Monday, August 13, 2012


Muka Anwar merah menyala pagi ini apabila satu laporan akhbar Cina diberikan kepada beliau oleh DAP.

Parti DAP yang masih lagi berasa belum tenteram dengan isu Hudud yang dibangkitkan oleh PAS – tidak selesa apabila PAS mengeluarkan kenyataan bahawa ANWAR bukanlah satu-satunya CALON PM daripada Pakatan Rakyat.

"Kita terima Anwar sebagai calon PM, tetapi kita juga menerima pemimpin lain yang mendapat sokongan majoriti (Melayu-Islam PAS-PKR)" - kata Hadi.

Jawapan dari Hadi pun bersahaja namun menyucuk jiwa Anwar Ibrahim, calon PM mestilah memenuhi 2 kriteria:-

1- Seorang Islam.
2- Disokong oleh Majoriti Rakyat Melayu-Islam.

DAP cukup kecewa apabila wawancara Haji Hadi dan Guang Ming mengemukakan pandangan yang berbeza.

Paling tidak dapat diterima oleh DAP:- Hudud masih lagi berada di dalam RADAR PAS; Negara berkebajikan penting – tetapi Hudud masih dipertahan;

Dua syarat menjadi PM: beragama Islam dan diterima oleh majoriti; Anwar bukan satu-satunya calon PM; Hudud akan dilaksana di Terengganu dan Kelantan;

Bab Anwar bukan jadi calon tunggal PM – memang menyebabkan Anwar angin satu badan. Sudahlah minggu lepas, Anwar terpaksa tampil terangkan mengenai isu Hudud – kali ini timbul pula isu PM.

Anwar memang kecewa kerana banyak isu dalaman sudah menjadi tidak terkawal. Banyak sangat.

Anwar juga kecewa kerana sudah beberapa kali mengatakan, PAS tidak wajar bercita-cita menjadi PM – kerana DAP tidak akan menerimanya.

Ini sudah dipersetujui lama. Maka, jawatan TPM akan diperuntukkan kepada PAS. Apa lagi?

Hadi Awang semakin bijak, sebelum beliau dan PAS dikencing hidup-hidup ... Lebih baik kencing dahulu Anwar, PKR dan DAP.

Teruk ... Pakatan Rakyat semakin kuat kencing antara satu sama lain. Suka benar main air kencing ...



2 comments:

Anonymous said...

PERDANA MENTERI yang PALING TERUK dalam galaxy MILKY WAY ... PEMIMPIN UTAMA sebuah NEGARA berdualat ada REKOD MAHKAMAH pasai LIWAT.ONLY IN MALAYSIA . REKOD MAHKAMAH tak boleh padam maka ia akan KEKAL sampai HARI KIAMAT .

nasirwise said...

WINNABLE OR CABLE- NAJIB PILIH SIAPA?

Penulis bukan politikus yang `season’ dan tidak menyandang apa apa jawatan dalam organisasi. Penulis memberikan cadangan amat mudah tetapi amat sukar untuk DS Najib dan Kerajaan BN melaksanakan.

DS Najib banyak kali menyatakan bahawa calon BN di dalam PRU13 mestilah `winnable candidate’. Antara kriterianya ialah mereka yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat. Pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat,bongkak, sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan. Pemimpin yang menghadapi masalah kewangan, moral, rasuah dan penyelewangan terpaksa di ketepikan dahulu. Penulis suka memberi cadangan kepada DS Najib seperti berikut:-

1. Rule of tumb-penukaran
Penulis cadangkan 50 peratus barisan jemaah kabinet sediaada di tukar dan diberi nafas baru. Mereka yang `gugur’ bukan mereka tidak berprestasi dalam kerja mereka, tetapi atas dasar `job rotation’. Jadi 50 peratus isu isu yang melanda para jemaah menteri akan di`tiadakan’. Jemaah menteri yang dipilih mesti melalui `skrin kesihatan yang ketat’ atau sihat atau usia muda. Polisi ini harus di`institusi’kan supaya pemegang jawatan sudah tahu bahawa masa telah tiba untuk berundur dan memberi peluang orang baru. Kemungkinan rasa malu dan tidak sedap hati para jemaah yang ditukar akan dapat dikurangkan. Sabotaj parti pun mungkin berkurangan. Ahli parti kurang memarahi PM kerana ia adalah polisi parti. Arahan pembaruan mesti dituruti oleh parti komponen lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya. Pernah berlaku, Presiden sebuah parti dicalonkan selama mungkin sampailah beliau dikalahkan di dalam pilihanraya.

Polisi ini boleh digunapakai untuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan. Lebih ramai pemimpin politik boleh menjadi adun dan ahli parlimen. Jesteru itu, kuranglah berlaku pertandingan sengit merebut jawatan di peringkat cawangan dan bahagian. Kuranglah pergeseran dalam parti maka stabil dan kuat lah parti.

Setengah tengah negera mensyaratkan penyandang jawatan 2 penggal. Amerika menghadkan dua penggal sahaja atau 10 tahun untuk jawatan Presiden. BN boleh mempertimbangkan keadah tersebut kerana masing-masing sudah tahu jangka hayat masing-masing.

2. Rule of tumb- Pengalaman berbanding kurang pengalaman (Tua banding muda)
PM perlu membuat imbangan calon `orang lama dengan orang muda’, `calon mengikut parti komponen’, calon Melayu dengan bukan Melayu, calon berpendidikan agama berbanding dengan bukan agama dan calon popular kerana kerjayanya seperti Dato Lee Chong Wei (sukan), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie (angkasawan Negara), Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi), Dato Jin Shamsudin (pelakon), Amy atau Awie (pemuzik), Tokoh Agama (Ustaz Kazim dan Ustaz Fathul Bari, tokoh pendidik dan banyak lagi.
Penulis pernah mengutarakan apakah strategi PM mengenai Ahli Parlimen Bebas seperti Zulkilfi Noordin (Kulim), Ibrahim Ali (Pasir Mas), Wee Chee Keong (Wangsa), Zaharin Hashim (Bayan Baru) dan ramai lagi, andaikata mereka mahu bertanding.

Penulis berangan angan PM akan melantik seorang wanita menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri yang pertama di Malaysia. Penulis cadang YB Senator Datuk Maznah Mazlan untuk Pahang. Dahulu penulis ingin melihat Dato Halimah Siddiq atau Dato Sri Azlina Othman Said untuk merajui negeri Johor. PM harus memberikan penghormatan kepada kaum wanita yang merupakan lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia.

Bersambung…
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com