Wednesday, August 1, 2012


Rahsia sebenar mengapa Lajim Ukin begitu gembira meletakkan semua jawatan (kecuali jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) terbongkar oleh sumber dalaman PKR.

'Political plan' Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan setelah hampir tujuh bulan memujuk Lajim dan Wilfred Bumburing untuk menikam belakang Najib.

Anwar Ibrahim mahukan impak ... dan beliau cukup yakin kemasukan Lajim dan Bumburing, PKR akan mendapat impak positif dan tapak politik baru di Sabah.

Menurut sumber dalaman PKR, Lajim sudah melambungkan dirinya kepada penduduk Sabah bahawa beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru seperti yang dipersetujui dengan Ketua Pembangkang ini.

Ini adalah 'golden hand shake' diantara Lajim Ukin dan Anwar Ibrahim ...

Walhal Anwar Ibrahim telah pun mengadakan 'golden hand shake' dengan Jefrrey Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru, jika Sabah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ... kalau jatuh lah.




Ramai Ketua Cabang di Sabah sudah berlaga angin dengan Anwar Ibrahim, siapa bakal Ketua Menteri Sabah yang baru ... Lajim atau Jefrrey?

Ketua-ketua Cabang PKR di Sabah memang tidak mahu Lajim mahupun Jefrrey.

Anwar Ibrahim lupa bagaimana Jeffrey Kitingan tinggalkan dan lubangkan kapal PKR di Sabah, sehingga Azmin terpaksa pergi tutup semula lubang besar PKR.

Anwar Ibrahim juga tahu sifat dan sikap Lajim Ukin yang mahu semua jawatan di Sabah. Ketua Pembangkang ini pun tahu fail SPRM terhadap Lajim juga boleh tahan tebal.

Rupa-rupanya 'golden hand shake' sudah bertukar menjadi 'golden shit head'. Jeffrey tidak tahu Anwar main belakangnya. Lajim pun tidak tahu Anwar main belakangnya.

Dua-dua kena main belakang. Dah kena dah ...



Dalam hal ini DS Najib nyata lebih bijak. Biarkan Lajim Ukin masuk ke dalam kem Pakatan Rakyat dengan fail-fail SPRMnya sekali.

Senang kerja BN Sabah ... Nasib la lu Lajim Ukin.



4 comments:

Megat Alam Gempita said...

Si Wilfred Bumburing juga dijanjikan Ketua Menteri mengikut kuota Dusun setelah Ketua Bisaya si Lajim Ukin dan Ketua Kadazan si Jeffry jadi KM. Kalau Sabah jatuh ke tangan PR (nauzubillah x mungkin)setiap tahun Sabah akan ada KM baru.

Jangan risau...yang busuk-busuk selalunya akan masuk fuckatan. Si Lajim n Si Wilfred ni tak bleh pergi jauh. Macam bomberang dan akhirnya orang akan boring. Hehehe skandal Genting n tanah adat di Beufort dan Tuaran berekar-ekar tu akan dibuka SPRM...Tunggu ye!

Anonymous said...

Jika Blogger-blogger Pro UMNO mahu menjadikan arak yang dipamirkan  ini untuk menyerang pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, mereka seharusnya tahu bahawa manusia yang telah merasmikan kilang arak yang pertama di Malaysia adalah bapak kepada Presiden Parti mereka sendiri.

Perasmian kilang Carlsberg Brewery (M) Berhad telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein Al-Haj iaitu bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang ada sekarang sekitar April 1972.

Jika Blogger-blogger Pro UMNO mahu menjadikan arak yang dipamirkan itu sebagai isu mereka sepatutnya sedar anak Idola mereka sendiri merupakan pemegang saham terbesar syarikat yang membekal dan mengedar arak di Filipina.

Mirzan Mahathir dikatakan menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

Anonymous said...

Kebanyakkan media menyiarkan laporan yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tidak langsung disebutkan nama Najib dalam hal pemecatan Datuk Seri Lajim ini.

Ini pula adalah sebahagian dari Perkara 43.

(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas NASIHAT Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.

Tujuan tidak disebut nama Najib sebenarnya bagi mengelakkan publisiti kurang baik terhadapnya berikutan pemecatan itu.Hakikatnya Agong hanya memperkenankan atas nasihat PM Najib.

Untuk menjaga popularitinya, Najib menggunakan nama Agong bagi melindungi pemecatan Lajim oleh nya...

Anonymous said...

Blogger sudah main api...hati2 bang.