Saturday, August 18, 2012


Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

“Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebuah akhbar pada Jumaat melaporkan bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang ‘menentang Islam’.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, “Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam”.

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah ‘ikan bilis’ dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

“Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin,”



 
Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya - Nasharuddin Mat Isa

6 comments:

Anonymous said...

Karpal dah habis duit ke?
PAS x nak kutip sedekah ke? or Kerajaan Negeri Selangor tak nak keluar wang bantu Nasha ke?

Anonymous said...

SDRA2 DI G W M
Izin Saya masuk.

Alhamdulillah rupa nyee ade sorang wira Islam yang cukup padat mamapat kemas Keimanan nya untuk menegak Kan addeen dari di caci olih kaum kafir.
Ini test case sbb, MCA akan lihat perkembangan.
Insyallaah kita jumpa di makkamah dan jumpa di Ahirat.
Ustz Nasha ,Jazakallaah Hoiran Kasiraan .
arjuna waspada
Changkat Lobak.

Anonymous said...

mentang mentang peguam, sikit sikit saman. tu saja kerja dia. tak sedar diri awak tu dah tak lama lagi dah. kalau awak menang saman pun orang Islam tak kan suka kat awak. awak tak payah nak nafi anti Islam, cara awak bercakap dengan raut wajah awak pun orang dah sedar. awak lupa satu masa dulu, kerana mulut celupar awak, awak kena penampor dengan orang melayu. sedar diri sikit la oi, dunia ni bukan milik awak sorang.

Tukang Komen said...

Mari kita tengok siapa yang menang.

Anonymous said...

Ujian untuk orang yg beriman. Bukan soal kalah atau menang. Ini soal Hadapi atau Lari.

Anonymous said...

Kita org islam mesti meyokong Ustaz Nasharudin....Marilaj kita pakat ramai2 memdoakan kemenangan pada agama kita... Mari Kita hancurkan org yg menentang islam... Selamat hari raya..