Friday, August 3, 2012

Anwar Ibrahim kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Ghafur Salleh.



Anwar Ibrahim semakin bersedia untuk menyunting Ghafur Salleh, ahli Parlimen Kalabakan. Semalam Ketua Pembangkang ini berkata akan berangkat ke Sabah pada 12 Ogos.

"More positive news will be coming" kata Anwar Ibrahim.

Barangkali Anwar Ibrahim yakin positif seperti yang berlaku kepada Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing.

Kedua-dua pemimpin ini sudah diberikan tugas khas oleh Anwar untuk menarik seberapa ramai pemimpin UMNO, UPKO, LDP dan PBS untuk serta bersama dengan Ketua Pembangkang.

Sumber dalaman PKR memberitahu setakat ini Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing masih gagal menarik mana-mana pemimpin BN di Sabah. Ramai yang masih berdiri teguh dibelakang DS Najib.

Cuma ada dua tiga nama pemimpin BN Sabah ini masih 50-50 mahu lompat atau mahu terus bersama BN ... Takut miss soru kata sumber dalaman PKR.

Lajim dan Wilfred mahu Anwar turun ke Sabah secepat mungkin. 12 Ogos ini adalah tarikh yang sesuai untuk memancing dua tiga pemimpin BN Sabah ini ... Ghafur salah seorang daripadanya.



GWM pun tidak begitu hairan dengan Ghafur Salleh, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah ini.

Barangkali masih ramai rakyat yang tidak tahu Ghafur Salleh adalah salah satu nama yang mahu melompat bersama Anwar sewaktu 16 September 2008.

Ghafur juga pernah menghentam BN pada Mei 2008 sebagai mengamalkan 'double standard' sewaktu Pak Lah memegang tampuk kuasa. Yang sebenarnya sudah memberikan indikasi akan melompat bersama Anwar.

GWM ucapkan setinggi tahniah kepada Ghafur Salleh yang telah mengisi 'kekosongan pemain politik profesional'.

Berapa banyak Anwar Ibrahim sudah bayar yuran perpindahan? Jumlah sebenar belum dapat dipastikan ... kurang pasti.

Kurang lagi beban BN untuk menanggung biawak-biawak hidup ini.



Cuma ada satu perkara GWM ingin sampaikan kepada Anwar Ibrahim ...


Semakin nyata Anwar Ibrahim telah hilang kepercayaan (lost confidence) dengan pemimpin-pemimpin PKR Sabah.

Anwar tahu pemimpin-pemimpin PKR Sabah tak perform, macam pinjaman tak berbayar NPL (non performing loan). Lompat parti pun lompatlah ... Anwar peduli apa, namun pemimpin-pemimpin PKR Sabah cukup tidak gemar dengan team 'lompat parti' Anwar.

Azmin pun semakin pening dengan tingkahlaku Anwar Ibrahim. Sudah beberapa kali mengingatkan Anwar dengan sindrom 16 September ini. Anwar Ibrahim pun tahu sindrom ini.

Good Luck to Anwar Ibrahim, 16 September pun tinggal beberapa hari sahaja lagi ...



3 comments:

Anonymous said...

TANPA ADA PLATFORM YANG 'HALAL' (BERDAFTAR) pemimpin lompat ini sebenarnya pentingkan temolok sendiri tetapi bukan kebajikan massa yang diwakili.

Anonymous said...

Tak salah Anuwar nak mengisi masa lapang berjudi menggunakan duit Yahudi.

Tektik ini berjaya sekiranya semua kerusi kerusi parlimen yang di menangi PR dapat di kekalkan kalau tak pun di tambah. Kalau tak ibarat dapat hujung pangkal lesap.

Berdasarkan rekod buruk PR ada kemungkinan mereka akan kalau teruk pada PRU13 di semenanjung. Untuk menguasai kerajaan adalah tidak mungkin. Dalam hal ini NA Tompel (NIk buduh atau Nik Abduh)punya mukjizat tuhan suruh ke Putrajaya tu ertinya : Pergi lah jalan jalan dari nanti kempunan.

Untuk menguasai Sabah memang jauh pasal orang Sabah pun ngeri tengok apa berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan negeri serambi N.ajis.

Jahanam balak Sabah dorang kerjakan.

Nuar ingat politik ni macam hiburan atau hindustan. Kononnya kalau ada tokoh yang bertukar arah apatah lagi tokoh ayam pencen ramailah orang nak ikut terjun gaung.

Sebab tu lah Anuwar tak jadi PM. Pasal bodoh dan tak sabar.

Anonymous said...

setahu aku rakyat Tawau tidak mahu dia ini dicalonkan lagi di Parlimen Kalabakan.