Tuesday, August 14, 2012

Pengakuan Khas Mangsa Kristianisasi.Ma (Bukan Nama Sebenar) Menceritakan Pengalaman Beliau Bagaimana Beliau Terjebak Dalam Murtad.Beliau Berkata Demikian Ketika Berbuka Puasa Mangsa Kristianisasi Bersama Datuk Dr Hasan Ali.




Nah ... Hasan Ali sudah tampil dengan mangsa misi kristianisasi yang telah dimurtadkan.

Mangsa ini juga tampil memberi pengakuan khidmatnya amat diperlukan dalam misi meyakinkan orang Melayu beragama Islam untuk murtad khususnya di Johor, Kedah dan Terengganu.

PAS sebelum ini pernah mencabar Hasan Ali untuk tampil membuktikan usaha memurtadkan umat Islam dilakukan oleh orang Melayu sendiri ... kini telah terjawab.

Mungkin ada baiknya GWM mengingatkan kembali umat Islam tentang isu panas yang pernah berlaku di Selangor.

Isu yang dianggap oleh segelintir pemimpin PAS sebagai tidak relevan ... tidak relevan dari segi sokongan dan undi yang amat dituntut.





Pertubuhan yang berselindung disebalik nama badan kebajikan ini menawarkan tempat kediaman, makan minum percuma dan wang tunai dalam usaha memurtadkan umat Islam di negara ini.

Dan golongan sasaran yang paling ideal adalah mereka yang mengalami kesempitan hidup serta mengalami masalah kewangan.

Golongan sasaran ini dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Paderi-paderi dari Sabah dan Sarawak digunakan sebagai motivator agar golongan sasaran ini terpaku dan terpesona untuk keluar dari Islam.

Malah ada diantara golongan ini ditawarkan program khusus untuk menjadi paderi dan dijanjikan dengan Rumah Doa sendiri.



Apa yang ditonjolkan melalui rakaman video di atas bukti-bukti nyata Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) menjadi medan dimana hampir-hampir 15 umat Islam dimurtadkan.

Orang Melayu yang hadir ditipu hidup-hidup dengan diadakan kononnya majlis berbuka puasa.

Tambah menarik lagi dengan hiasan bunga manggar di pintu masuk dewan, baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.

Untuk lebih meyakinkan, DUMC ini turut menyelitkan nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya.

Soalan kuiz dan acara program (itinerary) merupakan cara halus kafir harbi untuk memesongkan akidah dengan bantuan manusia munafiq bertopengkan Islam.





Sebelum upacara memesongkan akidah dan murtad dimulakan, soalan kuiz diberikan menguji pemahaman peserta terhadap Islam.

Soalan yang diberikan untuk menentukan kadar pemahaman muslim terhadap rukun iman, rukun Islam, perihal Rasulullah s.a.w., perihal Nabi Isa a.s. dan malaikat Jibril.

Soalan ini juga bakal diterbalikkan minda peserta menunjukkan bukti Tuhan Bapa (Allah Taala), Anak Tuhan (Nabi Isa) dan Holy Ghost (Jibril) dan kononnya Al Quran mengakui ketuhanan Isa.

Soalan ini hanya diberikan kepada umat Islam yang memerlukan bantuan kerana kedhaifan.

Kuiz ini dicarikkan dan dibuang ke dalam tong sampah setelah JAIS dan Polis memeriksa aktiviti dalam gereja tersebut (mengapa perlu dikoyak dan dibuang jika tidak berniat mahu memurtadkan orang Islam).

JAIS telah menyita tong-tong sampah dalam gereja untuk dijadikan bahan bukti jika kes ini diketengahkan di mahkamah kelak. - AGENDA DAILY, 10 Ogos 2011.





Timbalan Pesuruhjaya PAS II Selangor, Khalid Samad merupakan pemimpin Islam yang cukup dayus memperjuangkan kepentingan dan hak orang Islam di Selangor.

Semuanya dilakukan demi mendapatkan sokongan dan undi ...

Bermula dengan isu penggunaan kalimah Allah sehinggalah kepada isu murtad, lebih dilihat sebagai jurucakap utama pihak gereja dan bukan Islam.

GWM tidak menolak per pentingnya toleransi agama dan kebudayaan yang diamalkan di Malaysia, namun toleransi bukan bererti mengikut telunjuk kepada golongan minoriti.

Apa yang perlu difikirkan adalah hak majoriti bangsa yang terbesar di Malaysia, siapa lagi jika bukan orang Melayu. Dan seharusnya golongan minoriti perlu lebih celik mata dan minda dari mempersoalkan kepentingan dan hak majoriti di negara ini.

Bagaimana pula dengan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ... hebat berpidato, berceramah dan berkhutbah dalam masjid.

GWM pun tidaklah begitu hairan kerana umat Islam umumnya, tahu mengenai pendirian Anwar Ibrahim mengenai isu murtad.

Paparan dibawah sudah cukup dijadikan bukti pendirian beliau ...



Bagaimana pula dengan kenyataan rasmi beliau dalam portal yang menjadi sumber rujukan puak-puak cicak mengkarung hijau ini.

"Nabi orang Islam Nabi Muhammad, bapa Muhammad namanya Abdullah, nama Abdullah itu sebelum Islam, sebab Nabi belum ada nama sudah ada Abdullah, maknanya hamba Allah, 60-70 tahun sebelum Islam, jadi macam mana kita boleh kata orang Kristian tidak boleh pakai nama Allah, dia (BN) tak pakai otak sebab dia tak faham sejarah," kata Anwar. MALAYSIAKINI 2 April 2011



Agak malang kerana PAS ... parti yang baru mengalami proses rebranding dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan turut mengalami sindrom virus syaitan bisu!

Bahayanya sindrom ini kepada pemimpin Islam parti berkenaan menyebabkan simptom seperti mata buta, telinga pekak dan mulut menjadi bisu!

Kenyataan melalui media dan blog cukup jelas membuktikan pemimpin parti Negara Berkebajikan menghidap sindrom virus syaitan bisu.











Kenyataan melepaskan tengkuk dan menyalahkan pihak lain sememangnya sahsiah utama para pemimpin parti yang berlandaskan Negara Berkebajikan.

Kenyataan yang dikeluarkan lebih mirip kepada Sekular Alaf Baru! Konsep dan pendekatan parti Negara Berkebajikan kini sokongan dan undi adalah wahid perjuangan, Islam sebagai tempelan!

GWM rasa adalah lebih baik jika parti Negara Berkebajikan ini membuang atau merombak perlembagaan parti tersebut. Fasal 5(2) (mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara) sudah tidak bolehdigunapakai kerana setiap pemimpin bercakap perkara yang sama ... sokongan dan undi bukan Islam adalah wahid perjuangan.

Begitu juga dengan kenyataan rasmi Hadi Awang yang mempersoalkan tindakan pantas Hasan Ali dan JAIS sebegai tidak cukup bukti amat mengecewakan.

Sama juga seperti dengan reaksi lemah iman yang dipamerkan oleh Khalid Ibrahim yang terus menerus meminta maaf dan apologetik kepada bukan Islam.

Walhal dalam perkara ini sudah terbukti dan semakin jelas berlakunya perbuatan mahu memurtadkan umat Islam.





Hasan Ali sebenarnya sudah boleh berbangga dengan apa yang diperjuangkan selama ini. Bahkan beliau sanggup dan rela dipecat.

Istimewa manusia bernama Hasan Ali ini. Tidak mungkin beliau akan sujud dan meminta maaf kepada parti komponen yang paling dominan DAP mahupun akur dengan perintah kepimpinan tertinggi PAS.

PAS sebenarnya rugi besar jika terus menerus mengikut telunjuk dan sujud kepada kemahuan DAP. PAS seharusnya berfikir secara rasional pengorbanan yang dilakukan oleh Hasan Ali terhadap parti tersebut.

Tanpa Hasan Ali, PAS Selangor ibarat anjing kurap berpenyakit HIV ...

Belum pernah dalam sejarah PAS seorang calon memenangi dua kerusi Parlimen dan DUN serentak, Hasan Ali yang memulakannya.

Tertubuhnya KOMPAS (Kompleks PAS Selangor) di Tanjung Karang, Hasan Ali yang berusaha mengumpul dan mencari penyumbang dana.



Nah ... Hasan Ali sudah tampil dengan mangsa misi kristianisasi yang telah dimurtadkan.

Sanggupkah para pemimpin PAS yang memperlekehkan Hasan Ali ... kini terpaksa menjilat kembali air ludah yang sudah tertenggek di atas najis khinzir DAP.



4 comments:

Anonymous said...

di kampung tengah puchong ada satu bangunan yg di bina untuk rumah anak yatim @ org2 tua bukan islam.. tp bentuk bangunan macm gereja.. nasib baik org kampung perasan awal, dan pembinaan telah pun di berhentikan.. penduduk kampung 100% islam, majoriti Melayu selainnya indonesia.. org melayunya kebanyakannye jd pencacai DAP (penyokong PAS)... hamPAS....

Anonymous said...

di taman tun dr ismail kununnya ada banglo yg telah dibina tiga tingkat dikataka gereja tapi masih tiada papan tanda

harap DBKL dapat pantau sekiranya betul- patuh di runtuh kalau takde approval

Anonymous said...

fuh.....seram dengar pengakuan Ma tadi.

PR memang tak boleh diharap untuk mempertahankan Islam walaupun ada parti Islam...

Anonymous said...

habis nak harapkan penipu penipu dalam u mno untuk jaga islam jgn harap laaa..