulas-ulas, datang saja lah papagomo keperbicaraan rasuah kapal selam diParis nanti.
kalau tak ada pokok angin kencang pun tak ada siapa siapa terhempap pokok.....kekekekeh

Anonymous at: August 13, 2012 at 4:41 PM said...

Sudah smpai italy tdk mahu ke perancis....
Lawak sungguh antu tuya sbg pelancong

Anonymous at: August 13, 2012 at 5:04 PM said...

ntahlah ek..sampai nak pecah otak kumpulan pengarang utusan,BH,TV3 dok wat liputan altantuya mati di bom c4..itu pun masih cakap fitnah lagi..BUTA ke APA puak mike org ni..ni di kata puak ni BUTA PERUT XDAK AKAIII..hik3..geli usus aku

Anonymous at: August 13, 2012 at 5:08 PM said...

tian chua buat superimpose guna MSpaint...lighting tak jadi.cuma tepek gambar je dia tau

hahaha, noob

Anonymous at: August 13, 2012 at 5:12 PM said...

Sapa suruh polis 2 ekor tu bunuh altantuya...gomo boleh tolong jawab x..

Anonymous at: August 13, 2012 at 5:24 PM said...

Salam semua, saya rasa cuba langkah setapak ke belakang dan lihat isu ini secara terbuka (tanpa sebarang prejudis). tak kiralah walaupun anda terlalu sayangkan anwar, atau bencikan UMNO. Allah suruh siasat dulu berita bila datang dari orang yang fasik (well, tak tau le orang ni fasik ke tak,tapi elokle siasat)- tengok surah AlHujurat. Kalau dah tak ada bukti; infact TERBUKTI pulak bahawa gambar "bukti" tu semua DIREKA, bukankah itu jelas menunjukkan ia berita palsu? Atau dengan kata lain, FITNAH belaka. Apatah lagi bila kata kononnya ada perbicaraan, di Perancis, yang disahkan TAK WUJUD.

Anonymous at: August 13, 2012 at 5:30 PM said...

kalau polis dituduh bunuh altantuyapun apa kaitan dengan najib dia terbabit pula apa hal, pakai c4 ke apa hal dia ketua polis ke?

Anonymous at: August 13, 2012 at 7:20 PM said...

apasal rekod kemasukan.Altantuya tiada dlam rekod imigresen...kalau boleh jawap...kami akan pastikan BN menang tanpa bertanding semua kerusi dun dan parlimen....

{ mellow } at: August 13, 2012 at 11:02 PM said...

org indon pon ramai masuk msia xde rekod imigresen.. nak heran ape

Anonymous at: August 13, 2012 at 11:02 PM said...

anon 7.20 ats ni ckp xd otak. meh sini biar aku gentel kepala hotak kau tu

Anonymous at: August 14, 2012 at 12:51 AM said...

Kalau anwar fitnah najib kenapa najib tak nak saman anwar?jangan kata saman debat pun tak nak ?kalau naji saman anwar pasti umnobn 100% majoriti di dewan rakyat dan negara.

Anonymous at: August 14, 2012 at 1:28 AM said...

Kita percaya Altantuya di bom. Semua media dah buat liputan dan pembunuhnya seorang anggota PDRM telah dibicarakan dan dihukum.

Sepanjang perbicaraan Altantuya, tiada langsung bukti yg mengaitkan si mati terlibat dgn pembelian kapal selam yg diputuskan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia, bukan Menteri Pertahanan. Malah pihak kerajaan Perancis juga menafikan. Kita juga tahu pekerjaan asal Altantuya hanyalah seorang model.

Malah jangan kita lupa semasa kes itu berlaku, Menteri Dlm Negeri ketika itu adalah mantan Perdana Menteri sendiri Tun Abdullah. Sbg bos besar KDN dan PDRM Pak Lah sendiri akui telah siasat cara serius dan mengesahkan Najib tidak terlibat. ..

Anonymous at: August 14, 2012 at 6:31 AM said...

Ya Allah KEJINYA maknusia memfitnah sampai begitu rupa tanpa mereka menyaksikan sendiri. TETAPI 'Puak Anutan Setan' (PAS) sudah memasukan isu ini kedalam kitab mereka sebagai HADIS SOHEH yg tidak dapat dipertikaikan lagi setaraf dgn hukum HUDUD. Siapa sahaja menyebut akan GUGUR syahadah.

Anonymous at: August 14, 2012 at 3:46 PM said...

Soalnya kenapa polis bunuh wanita tu. Kesian polis dan wanita tu. Tak tuduh sapa2. Tapi tersangat mustahil dia bunuh suka-suka. Rakyat biasa mcm saya pun bole fikir.

Anonymous at: August 14, 2012 at 5:39 PM said...

Rakyat mcm saya pun pikir jugak......tp tak perlulah kaitkan najib kot.....takkan semua org yg mati kat msia nak tuduh najib terlibat......

Anonymous at: August 14, 2012 at 7:03 PM said...

bukankah pembangkang akui kebanyakan k/tangan awam adalah menyokong mereka? apa maknanya dalam kes ini?

Anonymous at: August 14, 2012 at 7:06 PM said...

kalau betul pembangkang tidak memfitnah, tuhan tentu dah hantar depa ke putrajaya 2008 lagi dah...

Anonymous at: August 16, 2012 at 2:43 AM said...

aku yg post semua ni sendiri sbb nk bg nmpk mcm ramai org komen.. huhuh nama pun sama kan anonymous hahaha

Anonymous at: August 21, 2012 at 9:14 PM said...

Jawapan yg simple buat anon 7.20pm... itu pun dia xleh pikiqqq

Anonymous at: August 21, 2012 at 9:15 PM said...

Membazir masa PM jer...
Byk lagi masalah negara nk pikir...

Anonymous at: August 21, 2012 at 9:17 PM said...

Takkan selama dok malaysia tak penah dgr satu pun kes polis/tentera/pegawai kerajaan bunuh org kot...

Anonymous at: August 21, 2012 at 9:19 PM said...

Aku nie bukan ko....hahahahaha...

Anonymous at: August 23, 2012 at 7:19 PM said...

Jadi sekarang siapa yg arahkan sirul dan azilah bunuh altatuya?

Anonymous at: August 26, 2012 at 8:23 PM said...

sib baik ayam yg mati di pasar tk dikaitkan dgn najib!!!kihkihkih,,pe la punya bongok nk saman2 n debat2 dgn nuar nih!!kok mna pn cek awwey ni mmg kaki spin!!tk kemana pn!!nanti!!mcm2 plk nak menjawab yg pelik2 nuar ni kuarkan isu!!nuar ni kan kaki putar belit isu!!takyah la derrrr...nak layan!!majukan negara lg baik.......n dh terbukti!!!nuar ni pandai berkokok je pun!!!puas bekokok kuar la taik!!!tkde hasil n suma kuarnya adalah busuk!!!!nk wt mcm mana..suma dia tibai!!laki/pompuan!!cuba check!!kut2 ade haiwan sape2 yg???hehehehe,,,bkn kira tu,,,,huhuuh

Anonymous at: September 5, 2012 at 10:36 AM said...

PENBAKANG mimang lubok fitnah..... 100%,tak layak DSAI berdebat dgn DS NAJIB.

Anonymous at: September 5, 2012 at 10:49 AM said...

pokok begoyang PR yg goncang,100% PR yg kena hempap pokok , ust pembangkang kata fitnah tu dosa ... ust bisu...

pillpuss@yahoo.com at: September 6, 2012 at 9:14 AM said...

i love my country but i hate my goverment.pru13just around the corner, meaning the end of umnobn. abuu

Anonymous at: September 9, 2012 at 11:06 AM said...

PRU13 Pakatan Rakyat akan hancusss............

Anonymous at: March 29, 2013 at 11:07 PM said...

sape la bodo sangat percaya kenyataan budak x baligh najib tu,p pcaya dari bibir penipu besar dari azali lagi mmg bodo la,..hmmm...bodo macam mana la sebahagian rkayat malaysia ni, nasib baik x semua...nasib baik

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU